View: 334209|Reply: 32
|
Mengenal Tanda-Tanda Kucing Sedang Sakit
[Copy link]
|
|
Mengenal Tanda-Tanda Kucing Sedang Sakit - Part 1
Boleh dikatakan setiap jenis baka kucing mempunyai jenis penyakit yang sama, simptom-simptom yang sama serta kesan dan akibat yang sama. Setiap kucing yang sedang diserang penyakit atau yang sedang sakit akan menunjukkan reaksi dan karektor yang berlainan dari waktu sihatnya. Reaksi, karektor dan perangai yang berubah inilah yang dinamakan "Tanda-tanda Kucing Anda Sedang Sakit". Pada tajuk Kesihatan kucing secara umum ada teman senaraikan beberapa tanda-tanda kucing anda sedang sakit. Hari ini teman akan cuba menghuraikan satu persatu tanda-tanda berikut.
Hilang Selera Makan
Makanan merupakan perkara paling penting dalam hidup seekor kucing. Semua kucing yang sihat mempunyai selera makan yang tinggi. Kiranya kucing anda menunjukkan sikap tidak mahu makan atau pun makan terlalu sikit dari selalu, anda perlu mengambil tindakan segera dengan megenal pasti apa masalah yang sebenarnya. Kiranya anda terus membawa kucing anda ke klinik, mungkin doktor akan mengatakan kucing anda mengalami Anorexia. Anorexia ialah istilah yang digunakan oleh para veterinari untuk sejenis penyakit yang dialami kucing, yang mengakibatkan kucing anda hilang selera makan. Kucing sihat hilang selera makan ada beberapa sebab:
Jemu dengan makanan yang sama setiap hari. (cuba pelbagaikan perisa dan sumber bahan utamanya, seperti ayam, ikan dan pelbagai jenis daging).
Rindu makanan kegemarannya.(ayam rebus contohnya, setiap kucing mempunyai makanan kegemaran tersendiri)
Makan yang diberi sudah rosak.(lemau, basi dan sebagainya)
Ada kucing lain yang menganggunya makan(persaingan antara kucing lain).
Kurang perisa makanan. (kekurangan rasa masin boleh membuat kucing kurang minat dengan makanan tersebut).
Kucing anda telah keluar memburu dan memakan hasil buruannya. (Naluri kehidupan liarnya sudah bermula - ini perlu dielakkan).
Tidak mengemari kedudukan tempat makannya. (cuba ubah lokasi bekas makannya).
Musim mengawan/ingin mengawan/tidak dapat mengawan kerana dikurung.(hanya pada kucing yang belum dikasikan/di kembiri)
Sekiranya semua faktor diatas sudah diambil kira, kemungkinan besar kucing anda sedang mengalami kesakitan atau diserang penyakit.
Jika ini
berlaku segera bawa kucing anda ke veterinar yang terdekat. Kucing yang sakit, hilang selera makan kerana beberapa sebab:
- Kucing demam.
- Kucing sukar bernafas.(tidak dapat menghidu makanan).
- Dehidrasi(Minum air lebih dari selalu, boleh mengurangkan selera makan kucing)
- Mengalami masalah atau penyakit di dalam mulut.
- Mengalami masalah penyakit hati dan penyakit buah pinggang yang serius.
Susah Hendak Makan
Hilang selera makan dan susah hendak makan ialah suatu perkara yang berbeza. Kucing susah hendak makan bukan kerana kurang selera makan tetapi sebaliknya kucing yang susah nak makan makanannya kerana kucing mengalami sakit di bahagian mulut, dalam mulut, gigi, gusi, lidah, lelangit, kerongkong serta sakit organ-organ dalamannya yang lain. Penyakit Gigi dan Gusi contohnya sering berlaku pada kucing tua. Jika perkara ini berlaku silalah rujuk pada veterinar.
Penurunan Berat Badan
Penurunan Berat Badan Kucing akan berlaku disebabkan 7 perkara:
Parasit/Kutu
Virus Leukemia Kucing (Feline Leukemia Virus Disease Complex - FELV)
Penyakit Usus. (Inflammatory Bowel Disease - IBC)
Penyakit Hati. (Liver Disease)
Kencing Manis. (Diabetes)
Penyakit buah Pinggang. (Kidney Disease)
Stress. (Kucing yang stress akan menyebabkan penurunan berat badannya)
Muntah
Setakat pengetahuan teman, kucing akan muntah disebabkan 9 perkara:
Gumpalan bulu. (Hairball)
Makan terlalu cepat/gopoh.
Makan benda yang tidak boleh dihadam.
Kerapkali menukar diet/jenis makannannya.
Alergic makanan atau bahan-bahan didalam makanan.
Infeksi/ Jangkitan penyakit
Parasit/Kutu
Racun
Sebab-sebab lain. - ada beberapa perkara lain yang menyebabkan kucing anda muntah seperti penyakit-penyakit serius. Ini akan dihuraikan lagi didalam Penyakit-Penyakit Kucing.
Nota: Pastikan kucing anda tidak diberi makan sekiranya ingin membawanya berjalan jauh(travel). Kerana kucing akan muntah didalam kereta anda sekiranya diberi makan sejurus sebelum anda ingin memulakan perjalanan jauh. Ini dipanggil "Motion Sickness"
Darah didalam air kencing
Darah didalam air kencing kucing adalah disebabkan pelbagai penyakit yang serius atau sesuatu yang serius telah berlaku pada kucing anda. Keadaan ini di panggil 'Hematuria'. Perkara ini menakutkan para-para pembela kucing kerana hanya perkara buruk yang serius sahaja boleh menyebabkan kucing kita jadi begini. Salah satu penyebab 'Hematuri' ialah penyakit yang dipanggil " 'Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD)". Sekiranya anda mendapati terdapat darah didalam air kencing kucing anda, perlulah anda risau dan membawa kucing anda kepada veterinar yang terdekat dengan segera. Perkara ini akan dijelaskan secara mendalam didalam Penyakit-Penyakit Kucing.
Sukar membuang air kecil
Perkara ini hanya berlaku apabila kucing anda mengalami penyakit-penyakit yang berkaitan usus kecil. Sebagai contoh, penyakit 'Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD)'. Sukar membuang air kecil juga boleh menyebabkan darah didalam air kencing. Perkara ini akan dijelaskan secara mendalam didalam Penyakit-Penyakit Kucing.
Demam
Kucing akan mengalami demam apabila tindakbalas atau reaksi tubuhnya kepada sesuatu jangkitan atau
penyakit yang menyerangnya. Suhu normal tubuh badan kucing adalah 100 - 102.5°F (37.7 - 39.1°C). Untuk menyukat/mengambil suhu badan kucing mungkin sukar kepada yang kurang mahir. Namun begitu kucing demam akan menunjukkan beberapa tanda seperti berikut :
Keletihan. - kucing anda tidak aktif seperti selalu dan tidak mempedulikan permainan kegemarannya.
Hilang selera makan. - kucing anda tidak mahu makan dan minum.
Bernafas dengan laju secara konstan. - bernafas seperti seolah-olah sesak nafas.
Menggigil. - suhu badan yang tinggi menyebabkan kucing anda tidak selesa dan boleh menyebabkan mengigil.
Menunjukkan rasa sakit apabila dipegang/disentuh walaupun dipegang sentuh secara lembut.
Menunjukkan sikap tiada respon atau tidak hirau akan perkara yang selalu mengambil perhatiannya. Sebagai contohnya, selalunya ia amat menggemari 'catnip' tetapi tidak apabila dia demam.
TIPS KATA-KATA
Jagalah kucing anda sepertimana anda menjaga anak anda sendiri, kerana dengan pemerhatian dan memahami tingkahlaku kucing anda dapat mengenal pasti sebarang perubahan yang berlaku keatas kucing anda.
Bersambung di Mengenal Tanda-Tanda Kucing Sedang Sakit - Part 2
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mengenal Tanda-Tanda Kucing Sedang Sakit - Part 2
Teman mohon maaf kerana lewat menyajikan kepada semua yang menunggu bila "part 2" nak keluar. Hari ni teman sambung semula tajuk yang mungkin boleh menjadi panduan kepada peminat-peminat kucing hari ini.
Minum Air Berlebihan Dari Selalu
Bagi seekor kucing yang normal dan mempunyai berat badan sekitar 4.5kg-5kg akan minum lebih kurang 2 1/2 cawan sehari. Sebelum kita mula mendakwa bahawa kucing kita minum lebih dari selalu, mestilah kita ketahui dulu jumlah harian biasa kucing kita minum. Jumlah kucing akan minum bergantung juga kepada apa yang kita berikan kucing kita makan.
Secara logik dan praktisnya, kucing yang diberi makan makanan kering akan lebih minum dari kucing yang diberi makan basah. Malahan kucing yang diberi makanan kering sebagai makanan utamanya, kenalah memastikan kucing anda sentiasa dibekalkan dengan air yang tidak berklorin. Jadi sekiranya kucing anda minum banyak kerana apa yang dimakannya tidaklah perlu anda risau. Tetapi kiranya kucing anda minum berlebihan dari selalu bukan kerana dari pemakananya maka anda perlu ambil tindakan dengan segera dengan membawa kucing anda ke veterinar yang terdekat. Kerana kucing akan minum berlebihan kiranya diserang penyakit atau sedang sakit. Ada banyak jenis penyakit yang akan menyebabkan kucing anda cepat dahaga. Kesemua penyakit itu akan teman huraikan dalam tajuk penyakit-penyakit kucing. Tapi disini untuk menjadi panduan anda, ada tiga penyakit utama yang menyebabkan kucing anda minum air berlebihan dari selalu iatu :
Thyroid. (Kelenjar Tiroid)
Diabetes. (Kencing Manis)
Kidney Failure. (Sakit Buah Pinggang)
(Semua penyakit diatas akan teman huraikan di dalam tajuk penyakit-penyakit kucing.)
Cirit - Birit
Kucing mengalami cirit-birit disebabkan banyak perkara. Cirit birit berlaku keatas kucing dewasa, kucing tua, anak kucing, kucing jantan dan kucing betina. Disini ingin teman ingatkan cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi cirit-birit adalah tanda atau simptom terhadap penyakit tertentu. Dalam banyak penyebab cirit-birit, ingin teman nyatakan disini 5 sebab utama kenapa kucing cirit birit :-
Terlebih makan - Mengikut pengalaman teman, kebanyakkan kes cirit-birit yang berlaku keatas kucing dewasa dan anak kucing adalah disebabkan terlebih makan. Makanan yang dimakan tidak dapat dihadam dengan sempurna yang menyebabkan cirit-birit.
Produk yang berasaskan susu - Tidak teman nafikan bahawa banyak kucing sukakan rasa susu lembu. Tapi hakikatnya makanan yang berasaskan susu tidak sesuai untuk sistem penghadaman kucing. Sistem penghadaman kucing tidak dapat memproses gula(laktosa) yang terdapat dalam susu lembu.
Makanan yang tidak sesuai - Contohnya ada sesetengah kucing yang tidak sesuai makan makanan laut seperti ikan, sotong dan udang. Kadangkala menukar jenis makanan secara mendadak pun membuatkan sistem penghadaman kucing anda terkejut dengan perubahan yang berlaku.
Keracunan - Makanan yang diberi telah rosak ataupun sudah terdedah terlalu lama.
Cacing - Kucing dilahirkan dengan semulajadi terdapat cacing parasit di dalam perutnya. Kucing dewasa yang dibiarkan merayau diluar rumah juga terdedah pada masalah ini. Teman nasihatkan kepada peminat dan pecinta kucing untuk dapat ubat cacing anda sekurang-kurangnya 6 bulan sekali dan adalah lebih baik kiranya diberi setiap bulan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ieja penah diberitahu oleh doktor haiwan
kalu nak tahu samaada kucing kita ne demam, cube pegang telinga dia....telinga die sejuk kalu dia demam..
|
|
|
|
|
|
|
|
kucing pun ada kencing manis?... |
|
|
|
|
|
|
|
nsutra posted on 12-11-2013 03:05 PM
kucing pun ada kencing manis?...
batu karang pn ada
|
|
|
|
|
|
|
|
kucing bersin pun kena cek jugak.
especially bila dia tiba2 gi tido atau lepak tempat jauh dari port biasa.
sila check.
check apa? check selera makan dia, berak kencing dia dan aktiviti dia, cergas atau lesu...?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kucing kecil jika mata berair... cepat-cepat la bawa ke vet... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
atau kalu bulu dia mcm meremang kembang.. mmg tak sihat lah tu.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bobo_haha posted on 3-12-2013 10:42 PM
kucing kecil jika mata berair... cepat-cepat la bawa ke vet...
oh ye ke? terima kasih!
|
|
|
|
|
|
|
|
bzzts posted on 26-11-2013 02:11 PM
kucing bersin pun kena cek jugak.
especially bila dia tiba2 gi tido atau lepak tempat jauh dari po ...
Betul! Bersin tu tanda2 awal kucing sakit and boleh membawa maut. sila segera jumpa vet - jangan tangguh2.
Lagi satu check kencing and berak diorg normal atau tak. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kucing aku baru baru ni tiba tiba jadi tak aktif...sampai tertidur dalam litter tray so malam tu jugak bawak jumpa vet...vet diagnosed kucing aku kena stone bladder and kena admitted 5 days for medical care...vet cakap dia kena shave bulu kucing aku dan akan masukkan tube ke dalam lubang kencing...hopefully everythings will be fine
|
|
|
|
|
|
|
|
satu hari tu meow sy lepas buang air besar dia seret2 bontot dia kat lantai..tu perkara biasa or sebab lain2.. |
|
|
|
|
|
|
|
tadi miaw saya muntah. muntah tu kaler kemerahan.. darah ka? sedih la, sakit serius ke ni.. ? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Perkenalan untuk semua.
Dapatkan stok TRANSFER FACTOR (TF) anda hari ini pada harga serendah RM 3.50 satu biji. Sangat-sangat mampu milik kerana kesihatan diri anda dan kucing kesayangan anda tidak semurah ini.
Transfer Factor Advance Formula merupakan "immune booster" (pemangkin daya tahan melawan penyakit) yg menakjubkan bukan sahaja kepada manusia malah untuk haiwan yg mengalami berbagai penyakit.
Jangkitan bakteria, jangkitan virus dan sistem imun yg lemah merupakan faktor utama haiwan mendapat pelbagai penyakit seperti Demam, Selsema, Sporo, Parvo, Jaundice terutama ke atas anak kucing/anjing dan kucing/anjing yang berusia. Transfer Factor membekalkan kuasa penuh terhadap sistem imun mereka secara semulajadi.
Mengapa guna formula Transfer Factor manusia ke atas haiwan?
Ramai veterinar di negara barat mencadangkan penggunaan formula Transfer Factor manusia berbanding formula Transfer Factor haiwan untuk merawat haiwan yg sakit. Dr. Steven Slagle dalam testimoninya, telah menggunakan formula Transfer Factor manusia untuk merawat seekor kucing yg menghidapi leukemia, mempunyai tumor dan lumpuh. Hasilnya selepas sebulan penggunaan 1 kapsul sehari, kucing tersebut mengalami pertambahan berat badan dan selepas 5 bulan, tumor mengecut sebanyak 80% dan anggota badan yg lumpuh di kaki dan ekor telah pulih.
Formula Transfer Factor didatangi dalam bentuk kapsul kecil, mudah diberikan kepada haiwan yang tidak mempunyai selera makan. Cuma masukkan ke dalam mulut haiwan atau buka kapsul dan campurkan serbuk tersebut dengan sedikit air dan masukkan campuran ke dalam mulut haiwan dengan menggunakan picagari.
Di manakah anda boleh memesan atau mendapatkan produk berasaskan transfer factor?
Add As Friend / Facebook Massenger/
Tel / SMS / Whatapps : 012-3480834 (Niza)
|
|
|
|
|
|
|
|
bila nak sambung lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
TQ!!!good info................. |
|
|
|
|
|
|
|
haniz98 posted on 9-3-2014 01:38 PM
Salam Perkenalan untuk semua.
Dapatkan stok TRANSFER FACTOR (TF) anda hari ini pada harga serenda ...
ada buat servis apa2 ke? nak mandulkan kucing la igt, bahaya x?
|
|
|
|
|
|
|
|
kucing kalau tibe2 bulu die xcantik dan sekali sekali die muntah2, dan susut berat badan kenapa ya? |
|
|
|
|
|
|
|
mizshareen posted on 2-10-2014 03:05 PM
kucing kalau tibe2 bulu die xcantik dan sekali sekali die muntah2, dan susut berat badan kenapa ya?
sarankan pg vet amik vaksin. mugkin makanan dia or faktor usia. mcm kucing saya
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|