Ya. Saya tahu, ada yang tak puas hati dengan program Jobdirumah. Ada yang bayar RM50 untuk menyertai program Jobdirumah ini tetapi MASIH tak dapat apa-apa hasil. Saya tahu setiap orang adalah berbeza. Tapi pernah tak anda fikir disebalik apa yang anda faham dan peroleh dari prorgam Jobdirumah ini?
Pada mulanya, memanglah rasa macam banyak sahaja kena keluarkan RM50 untuk sertai program Jobdirumah ini. Tapi apa yang diberikan, tips yang diberikan dan kerja yang dicadangkan untuk kita bid, saya nampak banyak kerja dari rumah yang boleh kita lakukan. Dari program Jobdirumah ini, saya dapat banyak pulangan dan komisen dari pelbagai jenis job yang saya terima selepas menyertai Jobdirumah. Ianya tidak terhad sahaja pada job yang diberikan kepada kita. Memang kita kena bid, siapa depat, dia dapat. Tapi hasil penglibatan saya dengan program Jobdirumah ini, saya JUMPA banyak lubuk buat duit yang dapat berikan saya sedikit pendapatan melalui internet.
Ya. Dari Jobdirumah ini, saya dapat tempiasnya. Saya sendiri dapat job dari orang kita. Kerjanya hanya menulis sebuah ulasan tentang sesebuah produk. Malah, ada kerja sebelum ini saya dapat tugas yang mudah. Iaitu hanya mengKLIK G+ (google plus) dan LIKe beberapa buah fanpage kepunyaannya. Ya, tak banyak yang dibayar. Tapi ianya tetap satu pengalaman yang menarik untuk saya sejak saya menyertai program Jobdirumah. Pendek kata, program Jobdirumah ini telah membuka peluang kepada banyak pintu-pintu rezeki yang terlalu banyak yang tidak dapat saya ceritakan semuanya disini.
Kenapa anda perlu kelayakan untuk sertai Jobdirumah? Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan Ya. Kalau anda tidak ada komputer dan internet. Susahlah nak buat kerja dari Jobdirumah, kan? Tapi kalau tak ada, boleh sahaja buat kerja di cyber cafe. Skill menulis menggunakan blog atau microsoft office adalah perkara wajib yang anda kena tahu. Ya, kena tahu bahasa inggeris sikit. Bahasa inggeris yang mudah-mudah. Ayat-ayat yang anda akan jumpa nanti pun bukannya susah. Senang aje nak faham. Ya, anda sebolehnya 18 tahun ke atas. Kalau budak kecil, susah sikit orang nak percaya dan nak beri job pada kita. Jadi, apa yang penting anda ada kesungguhan untuk menyiapkan kerja yang diberikan tepat pada masanya. Kalau anda perform bagus, tidak mustahil anda akan dapat lagi kerja pada masa hadapan. Saya sendiri pernah dihubungi sekali lagi untuk kerja yang sama. Kerja itu adalah meletakkan iklan banner disalah satu blog saya. Satu banner adalah 10 dollar. Dua kali? Dah 20 dollar. Itupun dah cukup bagus, kan? Siapalah yang hendak bagi kita duit, kan? Ini lebih bagus berbanding mengemis ditepi jalan. Sekurangnya kita berusaha dari meminta-minta.
Ini salah satu jumlah bayaran yang saya dapat setelah menyiapkan kerja-kerja yang diberikan oleh syarikat-syarikat tertentu. Ada sebahagian, dari kerja lain. Lihat, ada yang saya dapat banyak, ada yang saya dapat sikit. Yang bagusnya, dibayar dalam DOLLAR. Kali dengan 3 kali ganda? Haa, berapa yang saya dapat? Ini tempias yang saya dapat setelah menyertai Jobdirumah. Jobdirumah ni scam? Jobdirumah penipu? Jobdirumah tipu ramai orang? Itu saya tak tahu. Saya buat kerja sungguh-sungguh. Bagi saya, yang rasa kena tipu adalah mereka yang tidak berusaha. Tidak yakin dengan diri masing-masing. Tidak bukak mata luas-luas dengan peluang yang terhidang didepan mata. Mengapa mahu salahkan orang lain sedangkan diri kita masih banyak kelemahan dan tidak pula mahu mengaku kelemahan itu? Jadi, terpulang pada anda. Mahu sertai atau tidak. Saya tidak memaksa. Anda mesti berfikir dan bijak mencari kerja. Tidak terhad saja kepada job-job yang diberikan. Cari juga diforum-forum popular, blog-blog popular yang banyak menawarkan kerja-kerja sampingan untuk mereka yang memerlukan. Kadang-kadang, tugasnya cuma komen dibeberapa buah forum atau blog sahaja. Tapi kita dibayar dengan dollar. Siapa yang tak nak buat kerja mudah, bukan? Dah. Boleh daftar disini >> Jobdirumah Ps: Dah jawab jawapan kepada beberapa orang yang email saya untuk tahu sikit sebanyak tentang Jobdirumah. Harap dapat membantu anda serba-sedikit. Dah, jangan sedih-sedih lagi ya.
|