Tahukah kita bahawa air juga mempunyai perasaan? Subhanallah..betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.. kejadian yang tidak boleh dilihat oleh manusia dengan mata kasar.. Kehebatan Allah SWT menjadikan molekul air berubah apabila dibacakan dengan ayat suci Al-Quran
Molekul Air Zam Zam
Dr Masaru Emoto dari Jepun telah meneliti selok belok tentang air.Ini adalah bentuk molekul Kristal Air Zam Zam, rangkaian heksagonalnya sangat indah, cemerlang berkilau dan penuh warna berkilau ketika dibacakan ayat suci.
Dr Mesaru Emoto
Kajian yang telah dibuat oleh Doktor Mesaru Emoto menggunakan mikroskop canggih dengan kemampuan photografi yang power telah menemukan bagaimana perasaan air ketika sebelum membaca doa dan setelah membaca doa. Sebelum dibacakan doa, ekspresi air kelihatan kontras, seperti air yang tercemar dan setelah dibacakan doa bentuknya berubah menjadi sangat indah bagaikan kepingan salji yang sedang jatuh, dan ia kelihatan sedang menyukai sesuatu yang telah kita ucapkan, iaitu doa kita.
Molekul air sebelum dan selepas dibacakan doa
Oleh kerana itulah juga, kita telah disarankan supaya membaca doa sebelum meminum air. Kerana dengan begitu ekspresi air akan berubah menjadi indah dan pastinya memberi manfaat kepada kita yang meminumnya dengan izin Allah SWT.
Molekul Air setelah dibacakan Doa
Apabila ditunjukkan perkataan " Malaikat": terbentuk rantai dengan kristal hexagonal yang indah (kiri ) dan apabila ditunjukan perkataan " Syaitan"' kristal terbentuk dengan bebola api di tengah (kanan )
Subhanallah.. itulah antara tanda-tanda kebesaran Allah SWT.
Sumber
Last edited by anaktimur on 20-10-2014 09:27 PM
|