CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5940|Reply: 16

Diari Seorang Suami. Nafkah anda bagaimana?

[Copy link]
Post time 18-5-2014 08:38 AM | Show all posts |Read mode

Diari seorang suami.

30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan?" Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dengan anak yang bongsu " Ayah cikgu adik cakap hari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari Isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni"..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ..
Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..
setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..
Keesokannya, pagi Sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dengan modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..
Sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dengan tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila ke depan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata, "bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hingget"...Suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak.
Lalu terus pulang ke kereta untuk balik ke rumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar lalu minta singgah di kedai makan untuk makan malam...Sang ayah kesiankan dengan rengekan anak, singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dengan membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.
Keesokannya hari Ahad...isteri suruh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genap Rm180.00..Malamnya pula beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...
Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dengan sinis "kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...kalau ajak balik kampung saya jer abang kata takde duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abang ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami. Nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yang sebenar nanti disalahkan balik.
diperolehi dari FB Usamah Hishamuddin


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2014 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
X silap mira dh ade tread mcm ni.....tapi x hengat bila....sori kalau salah silap
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2014 10:50 AM | Show all posts
Hakikat kehidupan berkeluarga....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2014 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Gitu la hakikat dunia skang.... Gaji 3k kalau dlu besar dah tu tp skang x de besar dah...

Tapi dlm citer nih wife dia keja tapi seme suh somi dia bayar.... Apa salahnya tong tong sket... Hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2014 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Simpati jugak dgn suami yg bertanggungjwp ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2014 05:50 PM | Show all posts
Beruntung dpt suami bertggjwb tpi yg pmpn kalo yg b'kerja tu. Bantu2 la suami.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2014 06:53 PM | Show all posts
nak menangis aku baca



tp part yg plg sedeh
nape wife die sgt selfish!
xbincang ke psl share2 duit gaji
dh wife pun sama, keje kot
tolong2la sama laki tu
xkan die xtau sgl bil2 dgn rmh,kete laki die byrkan

ibaratnya gaji die msk poket sendiri je
ape malang sgt dpt bini mcm ni

sape this guy
i wish i could help him
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2014 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Salu suami akn tulis atas kertas perbelanjaan bulanan..spy i nmpak mcm mn.. then wife ni..kene la tlg2 jgk... ksian jgk kat hubby cmni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2014 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka...gaji ciput pun ada hati nk berkeluarga
Pastu mengungkit....Choyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2014 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku senyum sinis je tgk masalah ni..gaji rm3000 pun takde savings langsung stp bulan?????
abih kalo ada emergency  cemana?
Masuk bersamamu???
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 09:52 AM | Show all posts
cmf_premierleag posted on 30-11-2014 01:04 PM
Padan muka...gaji ciput pun ada hati nk berkeluarga
Pastu mengungkit....Choyyyy

Rezeki Allah bagi...bukan boleh petik jari jer arini aku nak keje gaji RM10K...hmm...esok aku nak tukar keje gaji RM20K...bulan dpn aku nak jadi CEO gaji RM50K.....yg belum merasa susah akan suka mengutuk org lain...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 01:12 PM | Show all posts
bini dia selfish ker??? bkn ke laki kena sediakn semua??
tp bab keta bini pun nk laki bayor mmg ler x patut..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 09:45 AM | Show all posts
tanak-balik posted on 2-12-2014 01:12 PM
bini dia selfish ker??? bkn ke laki kena sediakn semua??
tp bab keta bini pun nk laki bayor mmg ler ...

Kalo bini x keje n langsung xda duit income, mmg tggjwb suami tggung semua tp isteri kene faham kemampuan suami...
Islam xda kata semua kehendak isteri kene tunaikan, tp Islam cuma mewajibkan suami tunaikan nafkah lahir batin isteri serta anak2 mengikut kemampuan suami...

kalo isteri dia mintak keluar bekerja utk tampung keperluan/perbelanjaan atas keizinan suami, sepatutnya isteri tu betul2 la tolong walaupon suami xde hak mintak duit isteri, tp suami masih ada hak utk bagi atau x isteri keluar bekerja..kalo xnak tolong baik suami suh isteri tu dok umah jer daripada isteri bekerja tu menambahkan lagi beban perbelanjaan...

setahu aku, hasil dr luahan suami2 ni, ramai isteri tahu mintak mcm2 atas alasan tggjwb suami sptmana dlm Islam, tp dlm masa yg sama si isteri ni plak xde nak penuhi tanggungjwb dia sbg Isteri menurut Islam, cth senyum manis sambut n buat kan air masa suami blk keje, teman suami makan, tunaikan kehendak suami utk 'bersama'...ramai mcm ni tp BUKAN semua..

itu pandangan sy yg x berapa arif ni...apa2pon hidup ni saling perlu memerlukan, kene ada persefahaman, kejesama, tolak ansur....x perlu hanya mintak n cari kekurangan org lain, lebih baik cari kelebihan n hargai kelebihan tersebut....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 10:16 AM | Show all posts
cari pendapatan lebih utk sara keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 12:15 PM | Show all posts
Member aku ada mcm nie. Bini dia kerja dan gaji besar jugak tp langsung tak mahu share gaji. Dia semua kena bayar sampai dia pokai. Hujung bulan kena pinjam duit kat member. Bini tak kasi pinjam. Rumah tangga jadi tegang dan akhirnya dia kasi talak kat bini dia. Skrg dia dah kawin lain - happy jer. No more masalah duit.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 08:07 PM | Show all posts
Bell replied at 5-12-2014 12:15 PM
Member aku ada mcm nie. Bini dia kerja dan gaji besar jugak tp langsung tak mahu share gaji. Dia sem ...

mmg lah tanggungjawab lelaki bayar semua walaupon bini jutawan. kalau bini redha nk bantu xpe, tapi kalau x nak, tak berdosa pon.
ape2 pon lelaki lah yg bertanggungjawab sediakan makan minum serta keperluan asas.. wajib. tapi kalau bini kata nk yg branded skit, yang mahal skit, bini boleh la topup. bukan ape, byk kes mula2 bini nk membantu suami, tapi lama kelamaan suami dh lupa itu tanggungjawab dia dan bini terpaksa menanggung semua..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2015 12:03 PM | Show all posts
neeria replied at 28-1-2015 08:07 PM
mmg lah tanggungjawab lelaki bayar semua walaupon bini jutawan. kalau bini redha nk bantu xpe, tap ...

betul jugak pun...
tp ape2 pun komunikasi tu penting dalam perkahwinan..
kene la bawak diskus benda2 mcm ni..
klu diam jer.. nti kang jadi mcm cerita kat atas la..
padahal die taktau or tak perasan kot yg duit husben die abis bayar itu ini ha... huhu

dan lelaki.. tlg la jgn amik kesempatan atas kebaikan wife tu..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.109447 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list