Drama terbaru 13 episod di Slot Lestary TV3 menggantikan Diandra..
Arahan : Keoi HJ Khalid/Khairul Amri Khalid
Terbitan : Global Station Sdn Bhd
Menampilkan Remy Ishak dan Amyra Rosli sebagai teraju utama..
Remy sebagai Helmi
Amyra sebagai Batrisya
Sinopsis
Drama romantik komedi ini mengisahkan tentang Batrisya (Amyra Rosli) yang dibesarkan di dalam keluarga berada, segala permintaan dan kehendak beliau dituruti oleh Dato’ Hisham. Ramai pembantu rumah terpaksa diberhentikan gara-gara kesalahan kecil. Suatu hari, Helmi (Remy Ishak), pekerja di restoran milik Dato’ Hisham telah menegur sikap biadap Batrisya. Hari itu, Batrisya merasakan Helmi telah memalukannya. Dia pergi menemui Dato’ Hisham di pejabat semata-mata ingin meminta ayahnya itu memberhentikan Helmi.
Helmi, anak yatim piatu, tidak dapat melanjutkan pelajaran atas faktor kewangan. Dia tinggal bersama-sama neneknya yang sudah tua dan nyanyuk. Kos perubatan neneknya yang menghidap penyakit buah pinggang amat tinggi, jadi dia terpaksa melakukan banyak kerja. Dia sanggup berhabis wang demi neneknya yang dikasihi, satu-satunya saudara yang dia ada. Bagi Dato’ Hisham, cukuplah beberapa orang gaji terpaksa dia berhentikan tetapi bukan Helmi kerana dia mengenali Helmi seorang anak muda yang rajin dan tidak pernah mempunyai masalah.
Oleh kerana kecewa terhadap ayahnya yang tidak mahu memberhentikan Helmi, Batrisya pergi ke luar negara selama sebulan tanda mogok. Dato’ Hisham yang runsing memikirkan Batrisya pergi menemui rakan baiknya, Rahim untuk meluahkan penyesalan kerana terlalu memanjakan anak perempuannya itu. Rahim bukan sahaja seorang sahabat yang setia mendengar keluhan Dato’ Hisham, beliau juga memberikan pendapat yang terbaik.
Selepas puas bercuti, Batrisya pulang ke tanah air. Apabila tiba di hadapan pintu rumahnya, dia amat terkejut melihat papan tanda ‘Untuk Dijual’. Batrisya bergegas ke restoran milik ayahnya, restoran itu juga telah ditutup. Batrisya berjumpa dengan Pak Cik Rahim yang kemudiannya menunjukkan surat mengatakan ayahnya telah muflis dan terpaksa melarikan diri disebabkan hutang-piutang yang banyak.
Di dalam surat itu juga mengamanatkan Batrisya untuk belajar tinggal bersama Helmi dan neneknya. Sebaik sahaja sampai di rumah Helmi dengan alamat yang diberikan, Batrisya seakan-akan tidak percaya bahawa dia harus menghuni di rumah seperti reban ayam. Dia tidak rela dan cuba meminta bantuan kawan-kawan baik yang setia dengannya. Tetapi, apabila dia berjumpa dengan Maya dan Farah, ada sahaja alasan dan mereka tidak mahu menolong. Dia cuba menghubungi teman lelakinya, Razman, namun hampa.
Batrisya sangat sedih dengan apa yang menimpa hidupnya dalam sekelip mata. Dia menyalahkan takdir dan ayahnya yang sanggup meninggalkan dia begitu sahaja. Dia melangkah semula ke rumah Helmi. Helmi memberitahu Batrisya tentang undang-undang di dalam rumah seperti apa yang boleh buat dan apa yang tidak boleh. Batrisya tidak boleh duduk sahaja dan kena menjaga neneknya jika tidak sila keluar daripada rumah ini. Apakah yang bakal berlaku kepada Batrisya seterusnya?
Ikuti drama siri “Ku Cinta Kau Seorang” yang menampilkan Remy Ishak dan Amyra Rosli di slot Lestary pada setiap hari Selasa jam 9.00 malam di TV3 mulai 19 November ini! Ia boleh disaksikan menerusi portal Tonton Premiere 48 jam sebelum ia ditayangkan di kaca televisyen dengan bayaran RM3 sahaja.
Promo
Selamat menonton!
Sumber: Ig tuan pengarah, pelakon, krew produksi & #kucintakauseorang
mrszack1 posted on 27-10-2013 12:09 PM
Wah abang wemy..pelakon pompuan tak kenai la..
pelakon baru..penah berlakon citer jodoh (astro ria).. suka tgk dia.. nampak lembut je orgnya..
n dah slmt bertunang ngn dazrin.. mungkin diorang berchenta masa sama-sama berlakon citer jodoh tu kot..
kumboiNyoq posted on 27-10-2013 02:42 PM
lar berj0d0h ngan dazrin ker..suka gak die dlm j0d0h wlpn jahat
ha'ah..dah bertunang dah..dlm jodoh tu dialah si ratu nanges dan dialah jgk spesies talam bermuka-muka..
tp still suka tgk dia.. nampak lembut jah org nya.. suara pom manja2 jah..