CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13374|Reply: 33

speech therapy HTAR appoiment baru 10 bulan lagi?

[Copy link]
Post time 28-2-2013 05:12 PM | Show all posts |Read mode
Salam,

Anak nombor dua saya sekarang enam tahun, lelaki. Dia ada masalah pertuturan, klu org dulu2 cakap pelat, tapi saya dan family boleh paham, masa umur dia 5 tahun, saya hantar kt school yg owner dia chinese dgn harapan dia cepat kenal huruf (kebetulan pula mmg tempat saya tadikan melayu, agak jauh dan mmg ada masalah transport)

Tapi pembelajaran dia tak berapa memberangsangkan...so bila 6 tahun ni, saya tukar ke tadika islamik. Saya ada tanya cikgunya, dia kata anak saya mmg ada masalah pelat tapi setakat ini mereka boleh faham pastu dia masih belum kenal semua abjad lagi, masih ada tukar2 antara huruf2 yg dia tk biasa. Saya mulalah fikir, anak aku ada disleksia ke? mcm byk pula masalah dia...tapi memandangkan saya kena setelkan satu2 masalah dia..so saya discus dgn huby, kita gi speech therapy dulu.

so lps amik surat dr klinik, pegilah ke HTAR, bersoal jawab dgn pakar terapi, dia kata utk kes baru plg cepat pun ada 4DIs 2013. Ok, saya dan huby dah berkerut kening. Oh mai! itu 10 bulan lagi dan by d time dia pun dh nak masuk darjah 1.

lps discus sbb dh byk masalah, saya ada jumpa website dr oversea psl speech therapy nie, baru je study dan belum download lg apa yg patut. so soalan saya

1) Hospital gov mmg macam tu ke q utk benda2 cmni? tau lah benda ni bukan emergency tp bg saya kira emergency gaklah. Dan 10 bulan utk first appoiment terkejut jugalah, saya dok bayangkan dptlah appoiment dlm bulan 4-5 (p/s: saya bukan kondem ye, sila baca dgn nada terbuka, sbb saya mmg tk tau benda2 camni)

2) Ada juga member pd member hntr speech therapy kt swasta tp mmg mahal lah dan jauh belah2 damansara, telan air liurlah

3) Camna nk cek psl disleksia sbb saya tgk tanda dia mcm ada, tp adakah terlalu awal utk kesan? sbb saya tgk sekolah rendah baru dorg test psl kes ni. klu boleh saya nk setel tahun ni gak. tk maulah tgu smpai dia masuk darjah 1.

TQ ye pd sapa2 yg sudi berkongsi pandangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2013 03:48 PM | Show all posts
Salam. Anak saya ASD (autism spectrum disorder) bukan Dyslexia. Pendapat saya, memang kalau tunggu government hospital semata2 memang lambat. Kalau boleh mulakan terapi sendiri. Boleh refer pinterest, website, parent support group untuk anak2 Dyslexia ke apa ke. Walaupun masih belum confirm anak ada Dyslexia atau tak tapi kalau rasa anak ada masalah n tahu serta nampak tang mana masalahnya, boleh cuba tackle sendiri dulu. Kalau tinggal dekat2 KL ni ada banyak speech therapy center. Harga pun ranging boleh survey call satu2 tgk mana yang sesuai dengan budget. Boleh juga call for homebased therapy. Therapist datang rumah. Kekerapan tu ikut pada kesesuaian. Memang kalau lagi kerap lagi bagus. Tapi kalau financial agak limited boleh buat berkala. Nanti apa yang kita belajar drpd therapist kita buat sendiri dengan anak kat rumah. Yang penting samada nak tak nak, rajin atau tak je. Memang kemudahan untuk anak istimewa di Msia ni masih kurang. Kalau harapkan government hospital semata2 memang anak tak kemana. Kita parents lah kena struggle lebih sikit demi anak. Kalau nak cepat better go for private. At least dah diagnosed dan dapatkan nasihat... bila dah nampak hala taja apa perlu buat... kita boleh adjust sendiri lepas tu.

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 06:01 PM | Show all posts
anak saya buat speech theraphy di hosp serdang. satu sesi dlm satu jam je.  appt dlm masa 2-3 bulan tiap lepas satu satu appt.
sbb mmg banyak kes senornya.tp masa daftar dulu takdelah sampai 10 bulan baru 1st appt jumpa pakar.
pakar pon mungkin kurang. tp yg attend threaphy anak saya buat masa ni ok puas hati. cuma kalo boleh nak dptkan pakar yg mula2 saya jumpa kat hosp serdang tu. banyak yg dia ajar. skill nak urut anak utk ransangkan saraf pon dia tunjuk.

next appt ni masa saya pantang bersalin plak. dah try mintak date awal sikit tp nurse tu cakap date before banyak full. terpaksa jelah amek date tu. harap abahnya boleh bawakkan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 12:39 PM | Show all posts
gov. hospital memang gitu..my first appt speech bulan 7..i staff kat situ pun dpt lmbt...dr pun rekemen gi private center dulu..so, i gi bwk my son ke private center kat shah alam dulu sementara nak tunggu gov. hospital punyer appt..tapi tula, mahal jugakla tapi kat private center ni, dia tgk every week..tapi insyaAllah ada rezeki untuk anak..tapi, i ada try jugak amik appt kat Klinik Tutur, UKM kat Jalan Temerloh, KL..tapi yang ni student yg tgk bersama lecturerla..tapi yang ni murah sikit dan free untuk gov servant..tapi dia tak bagi appt, dia akan call kite jika ada slot kosong..so, kena bersedia utk amik cuti terkejut..hehe

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 12:02 PM | Show all posts
sis, tak cuba pergi sdmc ker? boleh cuba jumpa doktor sofea ali atau klinikal psikologi..nanti kat sana doctor akan buat assessment untuk anak sis. Doctor ni dah ada list soalan2 yg parents kena jawab. Dari situ doctor boleh dignose. Fee untuk doktor sofia ni tak mahal.Sebab saya cakap tak mahal, ada lagi pakar kanak-kanak yg lagi mahal. Tapi puas hati memang cara dia periksa anak kita menyeluruh. Dia yg akan buat semua sendiri, dia akan communicate , buat fizikal aktiviti dengan anak kita.

Dia akan nasihat apa langkah seterusnya untuk bantu anak kita. Dari situ baru kita decide which therapy is needed.

InsyaAllah, jangan berhenti berusaha dan berdoa sis..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 09:56 PM | Show all posts
Claudia_Lestat posted on 7-4-2013 06:01 PM
anak saya buat speech theraphy di hosp serdang. satu sesi dlm satu jam je.  appt dlm masa 2-3 bulan  ...

eh anak saya pun buat speech theraphy kat sepital serdang juga haah takdelah lama sgt tempoh temujanji kdg2 dorang call bg awal sebulan lah kalo tetiba time appoint kita tu dorang ade kursus ke apa..
mcm mana perkembangan anak awak?ok tak
anak sy skrg neh byk dah perkataan dia sebut cuma kena sabar jelah..setiap hari berangan satu hari nnt dpt bersembang bercerita ngan dia mcm2 hal sama mcm anak org lain..
kazen2 dia muda dr dia dah petah sgt berckp..terasa sgt hati melihat tapi takpelah ALLAH bagi ujian krn kita teristimewa dan terpilih..so kena byk sabarlah..
mmg sedih sbb anak sy ketinggalan di sekolah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2013 09:58 AM | Show all posts
Suchi posted on 16-12-2013 09:56 PM
eh anak saya pun buat speech theraphy kat sepital serdang juga haah takdelah lama sgt tempoh temuj ...

sebelum ni ada jugak diawalkan dari date appt tp sbb jumpa student diaorg yg tgh buat praktikal. bila jumpa student benda yg sama jugak lah ditanya dibuat. lepas dari date appt yg saya dlm pantang bersalin tu sampai sekarang saya x buat new appt.

kalo tanya perkembangan walopon x banyak tp alhamdulillah. cuma pelatnya tu mmg kira terok lagi. tp skang dah pandai susun ayat. dia suka ajuk saya cakap or marah dia. kadang2 rasa geram bila dia ajuk saya tp kadang2 saya biarkan. bukan sbb apa saya rasa bila dia ajuk saya bercakap sama mcm dia belajar cakap dari saya hehehe..  

yang ketara anak saya pelat Y, R . cth mcm AYAM akan jadi ALA. perkataan yg hujung2 ada huruf M N T pon dia x boleh sebut lagi
mmg rasa sedih. ada setahun lagi nanti dia kat tadika 2015 dah masok sekolah rendah. dalam hati allah saja yg tahu perasaan takot bila pikir dia kat sekolah.

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 11:22 AM | Show all posts
Claudia_Lestat posted on 23-12-2013 09:58 AM
sebelum ni ada jugak diawalkan dari date appt tp sbb jumpa student diaorg yg tgh buat praktikal. b ...

anak awak thn depan 6 tahun ke?sama lah ngan anak saya
dia pun pelat juga utk beberapa jenis perkataan cth perkataan yg pjg..
mmg dia pun xpnadai sgt bina ayat
tp skrg neh dh boleh sebut
cth 'mak nak botol air''
maksud dia adalah mak nak air
dia sebut botol air sbb dia minum air guna botol susu tu huhu
tp setiap kali dia ckp camtu saya akan betulkan ayat tu
itu mmg speech therapy dah ajar,kalo salah sentiasa betulkn
byklah 'kerja rumah' yg speech therapy bg suh kita yg buat kt umah
sbb mmg kita je yg kena buat,appointment tuh bukan selalu dan cuma sejam je kan
so kitalah sbg ibubapa yg kena byk2 latih sendri dia kat umah
mmg  tak mudah,tp anggaplah ini satu ujian dan
secara tak langsung beri kita satu kelebihan sebenarnya berbanding ibu bapa lain yg anak dia takde masalah
sy nih lama nak tunggu dia panggil saya mak or apa saja
skrg neh dia panggil sy mcm2 kejap2 mak,mama lah,mami lah
kdg2 ibu..tak menentu
dia masih tk kenal sgt warna ada yg salah dia sebut
tp doc pesan suh ajar satu2
cth dlm seminggu ajar kaler merah je..
minggu depan baru ajar kaler lain
jgn ajar sekaligus warna,biar dia kenal satu2
saya mmg sedih kat sekolah anak paling corot,sy paham dan mmg ia satu tamparan hebat
doc kata  anak saya nih ketinggalan 2-3 tahun berbanding yg sebaya ngan dia
dr segi komunikasi nih
tp takpe bagi dia masa,byk2 kan usaha dan doa yg tak putus.
sedih mmg sedih,menangis ntah brp kali saya nih
tp tak ngapalah anak2 mmg ujian buat ibu bapa
walo dia ada msalah ngan komunikasi
dia anak yg tak menyusahkan saya selama dia lahir smp hari ni
kira tak penah sakit teruk sampai masuk wad bagai
masalah dia pada komunikasi agak slow dr kanak2 lain
mmg sedih bila selalu di compare ngan sedara mara n anak kawan2
org lain nunjuk2 anak dorang pandai menulis n sbgnya
boleh sembang mcm org dewasa bagai
takpelah redha jelah,percaya dan yakin satu hari nnt dia pulih dan boleh berjaya juga kan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2013 11:55 AM | Show all posts
Suchi posted on 23-12-2013 11:22 AM
anak awak thn depan 6 tahun ke?sama lah ngan anak saya
dia pun pelat juga utk beberapa jenis perk ...

samalah. saya betulkan kalo ada perkataan yg dia sebut salah. nasib ada adik dia yg perempuan ni. adiknya petah sangat2 banding dia. dia boleh panggil saya IBU. memula dulu dok ABU ABU lepas tu bila dia dgr adik dia sebut IBU dia ejek kononnya mcm adik dia salah. last last dia yg terikot sebut IBU. tp dia panggil ABAH dia ABAH ZA hahahaha... x tau kenapa mesti jadi ABAH ZA. ayat pon boleh susun jugak mcm "bila abah za nak blk work?" hehehe.. yg simple simple saja.
sejak masok tadika duduk kat taska ni yg nampak banyak improve. sebelum ni dia duduk dgn parents saya. tp yg saya nampak mmg adik dia tu salah satu bantuan/terapi utk dia jugak. adik nyanyi dia pon nak nyanyi. adik ABC dia pon nak ABC.

mmg betol. kadang2 terasa bila nampak org UP anak anak kat FB. anak pandai baca ABC, pandai baca surah itu ini. belajar pandai. ada pulak yg anak standard 1 dpt hadiah sbb perika hujung tahun pi TAG saya kat FB. rasa mcm aduhaiiiii perlu ke? terlupa ke anak buah ko sorang cakap pon x lepas lagi? mmg penah cakap dgn husband benda mcm tu pon nak TAG TAG. tp husband saya x suka saya rasa yg anak dia x sempurna mcm anak org lain. tapi saya yg hantar anak pegi tadika tanya cikgu perkembangan anak. bawak terapi semua mmg saya cepat sensitif. penah saya marah sorang kawan yg dok frust menonggeng menangis sbb anak x dpt full 4A time UPSR. time tu saya rasa menyinga sangat. saya cakap kat kawan kurang2 anak dia takde mslh lain. anak dia sempurna. cakap fasih. boleh belajar mcm org lain. tp anak saya mcm mana??? time tu rasa menyampah sgt dgn kawan tu hehehe.. sbb saya rasa dia x tau bersyukur.

ada masa mmg rasa down. tp saya tau anak saya yg sulung ni ada kelebihan dia. kalo ada brg salah letak tanyalah dia. mesti dia jumpa hehehe.. dia penyayang. adik dia yg kecik cuma boleh gelak bila main dgn dia saja. beza bila dekat dgn yg no 2. mcm takde perasaan sbb akak yg no 2 tu jenis x melayan. saya dgn abahnya pon x boleh marah adik2 dia. mesti dia marah saya dgn abahnya balik. sekarang ni saya dgn husband kena sabar banyak. kena bantu dia lagi. tempoh setahun lagi sebelum dia masok sekolah rendah ni saya rasa x lama pon. tu jadi makin berdebar.

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 12:07 PM | Show all posts
Claudia_Lestat posted on 23-12-2013 11:55 AM
samalah. saya betulkan kalo ada perkataan yg dia sebut salah. nasib ada adik dia yg perempuan ni.  ...

kan,yang paling pedih bila org cam nak salahkan kita
walhal doc yg pakar pun tak penah menilai kita..
igat kita tak wat apa2 ke
saya nih mcm2 buat
penah bawak pi darul syifa
sbb pemli bising konon takut sbb lain kan so bawaklah
dorang bg air penerang hati je pun selebihnya suh kita gak usaha bantu anak
betul bagus anak awak  ada adik yg leh bantu
mcm anak saya harapkan pergaulan kat sekolah je lah
dia dah lah mcm xde keyakinan n sgt pemalu
nampak org nyuruk tu yg jd kan keadaan sukar
tp saya biarkan juga walo dia malu bawak gak dia kuar umah jumpa org ramai
biar dia dh jd tak segan bagai kan..
betul nyampah sgt ngan mak bapak yg tak bersyukur tuh,kdg2 saja2 nak sakitkan hati kita kan
soklan2 sprt eh anak ko dah bleh ckp apa
anak ko pandai tak itu ini  n bla2
nyampah malas nk layan,kalo nk bandingkan anak2 jgn berkawan ngan aku tuh je senang.
nk plak anak dorang tu lg muda dr kita,umur 2 tahun dah petah berkata2
so saja lah nak nunjuk2..
nk ckp yea semua org berpotensi utk hilang upaya n menjadi tak sempurna
kazen laki saya masa kecik lahir sempurna tup2 masa dia budak2 sakit apatah hingga nyebabkan mata dia kena buang
n dia jd buta seumur hidup..
tak semestinya hari ni ko berbangga2 anak ko bijak yahamat
tak mustahil satu hari nnt nikmat tu bleh ditarik anytime je
masa bawak anak terapi kat sepital tuk  terapi cara kerja punya..kena pi kat unit fisioterapi
so ramai je sy jumpa org yg saya kira asalnya sempurna tp sebab kemalangan bagai
dah jd tak mampu pun nak jaga diri..mmg kesian..
kita mmg takleh ramalkan apa yg jd masa depan kan,kdg2 mmg takut fikirkan masa depan anak
risaunya dia ketinggalan masa skolah nnt n dibuli kawan2..



Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 12:37 PM | Show all posts
Suchi posted on 23-12-2013 12:07 PM
kan,yang paling pedih bila org cam nak salahkan kita
walhal doc yg pakar pun tak penah menilai ki ...

kita sama u. saya pon sama jugak bawak anak ke darus syifa berubat. ustaz kasi air penerang hati tp pesan jugak bawak ke hosp. lepas my FIL pulak bawak pi PP Al-Hidayah tu. jumpalah dgn Ashraf Muslim. Saya x ikot tp my husband cakap my son tu tunjuk penumpuk kat Ashraf Muslim lps berubat hehehe..

risau kan bila pikir anak kita kena buli dgn budak lain sbb kurang fasih cakap. dah ler diaorg x pandai nak mengadu lagi. kalo jadi apa2 mcm mana kita nak tau. tu lah yg buat hati selalu sebak. rasa mcm nak antor anak saya ni pi klas taekwando siap siap nanti. nak mempersiapkan dia.

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 12:40 PM | Show all posts
Claudia_Lestat posted on 23-12-2013 12:37 PM
kita sama u. saya pon sama jugak bawak anak ke darus syifa berubat. ustaz kasi air penerang hati t ...

yea betul tu terutama kat sekolah tu apa2 cikgu buat marah ke apa pun dia takleh nak ngadu kan
paling tidak wat pangai bentak2 takmo pi sekolah jelah kot
darjah 1 nnt cabaran diorang neh lagi besar
kelas ramai,n perhatian cikgu pun terhad
biasanya yg lemah mmg selalu ketinggalan walopun ada potensi tuk maju
xtaulah skrg neh cemana kan
tp kalo zaman kita2 sekolah dulu mmg gitulah situasinya
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 02:00 PM | Show all posts
Suchi posted on 23-12-2013 12:40 PM
yea betul tu terutama kat sekolah tu apa2 cikgu buat marah ke apa pun dia takleh nak ngadu kan
pa ...

tu pon pening gak pk. anak saya abc tu ikot suka. tengah tengah dok abc masok 123 lah. lps tu bila kita ajar dia kata kita salah. dia nak ikot suka dia jugak. yg x tahan skang ni mmg diakui kami pon x tau nak marah camana dah. dia suka mengadap utube lama2 kat pc. kejap tgk ultraman, kamen rider, lepas tu boboiboy. skang ni dia suka sgt tgk PLAYDOUGH yg org upload buat mcm mcm bentuk kat utube. dia suka mewarna. kat tadika cikgu cakap dia suka kalo bab sambung titik2 tu dgn kaler kaler. tp dia x kacau org. dgn kawan kawan ok. boleh berkawan. tp kawan2nya x paham apa yg dia cakap. penah ler ada kawan2nya bertanya kat saya dgn cikgu kenapa anak saya tu x boleh cakap. yang cikgunya jawab ALLAH belom nak kasi anak saya bercakap lagi huhuhu..

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 02:09 PM | Show all posts
Claudia_Lestat posted on 23-12-2013 02:00 PM
tu pon pening gak pk. anak saya abc tu ikot suka. tengah tengah dok abc masok 123 lah. lps tu bila ...

oh mujur cikgu memahami..
oh dia tak kaco org takpelah
anak saya pun suka tgk youtube gak
dia pompuan so suka tgk tutorial mekap michelle pan
n barbie
pastu dia suka tgk video ala2 just kidding yg jepun punya
pehtu sblm neh dia suka tgk aksi2 lawak dlm tandas
tak suka dia tgk tp rupanya sejak dia tgk tu
dia dah berani kencing atas tandas duduk
sblm neh dia kencing kat lantai je n hanya kat umah je dia kencing
kat sekolah n kat mall or mana2 dia xmo kencing walo kat lantai
tp sejak dia rajin tgk video budak2 kecik guna tandas tu dia
dah reti n bila pi mana2 laju je ajak pi tndas dia nk kncing
cuma satu masalah berak,dia takut nak berak
kat tandas
dia akan cari diapers gak,satu umah dia cari dia kata dia nak berak huhu.
kdg2 tak ckp pun tau2 dia dah pakai.
jenuh suh pi berak dlm tndas xmo jugak
mujur jarang berak..tp takleh paksa so tunggulah smpai dia betul2 sedia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 04:22 PM | Show all posts
Macam mana nak tahu anak kita ada tanda2 Dyslexia or ASD (autism spectrum disorder)? Dlm kes saya, anak lelaki saya baru masuk 3thn. Dia cume blh menyebut beberapa words je cth mcm ABAH, MAK, KAKA (KAKAK), BYE-BYE, ABBY(ACTUALLY BABY), UKAK (BUKAK), AMIK (AMBIL) and a few simple words la. Anak saya still x blh nk create ayat panjang lg.. actually saya agak risau dgn keadaan tu. Anak saya blh mendengar arahan and ikut arahan if saya suruh buang smpah dlm bakul smpah, letak baju kotor dlm bakul, ambil botol susu... saya betul2 risau keadaan ni memandangkan sepupu dia yg sebaya semua da petah bercakap.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 05:27 PM | Show all posts
Suchi posted on 23-12-2013 02:09 PM
oh mujur cikgu memahami..
oh dia tak kaco org takpelah
anak saya pun suka tgk youtube gak

cikgu tadika ok. anak saya ke tadika kemas je. tp x ramai student so mcm senang jugak cikgu nak beri perhatian.
selalu jugak saya tanya kat cikgu anak saya mcm mana kat tadika. kacau budak ke x mo belajar ke. cikgu cakap bab nakal tu sama je dgn kawan2nya yg lain. bab belajar tu mcm tu lah dia buat apa yg dia suka. kalo time nyanyi dia dgr je x join. kalo time dia x mo belajar dia just duduk je tgk kawan2 buat apa. hari hari cakap kat anak tahun depan takde lagi dah main main. kena buat homework semua.

oklah tu anak u belajar something jugak dari utube tu kan. dr tak mo guna tandas duduk dah pandai guna. anak saya tgk ABC kat TUTITU. saja perati dia kenal dah huruf senornya. tp tahap malas tu nak kena kikis banyak2. ada masa rasa mcm nakkkkkkkkkkkkk je benti keja sbb nak kasi full attention kat anak saya tu. rasa bila keja mcm payah sgt nak tgk dia.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2013 05:33 PM | Show all posts
Claudia_Lestat posted on 23-12-2013 05:27 PM
cikgu tadika ok. anak saya ke tadika kemas je. tp x ramai student so mcm senang jugak cikgu nak be ...

ohh tulah saya pun ingat nak hantar tadika biasa je sini takde kemas tapi ade perpaduan je
masalahnya dah tutup dah kemasukkannya
lupa nak amik borang awal2 dulu
sbb rasa tadika yg dia sekolah sblm neh
cikgu2 tk berapa bagus
tau jelah tadika swasta,saya letak situ pun sbb dekat ngan umah
nk tukar rasa cam berat hati sbb dia dh biasa ngan cikgu n kawan2
kalo tukar baru takut amik masa lama lg nak sesuaikan diri


Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 09:45 AM | Show all posts
Suchi posted on 23-12-2013 05:33 PM
ohh tulah saya pun ingat nak hantar tadika biasa je sini takde kemas tapi ade perpaduan je
masala ...

saya pon x daftar lagi utk kemasukan baru ni. tp dah bgtau cikgu tadika tu tahun depan sambung lagi.
anak saya pon ok je kat situ. student x ramai so cikgu pon senang nak pantau nak ajar.
kalo ramai student dgn condition dia mcm tu mmg kesianlah dia.
taska naik yuran bulanan. nak tukar tpt lain penjaga semua dah ok.
kawan2 dia pon ok so bertabah sajalah. nak tukar tpt lain dgn mcm mcm kisah skang saya x berani amek risk.
yg penting anak seronok hepi.

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Claudia_Lestat posted on 24-12-2013 09:45 AM
saya pon x daftar lagi utk kemasukan baru ni. tp dah bgtau cikgu tadika tu tahun depan sambung lag ...

oh kemas takyah isi form balik eh, bestnya
kat sini tadika perpaduan kena isi form sblm 31.10 lalu tu yg dah tak sempat so masuk tadika lama jelah balik..
nak hntar tadika lain yg mahal2 n jauh dr umah mmg tak mmpu.
dgn condition dia lg, kesian plak kn.lgpun doc tak bg kita kasi tekanan kt anak so biarkanlah dia rasa selesa..sabar n tawakal jelah harap 2014 nih ada sinar baru utk nya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 10:54 AM | Show all posts
Suchi posted on 24-12-2013 10:31 AM
oh kemas takyah isi form balik eh, bestnya
kat sini tadika perpaduan kena isi form sblm 31.10 lal ...

kena senornya. dah amek dah form hari tu tp saya salah letak kat mana ntah. nak kena pegi balik jumpa cikgu dia nanti.
jgn penuh dah ler huhuhu.. masaklah nak cari tadika lain plak. dia pon seronok pegi tadika tu.
cuti sekolah pon nak pegi jugak. asik2 tanya bila nak pegi cikgu abc hehehe

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.058585 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list