CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10216|Reply: 46

pengarah filem tersohor mengamuk!

[Copy link]
Post time 19-9-2012 08:54 AM | Show all posts |Read mode

Hasham seorang pengarah tersohor mengamuk... sila lihat video ini : http://www.youtube.com/watch?v=umGKpYMrRCg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2012 09:02 AM | Show all posts
aku xleh tgk utiub...sila citer..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
sesi luahan perasaan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 09:09 AM | Show all posts
Rabu September 19, 2012

Hafsham Meninggikan Suara Rayu Anak Seni Bersatu

Oleh WAHIDUZZAMAN ([email protected])


                                Othman Hafsham

PETALING JAYA: Pengarah filem veteran Othman Hafsham berkata dia bertindak agresif dan meninggikan suara pada program Dialog Industri Kandungan Kreatif 2012 pada Selasa kerana melepaskan kemarahannya terhadap nasib anak seni yang dibuli oleh ‘pemain-pemain gergasi’ industri hiburan.

Hafsham, 73, berkata, tindakannya yang mencetuskan kejutan dan sorakan para hadirin majlis anjuran Gabungan Industri Kandungan Kreatif Malaysia (CCIG) itu merupakan saranan kepada warga seni agar bersatu hati dan menentang pembulian yang berlanjutan itu.

“Saya menjadi marah pada majlis petang tadi (petang Selasa) kerana mahu meluahkan perasaan geram yang sudah lama saya pendamkan terhadap pembulian ‘pemain-pemain gergasi’ industri hiburan kita.

“Tidak perlulah saya nyatakan secara terperinci siapa ‘pemain-pemain gergasi’ yang saya maksudkan itu tetapi orang pasti dapat mentafsir maksud saya. Selama berkecimpung dalam bidang ini, anak seni sudah dibuli dan dianiayai dengan teruk oleh mereka.

“Sebab itu saya bangkit dan meninggikan suara pada majlis itu agar warga seni bersatu menentang penganiayaan ini. Sayangnya, tidak ramai anak seni yang hadir pada majlis itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.

Program dialog yang berlangsung di Kompleks Studio Merdeka Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Kelang dekat sini, antaranya membincangkan hala tuju dan masa depan industri kreatif.

Ia turut membentangkan peranan dan kepentingan sesebuah persatuan dalam profesion perfileman serta panduan menulis skrip bertaraf “blockbuster” Hollywood.

Pengarah filem Mekanik itu berkata, selepas hampir 40 tahun berkecimpung dalam bidang seni, kesetiaan dan kasih sayang terhadap dunia itu tidak pernah pudar walaupun segelintir besar warga seni dinafikan hak mereka.

“Saya terus bertahan dan mahu memperjuangkan hak kami kerana saya cintakan industri ini. Terlalu banyak yang sudah industri ini lakukan untuk saya. Cuma, penyelewangan dan penganiayaan pihak tertentu ini sahaja yang perlu dihentikan.

“Sikap segelintir anak seni yang mementingkan diri dan alpa perlu dikikis. Anak seni perlu bersatu dan sepakat untuk berjuang mendapatkan semula hak-hak kita yang diperlekehkan selama ini,” katanya.

Tambahnya, antara perancangan utama yang bakal diumumkannya adalah menuntut hak pemilikan dan pengurusan stesen televisyen agar dikendalikan warga seni sendiri.

“Saya mahu stesen televisyen kita dimiliki dan dikendalikan warga seni sendiri. Biar kami yang mendapat keuntungan dan faedahnya daripada kerja dan karya yang kami hasilkan, bukannya pihak lain,” katanya.

Sesi dialog pertama disertai Ketua Pengarah Finas, Mohd Naguib Razak, Pengurus Kanan Bidang Ekonomi Utama Negara sektor Komunikasi, Kandungan dan Infrastruktur (NKEA CCI) Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (Pemandu) Nor Asmah Mohd Noor, aktor dan penerbit Rosyam Nor dan aktres Sofia Jane Hisham.

Sesi dialog kedua dikendalikan penulis skrip filem Jaws dan bekas Naib Presiden Writers Guild of America, Carl Gottieb.

Pengarah filem Mahadi J Murat bertindak sebagai pengerusi majlis.



Credits: mstar.com.my

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 09:26 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 09:28 AM | Show all posts
Filem arahan dan lakonan beliau (dipetik dari wikipedia):

  • Sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan sitkom 2+1.
  • Adik Manja (1979) Dilakonkan oleh Dharma Harun Al Rashid dan Noorkumalasari
  • Mekanik - (1983). Beliau memenangi trofi Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia. Lakonan Azmil Mustapha, Julie Faridah, Susan Lankester dan Yusof Haslam.
  • Rahsia - (1987). Beliau memenangi trofi Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-7. Dilakonkan oleh Noorkumalasari, Shukery Hashim.
  • Ujang (1989). Dilakonkan oleh Malek Noor dan Shukery Hashim
  • Driving School (1990)
  • Silat Legenda (1998)
  • Soal Hati (2001). Dilakonkan oleh Afdlin Shauki dan Era Fazira.
  • Soal Hati (2000)
  • Soalnya Siapa? (2002). Filem ini merupakan sambungan daripada filem Soal Hati. Dilakonkan oleh Ellie Suriati.
  • Karipap-Karipap Cinta (2011). Dilakonkan oleh Gambit Saifullah dan Melia Aimellia.[1] (Filem hasil adaptasi novel popular karya Nazri M. Annuar).
Last edited by KarinaKapur on 19-9-2012 09:29 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2012 09:37 AM | Show all posts
hafsham patut pegi jumpa rais yatim mintak dana buat film gergasi
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 09:37 AM | Show all posts
jerit2 kat forum selalunya tak jadi apa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2012 09:37 AM | Show all posts
buat naik darah tinggi je
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 09:38 AM | Show all posts
dia ni berkelibar
kalau dapat dana yang awesome sure boleh buat film awesome
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 09:39 AM | Show all posts
apa yg dia cakap pada minit 3.57?? x jelas la.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 09:44 AM | Show all posts
hm.....x payahla pak hafsham....buang masa jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 09:46 AM | Show all posts
Kesian pacit hafsham ini.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 09:49 AM | Show all posts
Karipap2 Cinta yg flop
Fail
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 09:53 AM | Show all posts
dia ni yg produce sitkom 2+1 tu kan. aku suka sangat tenguk sitkom tu especially watak Imuda sebagai Sam. kenapa TV tak nak ulang tayang semula sitkom 2+1 tu ya
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 10:09 AM | Show all posts
othman hafsham..

sumer movie dia best..except Karipap karipap Cinta..
flop abis filem tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2012 10:31 AM | Show all posts
Karipap2 Cinta mmg fail...
pelakon  pempoan sorang tu ntah pape laaaaa...eeee
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 10:33 AM | Show all posts
Owh? Hafsham yang
mengarah filem makenik
dimana azmil mustafa
berbogel dalam scene
atas katil sambil buat
phone sex
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 11:21 AM | Show all posts
Sapo yang buli tak kasi tau... dah tu camno nak bangkit menentang pembulian
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 11:52 AM | Show all posts
paling suka pi mai pi mai tang tue jer.... antara sitcom wajib tengok masa zaman sekolah2 dulu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.067290 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list