Ditulis oleh: notakosong
Mengaibkan dan jijik, tak sangka pernah berlaku kes sebegini di muka bumi ini. Di Kaimantan, bukan sahaja manusia dijadikan pelacur, malah juga Orang Utan!
Ini sebuah kisah yang berlaku di kepulauan Borneo, atau lebih tepat lagi di kawasan pendalaman Indonesia kerana pula Borneo itu amat luas.
Ini kisah mengenai Pony, seekor Orang Utan betina yang dikurung dan dijadikan pelacur dan hamba seks kepada pelanggan yang sanggup datang dari jauh untuk melakukan perbuatan terkutuk dengan haiwan tersebut.
Pony ditemui di sebuah ‘Perkampungan pelacur’ yang terletak di pendalaman Borneo Indonesia, dirantai pada dinding, dan terbaring di sebuah tilam yang penuh dengan sisa-sisa air mani manusia tidak berakal yang bernafsukan binatang.
Pony ditangkap, dan kemudian bulunya dicukur, setiap hari dicukur kononnya untuk membuatkan ia lebih berselera kepada jantan tidak berperikemanusiaan yang sanggup membayar untuk bersenggama dengannya.
Kulit Pony yang terdedah akibat bulunya dicukur itu, mempunyai jangkitan kulit akibat kesan gigitan nyamuk yang digaru oleh Pony sehingga mengakibatkan kudis.
Berikut merupakan gambar sedih Pony ketika ditemui dalam tahanan, (Amaran SPOILER)
![](http://notakosong.com/wp-content/uploads/2011/12/pony-orang-utan-pelacur-1.jpg)
Jijik bukan! Sedih melihat keadaan haiwan itu yang diperlakukan sedemikian rupa!.
‘Pembela’ Pony itu langsung tidak mahu melepaskan Pony kerana mendakwa ianya bertuah dan memberikan pendapatan lebih kepada mereka. Orangutan Survival Foundation mengambil masa setahun selepas memperoleh maklumat itu untuk akhirnya berjaya menyelamatkan Pony.
Dalam beberapa cubaan sebelum itu, pegawai dari Orangutan Survival Foundation dihalau dan diugut dengan pisau dan parang beracun oleh penduduk ‘Kampung Pelacuran’ itu.
Akhirnya dengan kerjasama pegawai perhutanan tempatan dan sekumpulan 35 orang askar upahan bersenjatakan AK-47, sahaja baru kumpulan itu berjaya menyelamatkan Pony.
Pony kini telah dibiarkan bebas dan kini sudah akhirnya mempunyai bulu dan hidup seperti Orang Utan yang lain.
![](http://notakosong.com/wp-content/uploads/2011/12/pony-orang-utan-pelacur-2.jpg)
Bagi yang sanggup mengikuti lebih lanjut kisah Pony, boleh tontoni dokumentari ini : http://www.youtube.com/watch?v=Qv8NlidN2wg#t=12m40s
Jijik! Memalukan! Tak tau apa lagi yang hendak diperkatakan, tak pernah terfikir bahawa kes sedemikian boleh berlaku di Kalimantan.