|
hamboi hamboi hambooooiiiii sampai rumah ke empat korang menjoyah.....kebaboooommm
mcm biase lakukan senaman dulu sebelom menjoyah
peserta2 yg masih berjuang (akan di update setiap kali penyingkiran)
--> IZYAN, AMMAR, ETIQA, DEAN, CHE LAH, CIKGU ISMAIL, ROSEMAH, ADLY, FIZUAN, AZNI, NORA, EIDA, NINA, AH HONG
peserta yg dah tersingkir
--> ADDY, AKIM, DR. SYAHIDA, IKHA, ALONG, ATIQAH, TELSON, HAFIZ, ILAIKA, JOHARIS (latest)
sedikit info peserta2 utk uolllsss menjoyah
ROSEMAH
-dari Negeri Sembilan, merupakan graduan Penyiaran namun terjebak dengan pembuatan perabot selama 12 tahun. DEAN
-Kecil-kecil cili padi (ni kat website masterchef sendri k). Ahmad Nuruddin Md Rasid atau Dean, 24 tahun, Pengusaha Homestay bersama keluarga. FIZUAN
-Graduan pra-diploma dalam jurusan Perdagangan di UiTM Segamat...19 tahun, bercita-cita untuk membuka sebuah restoran berkonsep halal di Norway ..mempunyai personaliti yang amat menarik, kelakar dan menawan (ni paling best AZNI
-Faizatul Azni bt Muridan, 25 tahun.....Penganalisa kewangan, asal daripada Selangor.....Azni mampu untuk memberikan senyuman yang menawan dalam setiap masakannya NINA
-31 tahun dan berasal dari Jitra, Kedah...bercita-cita untuk menjadi seorang pakar motivasi dan chef terkenal satu hari nanti.
-pendiam, pemalu dan amat mudah menitiskan air mata terutamanya apabila bercerita tentang anaknya yang berusia 11 bulan. AMMAR
-Muhammad Khairul Ammar bin Jasni, 22 tahun.....Beliau yang sudah belajar memasak sejak kecil lagi daripada ibunya, percaya salah satu cara yang terbaik untuk memikat hati seseorang adalah dengan memikat seleranya terlebih dahulu. (ehem....ehem....untung lah ) EIDA
-Wan Nur Eda kacukan siam, cina dan anak mami, 24 tahun......graduan dalam bidang kejururawatan AH HONG
-Ngui Yeong Hong, 29 tahun, berasal dari Sarawak dan pernah menetap di Cardiff, United Kingdom selama 7 tahun.
-menjadikan Ah hong dapat memasak masakan ala barat dengan baik....Ah Hong baru sahaja meletakkan jawatan sebagai seorang arkitek di sebuah firma kerana ingin meneruskan cita-citanya dalam bidang kulinari.
-Beliau juga sudah bercadang untuk membuka sebuah gerai jika dia tidak berjaya memasuki pertandingan ini IZYAN
-Izyan Hani, graduan dalam bidang sains dari Universiti di Kanada.....seorang yang ceria suka berkayak, menulis lagu (hamboiii feeling yuna nampak ) dan juga pernah bekerja di pelantar minyak. CIKGU/ ISMAIL
- Mohamad Ismail bin Amir dari Pulau Pinang, guru agama......Sudah memasak hampir 20 tahun sejak sekolah rendah lagi membuatkan beliau mampu memasak lebih dari seratus jenis makanan CHE LAH
-Kasilah binti Paeng, ibu kepada empat orang anak, kontraktor dan penasihat kecantikan di salun kecantikan yang dijalankan di rumahnya sendiri.......Selalu disalahertikan kerana penampilannya yang cantik , Che’ Lah ingin membuktikan pada orang ramai yang orang cantik sepertinya mampu menghasilkan hidangan bertaraf lima bintang - kerlastttt che lah NORA
- Nora Ahikin binti Abd Basir, 26 tahun dari Pahang Darul Makmur.....pemain Kesatuan Rugby Malaysia dan juga pernah bertugas sebagai seorang pegawai sukan di sebuah kolej swasta. ETIQA
-Etiqah Siti Noorashikeen, 24 tahun dari Kota Kinabalu Sabah......graduan dalam bidang Geologi dari Universiti Malaysia Sabah dan mempunyai pengalaman bekerja di pelantar minyak selama beberapa bulan sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja.
-Jika dilihat dari segi luaran, Etiqah boleh dikatakan sebagai seorang gadis yang cantik dan lemah lembut ADLY
-Mohd Adlyzan bin Zainal, 28 tahun dari Bentong, Pahang......memiliki diploma dalam bidang kejuruteraan elektrik, tetapi Adly kini bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highland sebagai Pembantu Kesihatan.
credit- from website masterchef malaysia Last edited by murasaki on 22-10-2012 12:49 AM
|
|