racerX This user has been deleted
|
"Hawa dijadikan daripada tulung rusuk Nabi Adam." Berapa kali kita pernah dengar statement ni. Tapi pernah ke kita check, ada ke ayat Quran yang menyatakan perkara ini?
[ Last edited by racerX on 18-12-2003 at 04:55 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba check al-Nisa' ayat 1 dan al-A'raf ayat 189.
-Profesor Hasan ada sebut tak ttg ayat tu?
-Hadis ttg penciptaan Hawa ada disebut dalam Bukhari dan Muslim:
a. Adakah ia bercanggah dgn ayat di atas?
b. Adakah sanadnya lemah dan dhaif?
-Metafora ada dalam bahasa tetapi mana satukah yang perlu didahulukan?
Wassalam.
[ Last edited by nahzaluz on 4-12-2003 at 01:22 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nahzaluz at 2003-12-4 13:17:
Cuba check al-Nisa' ayat 1 dan al-A'raf ayat 189.
Wassalam.
4:1 O mankind! reverence your Guardian-Lord, who created you from a single person, created, of like nature, His mate, and from them twain scattered (like seeds) countless men and women;- reverence Allah, through whom ye demand your mutual (rights), and (reverence) the wombs (That bore you): for Allah ever watches over you.
7:189 It is He Who created you from a single person, and made his mate of like nature, in order that he might dwell with her (in love). When they are united, she bears a light burden and carries it about (unnoticed). When she grows heavy, they both pray to Allah their Lord, (saying): "If Thou givest us a goodly child, we vow we shall (ever) be grateful."
Hmm.. tak boleh nak conclude juga bro.. tak clearly say that memang from rusuk adam.. |
|
|
|
|
|
|
ione2bliv This user has been deleted
|
Originally posted by racerX at 4-12-2003 12:50 PM:
Riffat Hassan, profesor kajian keugamaan di Universiti of Kentucky menulis: "Mitos ini secara terang adalah berasaskan penerangan Tuhan tentang kejadian alam dalam surah Genesis 2:18 - 24. Ia ...
Peace
Kill the character in women, attack their self esteem, sense of indepence etc, create inferior feeling within women, make them think they are the inferior lot, by telling them they are sub-species of adam. create a lot of restriction onto them. Promise them heaven if they uphold all the man made rules and if they go through all the hardships, in the hereafter, they will arrive to the gate of heaven is a split second, etc etc .....The best tool, of course using religion.
The result ....ta daa....., women are easy to mange!
This is what happen for thousands of years. it works eeh?!
It boils down to men " sense of control".
Cheers! |
|
|
|
|
|
|
|
antiQue,
Hmm.. tak boleh nak conclude juga bro.. tak clearly say that memang from rusuk adam..
Memang al-Qur'an tak sebut from rusuk Adam. Tetapi al-Quran sebut manusia dijadikan dari diri yang satu. Kemudian dari diri yang satu ini diciptakan pasangannya. Kemudian ada hadis sahih (Bukhari: Kitab Ahaadist al-Anbiyaa': Bab Khalq (penciptaan) Aadam) kata perempuan dijadikan dari tulang rusuk. Jadi ulama' tafsir seperti Ibn Kathir dan al-Qurtubi kata, diri yang satu ialah Adam a.s, pasangannya ialah Hawa a.s. Mereka kata lagi, berdasarkan hadis itu, Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam.
WA |
|
|
|
|
|
|
|
Nahzaluz wrote: "Metafora ada dalam bahasa tetapi mana satukah yang perlu didahulukan?"
Hmm. Kalau begitu, maknanya ayat-ayat yang merujuk kepada orang-orang Arab tu tak perlu digunapakai sebagai kenyataan umum untuk mencakupi masyarakat Muslim secara amnya? Jadi banyak hukum sebenarnya jatuh pada orang Arab saja, dan bukan bangsa lain? Interesting idea.
Bukan begitu maksud saya. Apa yang anda sebut itu berkait dgn al-'Ibrah bi umum al-Lafzi, La bi khususi al-sabab [العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب]. Ini kaedah muktabar dalam Tafsir.
Yang saya maksudkan ialah merujuk kepada apa yang anda kata sebelum ni. Anda kata mungkin kenyataan 'perempuan diciptakan dari tulang rusuk' suatu metafora. Dalam bahasa ada haqiqah dan majaz (metafora). Jadi saya tanya, mana satukah yang perlu didahulukan?
WA |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by racerX at 2003-12-4 02:27 PM:
Kedua-dua ayat tersebut tak de mention pasal tulang rusuk pun? Muhammad Asad mentafsirkan an-Nisaa ayat 1 begini:
"O mankind! Be conscious of your Sustainer, who has created you out of one ...
Soalan untuk racerX:
al-Qur'an tak sebut perempuan dijadikan dari tulang rusuk. Tapi al-Quran sebut kita dijadikan dari nafs waahidah. Kemudian dari nafs wahidah itu diciptakan pasangannya. Jadi, apa yang disebut dalam hadis bahawa perempuan dijadikan dari tulang rusuk lelaki bercanggah tak dgn ayat al-Qur'an? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by racerX at 2003-12-4 02:45 PM:
Pendekata, bagi Yusuf Ali, al-Quran bukanlah buku cerita, tetapi panduan hidup. Sebab itulah maka bagi Yusuf Ali kisah-kisah al-Quran itu lebih bersifat allegorikal daripada sejarah (berlainan dengan kitab Injil).
so cerita cerita sejarah dalam quran tu unreliable...? salah..? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nahzaluz at 2003-12-4 14:23:
antiQue,
Memang al-Qur'an tak sebut from rusuk Adam. Tetapi al-Quran sebut manusia dijadikan dari diri yang satu. Kemudian dari diri yang satu ini diciptakan pasangannya. Kemud ...
Hadith yang ni, kan?
Volume 4, Book 55, Number 548:
Narrated Abu Huraira:
Allah 's Apostle said, "Treat women nicely, for a women is created from a rib, and the most curved portion of the rib is its upper portion, so, if you should try to straighten it, it will break, but if you leave it as it is, it will remain crooked. So treat women nicely."
Saya bukan nak kata apa-apa, cuma nak tanya. So it is still the process of inferring / assuming and relating one point to another isn't it? But still nothing is explained in both secara putus kan? |
|
|
|
|
|
|
|
ibnu Kathir adalah antara saintis Muslim awalan yang menyokong teori evolusi manusia, 1,000 tahun sebelum Darwin. I thought that was interesting.
Perlu kepada penjelasan. Saya tak ada maklumat ttg dakwaan ini.
Ali Arshad dari Pakistan menulis: "Another example of how Judeo-Christian beliefs were mixed into Islamic ones, is that many Muslim children are taught that Eve was made from Adam's rib. This, though stated in the Bible, is never in the Qur'an.
Firstly, the Qur'an never even states whether Adam or Eve was created first. The Qur'an says that humankind 'was created from one soul and its mate.' The word for soul, 'nafs,' is feminine. So there is no implication that Adam was created first.
al-Qur'an diturunkan dalam Bahasa Arab. Untuk mendapat pengertian yang tepat ttg makna al-Qur'an, faktor bahasa Arab tidak boleh diketepikan.
Perkataan nafs adalah feminin dari segi lafaz. Sebab itu selepasnya disebut waahidah, bukan waahid. Tetapi dari segi bahasa dibolehkan sebut nafs wahid. Ia tak salah dari sudut bahasa. Bahkan dalam salah satu qiraat al-Qur'an dibaca 'min nafsin waahid'. Manakala perkataan zauj digunakan dalam bahasa Arab untuk lelaki dan perempuan. Ini adalah penggunaan asal. Walaubagaimanapun sekarang ni orang Arab guna zauj untuk suami dan zaujah untuk isteri.
Jadi bagi saya, kalau sekadar berpandukan kepada bahasa, kemudian kita keluarkan kenyataan ttg pentafsiran al-Qur'an, lebih baik kita pakai pentafsiran yang guna bahasa dan ditambah dgn hadis dari Nabi yang paling faham dgn al-Qur'an.
Yusuf Ali, under the influence of the Bible, mistranslates those verses into, 'mankind was created from one soul and his mate.' Though the Qur'an does say that the 'mate was created from the it (the first soul),' it does not say by which process.
The most logical way to interpret this, is that God means to say that the mate was from the same essence, or scientifically, the same species as the first soul. Muhammad Asad, a German Jew who converted to Islam, agrees with this in his famous translation and commentary of the Qur'an.
Logik bukan tak boleh pakai, tetapi ada juga yang tak logik tapi benar.
Maafkan saya kalau saya sebut begini. Dalam membaca pentafsiran kalimah al-Qur'an saya lebih mengutamakan pentafsiran kalimah dari bahasa Arab ke bahasa Arab sendiri dan fahaman ulama' al-Salafus Soleh r.anhum. Saya bukan kata terjemahan B.I dsbnya tidak betul, tetapi cara yang selamat ialah kena kembali kepada B. Arab. Sebab al-Quran diturunkan dalam B. Arab. Makhluk atas muka bumi ini yang mula-mula dgr al-Qur'an ialah orang Arab. Makhluk atas muka bumi ini yang mula-mula faham al-Qur'an ialah orang Arab. Kefahaman mereka tidak mungkin silap sebab 2 faktor:
1. Mereka orang Arab dan al-Quran diturunkan dalam B. Arab
2. Nabi s.a.w ada bersama mereka mentafsir dan menerangkan al-Qur'an.
Apabila Allah s.w.t mengatakan Dia akan menjaga al-Qur'an sebenarnya Da juga menjaga pentafsiran yang betul ttg al-Qur'an. Mana-mana riwayat yang sahih dari Nabi tentang pentafsiran al-Qur'an itulah yang betul, sebab tak ada satu makhlukpun atas muka bumi ini yang lebih faham al-Qur'an berbanding Nabi.
Kalau dgn B.I sahaja kita nak faham al-Qur'an, kefahaman kita terbatas.
WA
[ Last edited by nahzaluz on 4-12-2003 at 03:17 PM ] |
|
|
|
|
|
|
ione2bliv This user has been deleted
|
<<<Logik bukan tak boleh pakai, tetapi ada juga yang tak logik tapi benar.
Maafkan saya kalau saya sebut begini. Dalam membaca pentafsiran kalimah al-Qur'an saya lebih mengutamakan pentafsiran kalimah dari bahasa Arab ke bahasa Arab sendiri dan fahaman ulama' al-Salafus Soleh r.anhum. Saya bukan kata terjemahan B.I dsbnya tidak betul, tetapi cara yang selamat ialah kena kembali kepada B. Arab. Sebab al-Quran diturunkan dalam B. Arab. Makhluk atas muka bumi ini yang mula-mula dgr al-Qur'an ialah orang Arab. Makhluk atas muka bumi ini yang mula-mula faham al-Qur'an ialah orang Arab. Kefahaman mereka tidak mungkin silap sebab 2 faktor:
1. Mereka orang Arab dan al-Quran diturunkan dalam B. Arab
2. Nabi s.a.w ada bersama mereka mentafsir dan menerangkan al-Qur'an.
Apabila Allah s.w.t mengatakan Dia akan menjaga al-Qur'an sebenarnya Da juga menjaga pentafsiran yang betul ttg al-Qur'an. Mana-mana riwayat yang sahih dari Nabi tentang pentafsiran al-Qur'an itulah yang betul, sebab tak ada satu makhlukpun atas muka bumi ini yang lebih faham al-Qur'an berbanding Nabi.
Kalau dgn B.I sahaja kita nak faham al-Qur'an, kefahaman kita terbatas. >>>
Salam bang,
Abu Lahab, Abd. Mutalib dan orang di benua arab sekarang ni, ramai yang bukan Islam, tapi Christian dsbnya.
Pemahaman Bahasa Arab mereka tak terbatas bukan?...tapi adakah mereka percaya????
Adakah bahasa menjadi kayu ukur disini???
Bukan soal bahasa disini bang nahzalus....ini soal jiwa, soal hati, soal kalbu mahu tunduk atau tidak.....
salam. |
|
|
|
|
|
|
|
antiQue,
Hadis tu betul dah.
Saya bukan nak kata apa-apa, cuma nak tanya. So it is still the process of inferring / assuming and relating one point to another isn't it? But still nothing is explained in both secara putus kan?
Betul, tidak secara putus. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedikit komen:
>>>Kalau dgn B.I sahaja kita nak faham al-Qur'an, kefahaman kita terbatas.
Benar. Tapi yang sering kita lupa ialah ilmu di dunia ini berkait-kait. Untuk memahami satu-satu teks itu bukan sahaja bahasa (linguistis/syntax/semantics) penting tetapi ilmu-ilmu lain seperti falsafah, litarary criticism, science, history, etc, etc.juga perlu digunakan. Kita perlu melihat sesuatu naratif itu secara menyeluruh
Maslah (ini pendapat saya, tolong betulkan jika silap) hujah saudara:
>>>Dalam membaca pentafsiran kalimah al-Qur'an saya lebih mengutamakan pentafsiran kalimah dari bahasa Arab ke bahasa Arab sendiri dan fahaman ulama' al-Salafus Soleh r.anhum.
Terlalu terhad... Racer X membuat penafsiran yang juga mencakupi bidang kritikan sastera dan falsafah (humanisme), dan mengambil kira perubahan sejarah (the historical progress towards the equality of women)... Jadi perbincangan ini sukar dicari kebenarannya kerana ada maklumat yang tidak dikongsi kedua pihak...
>>>Makhluk atas muka bumi ini yang mula-mula dgr al-Qur'an ialah orang Arab.
Tetapi ilmu lain (ilmu bantu?) mereka amat (dalam bahasa Arab) terhad; saya ada terbaca yang jumlah terjemahan buku ke bahasa Arab dari bahasa-bahasa lain amat sedikit sekali, jumlah terjemahan hingga ke hari ini (ke dalam bahasa Arab - mungkin untuk kurun lepas) adalah sama dengan jumlah terjemahan SETAHUN ke dalam bahasa Sepanyol (mungkin exagerrated, tapi selain dari ilmiah-ilmiah Iran dan para intelek Muslim yang dipinggirkan, saya jarang melihat ilmu-ilmu lain digunapakai dalam hujah-hujah 'ulamak' Islam arus perdana, berbanding sebagai contoh ketika zaman Al-Ghazzali dahulu...
>>>Makhluk atas muka bumi ini yang mula-mula faham al-Qur'an ialah orang Arab. Kefahaman mereka tidak mungkin silap sebab 2 faktor:
1. Mereka orang Arab dan al-Quran diturunkan dalam B. Arab
Boleh dipertikaikan. Kerana jika kefahaman mereka tidak boleh silap, mengapa terjadi perselisihan pendapat sesama mereka sendiri?
>>> Nabi s.a.w ada bersama mereka mentafsir dan menerangkan al-Qur'an.
Benar, tetapi zaman sudah berubah, pemikiran sudah berubah, jadi kita perlu selari dengan masa. Bukanlah saya pertikaikan terjemahan Nabi, tapi perlu ada kesesuaian dibuat untuk mengambil kira perubahan dari segi masa dan ruang yang sudah berlaku...
M- |
|
|
|
|
|
|
|
Salam bang,
Abu Lahab, Abd. Mutalib dan orang di benua arab sekarang ni, ramai yang bukan Islam, tapi Christian dsbnya.
Pemahaman Bahasa Arab mereka tak terbatas bukan?...tapi adakah mereka percaya????
Adakah bahasa menjadi kayu ukur disini???
Bukan soal bahasa disini bang nahzalus....ini soal jiwa, soal hati, soal kalbu mahu tunduk atau tidak.....
Saya cakap dalam konteks lain, anda faham lagu lain :bg:
Saya bercakap dgn racerX ttg pentafsiran al-Qur'an. Apabila ada perkataan yang kita tak faham, kita tengok penafsirannya dalam bahasa Arab juga. Barulah tepat pemahaman kita. Contohnya perkataan quru' dan khimar. Kemudian kita intai-intailah hadis Nabi macam mana. Ada tak riwayat dari Nabi ttg pentafsirannya. Sebab Nabi bukan tolong sampaikan, bahkan tolong terangkan dan tafsirkan. Begitulah maksud saya. Kita tak boleh lari dari bahasa Arab untuk memahami al-Qur'an.
Adapun masalah Abu Jahal dsbnya yang tak masuk Islam, ia tak ada kaitan di sini. Itu masalah ingkar. Masalah tak mahu ikut. Bukan mereka tak percaya kehebatan Bahasa al-Qur'an. Mereka mengakui dan mengiktiraf ketinggian bahasa al-Qur'an dan mereka faham benar-benar sebab ia bahasa mereka. Tapi mereka tak mahu ikut sebab ingkar....
[ Last edited by nahzaluz on 4-12-2003 at 04:11 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
M,
Sedikit komen:
Boleh. Banyakpun boleh. Kita pakat sama-sama bincang time ada masa ni...
---
>>>Kalau dgn B.I sahaja kita nak faham al-Qur'an, kefahaman kita terbatas.
Benar. Tapi yang sering kita lupa ialah ilmu di dunia ini berkait-kait. Untuk memahami satu-satu teks itu bukan sahaja bahasa (linguistis/syntax/semantics) penting tetapi ilmu-ilmu lain seperti falsafah, litarary criticism, science, history, etc, etc.juga perlu digunakan. Kita perlu melihat sesuatu naratif itu secara menyeluruh
Betul. Apa yang saya kata ialah kita tidak boleh mengenepikan faktor bahasa. Jawapan saya ini hendaklah dirujuk kepada kenyatan saya tentang nafs dan zaujah.
---
Masalah (ini pendapat saya, tolong betulkan jika silap) hujah saudara:
>>>Dalam membaca pentafsiran kalimah al-Qur'an saya lebih mengutamakan pentafsiran kalimah dari bahasa Arab ke bahasa Arab sendiri dan fahaman ulama' al-Salafus Soleh r.anhum.
Terlalu terhad... Racer X membuat penafsiran yang juga mencakupi bidang kritikan sastera dan falsafah (humanisme), dan mengambil kira perubahan sejarah (the historical progress towards the equality of women)... Jadi perbincangan ini sukar dicari kebenarannya kerana ada maklumat yang tidak dikongsi kedua pihak...
Bidang kritikan sastera dan falsafah? Macam mana tu? Boleh tolong perjelaskan sikit..
Sepengetahuan saya, ilmu tafsir berkembang dari semasa ke semasa seiring dgn perkembangan ilmu pengetahuan. Bidang tafsir ada banyak ittijah atau pendekatan. Walau bagaimanapun dalam memahami al-Qur'an saya lebih mengutamakan method al-Salafus Soleh, yang hidup dalam 3 kurun yang pertama, yang disebut di dalam hadis-hadis sahih sebagai sebaik-baik kurun, yang Imam malik pernah berkata: Tidak akan elok perjalanan akhir umat ini kecuali dgn mengikut apa dilalui oleh awal umat ini.
---
>>>Makhluk atas muka bumi ini yang mula-mula dgr al-Qur'an ialah orang Arab.
Tetapi ilmu lain (ilmu bantu?) mereka amat (dalam bahasa Arab) terhad; saya ada terbaca yang jumlah terjemahan buku ke bahasa Arab dari bahasa-bahasa lain amat sedikit sekali, jumlah terjemahan hingga ke hari ini (ke dalam bahasa Arab - mungkin untuk kurun lepas) adalah sama dengan jumlah terjemahan SETAHUN ke dalam bahasa Sepanyol (mungkin exagerrated, tapi selain dari ilmiah-ilmiah Iran dan para intelek Muslim yang dipinggirkan, saya jarang melihat ilmu-ilmu lain digunapakai dalam hujah-hujah 'ulamak' Islam arus perdana, berbanding sebagai contoh ketika zaman Al-Ghazzali dahulu...
Kenyataan saya sebenarnya masih lagi berkait dgn faktor bahasa. Saya ingin menyatakan bahawa faktor bahasa tidak boleh diketepikan dalam memahami al-Qur'an.
---
>>>Makhluk atas muka bumi ini yang mula-mula faham al-Qur'an ialah orang Arab. Kefahaman mereka tidak mungkin silap sebab 2 faktor:
1. Mereka orang Arab dan al-Quran diturunkan dalam B. Arab
Boleh dipertikaikan. Kerana jika kefahaman mereka tidak boleh silap, mengapa terjadi perselisihan pendapat sesama mereka sendiri?
Bab perselisihan tu bab lain. Yang saya maksudkan ini ialah kita tidak boleh menolak pemahaman orang terawal yang al-Qur'an diturunkan di zaman mereka. Mereka menyaksikan sendiri penurunan al-Qur'an. Mereka mencatat al-Qur'an dgn tangan mereka.
---
>>>2. Nabi s.a.w ada bersama mereka mentafsir dan menerangkan al-Qur'an.
Benar, tetapi zaman sudah berubah, pemikiran sudah berubah, jadi kita perlu selari dengan masa. Bukanlah saya pertikaikan terjemahan Nabi, tapi perlu ada kesesuaian dibuat untuk mengambil kira perubahan dari segi masa dan ruang yang sudah berlaku...
Betul. Yang ni tidak dipertikaikan. Contohnya pentafsiran ayat-ayat yang ada kaitan dgn fenomena Sains dan Teknologi dsbnya. Tetapi pentafsiran Nabi tak boleh tolak. Contohnya bab sembahyang. Dalam al-Qur'an sebut sembahyang. Nabi tafsir sembahyang lagu mana. Kita kena ikut lah Nabi sembahyang lagu mana. Jadi, kalau kita balik ke tajuk thread ni, ada tak pentafsiran dari Nabi ttg ayat satu surah al-Nisa' ini. Kita tengok tang tu dulu. Kalau tak ada, bolehlah kita nak tengok dari sudut lain...
WA |
|
|
|
|
|
|
ione2bliv This user has been deleted
|
Saya cakap dalam konteks lain, anda faham lagu lain
Saya bercakap dgn racerX ttg pentafsiran al-Qur'an. Apabila ada perkataan yang kita tak faham, kita tengok penafsirannya dalam bahasa Arab juga. Barulah tepat pemahaman kita. Contohnya perkataan quru' dan khimar. Kemudian kita intai-intailah hadis Nabi macam mana. Ada tak riwayat dari Nabi ttg pentafsirannya. Sebab Nabi bukan tolong sampaikan, bahkan tolong terangkan dan tafsirkan. Begitulah maksud saya. Kita tak boleh lari dari bahasa Arab untuk memahami al-Qur'an.
Adapun masalah Abu Jahal dsbnya yang tak masuk Islam, ia tak ada kaitan di sini. Itu masalah ingkar. Masalah tak mahu ikut. Bukan mereka tak percaya kehebatan Bahasa al-Qur'an. Mereka mengakui dan mengiktiraf ketinggian bahasa al-Qur'an dan mereka faham benar-benar sebab ia bahasa mereka. Tapi mereka tak mahu ikut sebab ingkar....
----
peace
Saya faham "lagu" hang tu bang nahzalus. saya saja bawa contoh abu lahab tu untuk mencetus minda. argumentasinya masih sama. kalau tak faham Quran betul betul, maknanya salah penghayatan ... bila dah salah...sesat. Adakah pemahaman bahasa arab yang tak terbatas menjadi tunggak atau kunci di sini? tidak...jadi kenapa segalanya mengenai Quran mesti di terangkan dalam bahasa arab?
propaganda ratusan tahun yang kata tak tahu bahasa arab buat permahaman terbatas mesti di buang jauh jauh. ini pendapat buatan orang orang yang ada agenda. mind control menthod untuk enjoy sanjungan, pujian status...
Bang Nahzalus kata kefahaman orang yang tak faham bahasa arab terbatas atas dasar tak tahu bahasa arab. jadi faham tak tepat. Kut mana pun, pemahaman tak kan tepat sebab makna quran akan berubah mengikut masa dan geographi, nationaliti si pembaca dsbnya. sebab tu ada banyak pemahaman, mazhab dan sebagainya. Kalau Quran boleh di fahami secara tepat, tak ada mazhab dan school of thought yang berbilang, bang oiii!!
nabi terangkan ayat Quran sesuai dengan taraf fikiran orang arab masa tu. bukan semuanya bijak. waktu tu, orang arab adalah manusia yang paling mundur dibandingkan dengan jirannya parsi and bizantyne. parsi dan byzantyne jauh maju dalam literature, philosophy dsbnya.
Quran tu bahasa arab sebab nabi bangsa arab, turun kat tanah arab. bukan sebab bahasa arab tu bahasa tuhan atau sebab bahasa arab tu hebat sangat. Tuhan bukan bangsa arab. Quran 41:44 jelaskan mengapa Quran dalam bahasa arab. Hanya bahasa arab boleh terangkan Quran hanyalah gembar gembur orang arab nak tarik naik taraf dia tinggi. "arab supremacy". tak masuk akal, kalau nabi orang arab, Quran dalam bahasa tamil.
Adakah semua perkataan dalam Quran berasal dari bahasa arab 100%. tak ada pinjam pinjam. cuba check betul betul.
peace |
|
|
|
|
|
|
|
janganlah kita termakan dengan dakyah orang kafir yang sentiasa berfikir untuk menghancurkan kita.. termasuklah beberapa orang non-muslim dalam forum kiter nie |
|
|
|
|
|
|
|
Encik Hiven, apa sebenarnya maksud awak ni? Kenapa begitu bersangka buruk?
Saudara nahzaluz,
>>>Bidang kritikan sastera dan falsafah? Macam mana tu? Boleh tolong perjelaskan sikit
Dari segi falsafah saya agak saudara Racer X merujuk kepada falsafah humanisme moden, yang telah banyak mengubah persepsi kita tentang letaknya manusia di alam ini. Falsafah yang telah dikembangkan buat seketika oleh orang Islam ini(setelah diwarisi dari orang Yunani) malangnya telah diketepikan semata-mata untuk membuat penafsiran yang lebih menguntungkan satu-satu pihak - sebagai contoh cuba lihat taraf wanita di negara-negara Arab - jadi penafsiran semula itu perlu, kali ini menggunakan pengetahuan moden untuk menjadikan Islam relevan kepada zaman ini...
Begitu juga dengan sastera, di kurun ke-20 berlaku perubahan yang mendadak dalam cara sastera (atau sesebuah naratif) ditafsirkan, tetapi adakah penafsiran 'Islam' hari ini mengambil kira perubahan ini? Saya rasa tidak kerana banyak konsep-konsep yang dapat menerangan fenomena tertentu teks dengan lebih jelas tidak digunapakai... kerana:
>>>saya lebih mengutamakan method al-Salafus Soleh, yang hidup dalam 3 kurun yang pertama...
Maaf ya, mengapa kaedah yang sudah ketinggalan masih digunakan? Jika kita lihat bidang-bidang ilmu lain, kemajuan hanya boleh dicapai bila tradisi dijadikan tangga untuk naik lebih tinggi dalam pemahaman....
Saya teringat kisah Galileo dan masalahnya dengan pihak gereja... kerana kedegilan pihak-pihak yang berkepentingan mempertahankan sistem yang sudah lapuk dan akhirnya dibuktikan silap, agama Kristian dilanda oleh krisis kepercayaan yang menyebabkan ramai yang menolaknya... Apakah kita mahu itu berlaku pada Islam kerana kita sudah dapat melihat tanda-tandanya...
>>>Imam malik pernah berkata: Tidak akan elok perjalanan akhir umat ini kecuali dgn mengikut apa dilalui oleh awal umat ini...
Just my point. Kita tidak boleh buang tradisi, tetapi kita tidak boleh menjadi hamba kepadanya juga..
>>Kenyataan saya sebenarnya masih lagi berkait dgn faktor bahasa. Saya ingin menyatakan bahawa faktor bahasa tidak boleh diketepikan dalam memahami al-Qur'an.
Saya setuju, bahasa amat-amat penting kerana dari situ kita memulakan pemahaman cuma saya rasa tidak lengkap penafsiran dibuat tanpa bantuan/sokongan ilmu-ilmu lain... dan bahasa sendiri, kita perlu sedar mempunyai banyak kelemahan dan amat terhad sifatnya, jadi sudah tentu bukan bahasa sahaja yang perlu diutamakan dalam penafsiran sebuah sistem kehidupan...
>>>.... Jadi, kalau kita balik ke tajuk thread ni, ada tak pentafsiran dari Nabi ttg ayat satu surah al-Nisa' ini.
Walaupun ada, penafsiran itu mungkin valid (sah?) dari segi sejarah sahaja, kerana hidup kita hari ini amat berbeza daripada hidup dahulu, dan cara pemikiran kita juga berbeza.... mustahil kita boleh kembali kepada zaman dahulu... apa yang dikatakan orang Jerman sebagai 'zeitgeist' (semangat sesuatu zaman) itu sudah berubah, jadi untuk menjadikan Islam relevan ia perlu diterjemahkan mengikut semangat sesuatu zaman itu...
Saudara ione2bliv
>>>propaganda ratusan tahun yang kata tak tahu bahasa arab buat permahaman terbatas mesti di buang jauh jauh...
Saya setuju, kerana jika kita kaji sejarah kita boleh lihat bagaimana orang Arab menggunakan bahasa mereka sebagai alat diskriminasi dan cara untuk berpegang pada kuasa... kerana itu berlaku pemberontakkan dan empayer-empayer yang diperintah oleh orang Islam berubah; kerana ramai yang tidak puas hati dengan superiority complex org2 Arab...
M- |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah peace ini boleh menggantikan Assalamualaikum?
Saya faham "lagu" hang tu bang nahzalus. saya saja bawa contoh abu lahab tu untuk mencetus minda. argumentasinya masih sama. kalau tak faham Quran betul betul, maknanya salah penghayatan ... bila dah salah...sesat. Adakah pemahaman bahasa arab yang tak terbatas menjadi tunggak atau kunci di sini? tidak...jadi kenapa segalanya mengenai Quran mesti di terangkan dalam bahasa arab?
Memang betul kenyataan anda bahawa kalau tak faham Qur'an betul-betul boleh membawa kepada kesesatan. Sama juga dgn silaf faham, juga membawa kepada kesesatan.
Untuk faham al-Qur'an betul-betul anda tidak boleh ketepikan bahasa Arab. Untuk mentafsir al-Qur'an dan melayakkan anda menjadi seorang pentafsir atau paling kurang seorang penterjemah al-Qur'an, anda kena tahu bahasa Arab. Jadi, tidak dapat tidak anda tak boleh tinggalkan bahasa Arab.
Saya tidak mengatakan bahawa segalanya mengenai al-Qur'an mesti diterangkan dalam bahasa Arab. al-Qur'an boleh dihurai, dijelaskan, disimposiumkan, diwacanakan, diterangkan dalam semua bahasa yang wujud di dunia tetapi faktor bahasa Arab tidak boleh diketepikan.
Nak terjemah al-Qur'an ke dalam B. Melayu tak boleh ambil dari versi Inggeris sebab B. Inggeris tidak sama dgn bahasa asal al-Qur'an.
propaganda ratusan tahun yang kata tak tahu bahasa arab buat permahaman terbatas mesti di buang jauh jauh. ini pendapat buatan orang orang yang ada agenda. mind control menthod untuk enjoy sanjungan, pujian status...
Jgn silap faham. Kita bercakap dalam konteks pentafsiran al-Qur'an. Saya tidak mahu orang melihat saya nak perkecilkan bahasa Inggeris. Maksud saya ialah orang yang tak tahu b. Arab, pemahamannya dalam mentafsir al-Qur'an adalah terbatas. Mengetahui Bahasa Arab adalah salah satu alat atau ilmu yang mesti ada pada seorang mufassir. Ia bukan propaganda tetapi suatu hakikat.
Anda terlalu cepat menghukum ia suatu propaganda. Saya tidak salahkan anda. Kenyataan ini timbul mungkin disebabkan status mazhab pegangan anda yang tidak mengiktiraf Sunnah Rasul sebagai suatu sumber hukum.
Bang Nahzalus kata kefahaman orang yang tak faham bahasa arab terbatas atas dasar tak tahu bahasa arab. jadi faham tak tepat. Kut mana pun, pemahaman tak kan tepat sebab makna quran akan berubah mengikut masa dan geographi, nationaliti si pembaca dsbnya. sebab tu ada banyak pemahaman, mazhab dan sebagainya. Kalau Quran boleh di fahami secara tepat, tak ada mazhab dan school of thought yang berbilang, bang oiii!!
Nampaknya tak setuju benar anda dgn kenyataan saya ini. Tak setuju benar anda bila saya kata orang yang tak tahu B. Arab pemahamannya mengenai al-Qur'an terbatas. Mungkin selama ini anda try untuk faham al-Qur'an melalui B. Inggeris kot...atau mungkin anda ingat saya nak perlekeh B. Inggeris kot...
Saya tak berniat begitu. Apa yang nak saya bagitau ialah kalau anda nak faham al-Qur'an betul-betul anda tidak boleh lari dari B.Arab. Nak faham Kitabullah yang diturunkan dalam B. Arab ni, kut manapun faktor B. Arab tidak boleh diketepikan. Ini point saya sebenarnya.
Bukan maksud saya kalau anda tak tahu bahasa Arab anda tidak boleh memahami al-Qur'an. Anda boleh faham tetapi pemahaman anda itu terbatas. Kut kut manapun anda kena juga tengok pentafsirannya dalam B. Arab. Kalau cukup dgn B. Inggeris sahaja anda mungkin silap faham atau pemahaman anda tak sempurna.
nabi terangkan ayat Quran sesuai dengan taraf fikiran orang arab masa tu. bukan semuanya bijak. waktu tu, orang arab adalah manusia yang paling mundur dibandingkan dengan jirannya parsi and bizantyne. parsi dan byzantyne jauh maju dalam literature, philosophy dsbnya.
Quran tu bahasa arab sebab nabi bangsa arab, turun kat tanah arab. bukan sebab bahasa arab tu bahasa tuhan atau sebab bahasa arab tu hebat sangat. Tuhan bukan bangsa arab. Quran 41:44 jelaskan mengapa Quran dalam bahasa arab. Hanya bahasa arab boleh terangkan Quran hanyalah gembar gembur orang arab nak tarik naik taraf dia tinggi. "arab supremacy". tak masuk akal, kalau nabi orang arab, Quran dalam bahasa tamil.
al-Qur'an bahasa Arab sebab Nabi bangsa Arab. Tak masuk akal kalau Nabi orang Arab tapi al-Qur'an dalam bahasa Tamil. Kenapa Allah pilih Nabi dari bangsa Arab? Salahkan dari sudut akal kalau saya katakan faktor bahasa penting disini. Ada rahsianya kenapa Allah memilih Nabi akhir zaman dari kalangan bangsa Arab. Ada rahsianya kenapa Allah memilih bahasa Arab sebagai bahasa al-Qur'an, mukjizatNya yang paling agung. Dgn pemilihan bangsa Arab yang bercakap dgn bahasa Arab sebagai pembawa risalah akhir zaman anda tidak boleh menafikan kehebatan bahasa Arab sebagai bahasa al-Qur'an.
Memang betul Tuhan tidak berbangsa tetapi Tuhan berhak memilih bangsa dan bahasa. Apa yang dipilih Tuhan tentu ada kelebihannya.
Ayat 41:44 berkait dgn cabaran Allah dalam ayat lain (2:23) supaya buat kitab/surah serupa al-Qur'an kalau tak percaya al-Qur'an ni datang dari Allah. Kalau Nabi orang Arab tapi al-Qur'an bahasa lain macam mana boleh cabar. Jadi Allah nyatakan bahawa al-Qur'an ini diturunkan dalam bahasa mereka dan cabar mereka buat kitab/surah serupa al-Qur'an dari sudut gaya bahasa, balaghah dsbnya yang berkait dgn bahasa sebab mereka pada masa itu maju dalam bidang ni. Apabila mereka gagal, ia menjadi dalil bahawa al-Qur'an adalah dari Allah. Kalaulah al-Qur'an dalam bahasa lain mereka pasti berdalih nak lawan macam mana kami tak faham bahasa tu!
Adakah semua perkataan dalam Quran berasal dari bahasa arab 100%. tak ada pinjam pinjam. cuba check betul betul.
Ada, seperti Sijjil, Qistas, Firdaus dsbnya. Tetapi perkataan tu dah dikira B. Arab. Orang Arab dah guna perkataan tu lama dah sebelum al-Qur'an diturunkan. Perkataan2 tu memang asalnya dari bahasa lain tapi dah diarabkan dan dikira perkataan Arab.
peace |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ione2bliv at 2003-12-4 07:49 PM:
Quran tu bahasa arab sebab nabi bangsa arab, turun kat tanah arab. bukan sebab bahasa arab tu bahasa tuhan atau sebab bahasa arab tu hebat sangat. Tuhan bukan bangsa arab. Quran 41:44 jelaskan mengapa Quran dalam bahasa arab. Hanya bahasa arab boleh terangkan Quran hanyalah gembar gembur orang arab nak tarik naik taraf dia tinggi. "arab supremacy". tak masuk akal, kalau nabi orang arab, Quran dalam bahasa tamil.
tiada siapa yg memuliakan bangsa arab... quran sendiri terangkan: bangsa bangsa ni utk berkenal kenalan... dan sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara... sesuatu puak tak boleh mencemuh dan merendah-rendahkan puak yang lain... sesungguhnya orang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa... bukan sebab bangsa... kena ingat...takder satu pentafsir quran yg mengatakan tafsirannya tepat dan sempurna... apa apapon kena balik semula rujuk kepada bahasa asal... |
|
|
|
|
|
|
| |
|