CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5037|Reply: 5

Jubah yang selesa dan praktikal

[Copy link]
Post time 9-1-2014 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Jika anda ingin menunaikan ibadah haji atau umrah terutamanya bagi golongan wanita, pemilihan pakaian yang perlu dibawa ketika menunaikan ibadah tersebut pasti akan menjadi masalah kerana pakaian yang perlu dibawa dalam kuatiti yang banyak sekaligus ia sedikit sebanyak menggangu ibadah anda.

Namun kini anda tidak lagi perlu risau kerana jubah rekaan Aimon Kaman pasti akan menyelesaikan masalah anda itu. Ini kerana jubah rekaan Aimon Kaman menawarkan keselesaan, ringkas, memudahkan pergerakan dan menutup aurat dengan sempurna.

Menurut Pengarah Aimon Kaman Marketing Sdn Bhd, jubah 4 dalam 1 rekaanya direka khas bagi memenuhi keperluan jemaah muslimah ketika menunaikan ibadah kerana ia menggabungkan baju, seluar, telekung dan sarung lengan.

Tambahnya lagi, jubah rekaannya juga dapat mengatasi kesukaran Muslimah ketika hendak mengambil wuduk kerana pemasangan zip membolehkan tudung yang dibuka tergantung di belakang jubah.

Jubah ini mempunyai kaf tangan yang boleh laras mengikut keselesaan si pemakai, kaki seluar panjang yang bercekak di pengelangan kaki bagi mengelakkan meleret ke tanah selain mudah ditarik ke atas ketika mengambil wuduk.

Manakala bahagian poket baju juga dipasang zip bagi mengelakkan barang-barang di dalamnya jatuh atau hilang.

Selain praktikal, jubah ini menggunakan fabrik yang ringan, mudah dibasuh dan tidak perlu digosok, sekaligus memudahkan untuk menunaikan ibadah di Mekah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2014 02:41 PM | Show all posts
ohhhh ni nama jubahnye.. patut la pelik je tgk mak aku pakai dress apa hari tu.. mcm xbiasa tgk fesyen tu.. rupanya ia juge dikenali sbg jubah ye.. cantik design nye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2014 02:59 PM | Show all posts
chubby_bb posted on 24-1-2014 02:41 PM
ohhhh ni nama jubahnye.. patut la pelik je tgk mak aku pakai dress apa hari tu.. mcm xbiasa tgk fesy ...

biar betul ko ni???????

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 09:48 PM | Show all posts
qasehnuramy posted on 24-1-2014 02:59 PM
biar betul ko ni???????

apa yg xbetul?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
chubby_bb posted on 24-1-2014 02:41 PM
ohhhh ni nama jubahnye.. patut la pelik je tgk mak aku pakai dress apa hari tu.. mcm xbiasa tgk fesy ...

Bkn duk msia kah?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 01:47 PM | Show all posts
green_coffee posted on 25-1-2014 11:30 PM
Bkn duk msia kah?

mungkin la kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 07:48 PM GMT+8 , Processed in 1.474993 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list