TV3 Perkenal Slot Festival Sempena DFKL Posted: 01 Jan 2014 11:50 PM PST Slot 'Festival' akan bersiaran pada setiap hari Ahad jam 10.00 malam.
Menerusi slot baharu ini, penonton dapat menyaksikan drama-drama hasil karya barisan speaker Drama Festival Kuala Lumpur.
Bersempena dengan Drama Festival Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 20 hingga 22 Februari,
TV3 akan memperkenalkan sebuah slot baharu iaitu ‘Festival’, mulai 5 Januari hingga 16 Februari.
Slot ‘Festival’ akan bersiaran setiap hari Ahad, jam 10 malam.
Menerusi slot ini, penonton dapat menyaksikan drama-drama hasil karya barisan speaker Drama Festival Kuala Lumpur.
‘Sebenarnya’ (5 Januari, 10 malam)
Sinopsis: Khaliff terkenal dengan sikapnya suka mempermainkan perasaan wanita. Dia berkahwin dengan Airis anak jutawan semata-mata kerana wang. Di depan mentuanya, Khaliff mempamerkan sikap baiknya sehingga dia diberi kepercayaan untuk mengemudi sebuah syarikat kepunyaan ayah mentuanya. Khaliff seorang ‘playboy’ dan menjalin hubungan sulit dengan Qistina, teman wanitanya yang dikenali sebelum dia bersama Airis lagi. Airis pernah mendengar gosip tentang suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain namun dia tidak percaya. Suatu hari, Khaliff mendapat panggilan Airis koma selepas diserang sawan.
Pelakon: Bront Palarae, Nabila Huda, Nadia Aqillah, Jay Iswazir, Azman Jantan, Khatijah Tan, Reen Rahim
Pengarah: Azma Aizal Yusoof
‘Olong’ (12 Januari, 10 malam)
Sinopsis: Olong tinggal bersama ayahnya, Muluk dan abangnya, Lut di Liang Batu, sebuah kampung yang berseberangan dengan pekan Kundang Ulu di pinggir Sungai Muar. Ayahnya mengidap strok manakala abangnya pula terencat akal dan suka mengelilingi kampung sambil memungut sampah. Lalu akan keluar dari mulutnya “sampah ini kotor”. Setiap pagi Olong akan bekerja dengan membawa kotak untuk menghiburkan anak-anak yang ke sekolah. Melalui cara itu dia dapat menghilangkan rasa mengantuk dan keletihan mereka. Olong akan menyanyikan lagu-lagu rakyat antaranya “Biarkan Si Luncai Terjun Dengan Labu-labunya” dan “Enjit-enjit Semut”.
Pelakon: Adik Melly Amalin, Taiyuddin Bakar, Sabri Yunus, Bohari Ibrahim, Sani Sudin, Didie Alias
Pengarah: Sabri Yunus

Last edited by eddlisa_uyuk on 17-2-2014 01:34 AM
|