CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11379|Reply: 100

tolong skettt

[Copy link]
Post time 15-6-2014 10:39 PM | Show all posts |Read mode
hi semua

need to share ma problem and get some input from the forum.

aku dengan wife dah kawem lama jugak laa...from middle income family laa, ada rumah ada ketes (both utang bank laa). aku biasa je muslim sederhana, jahat tak tapi tak baik la sangat. wife aku lagi baik...ngaji boleh kata 4 kali seminggu, solat ok. Ada anak. both of us are well educated la jugak. wife aku ok la sesangat...ok shes a lovely wife.

Yang jadi masaalahnya ialah wife aku ni suka chat dengan lelaki stranger. Maksud aku lelaki yang aku tak pernah jumpa dam kenal, chatting on Private Massage bukan in group. Aku memang uncomfortable kalau wife chat in PM nii...tak tahu la suami suami lain for any reason,unless aku dah jumpa dan kenal. aku akan bagi kes kes yang berlaku yang berlaku untuk engkau orang bagi pendapat...aku ke over react atau wife aku ni yang buat hal.

1. mamat ni long lost childhood friend dia....aku agak agak memang diarang ni dulu pernah fall in luv la. tup tup wife aku carik lam internet jumpa pulak....aku asalnya tak ambil pot. tapi bila tengok chat sampai ada ayat ayat yang nakal dan tak kira malam siang, aku dah mula berdarah hidung. Mamat ni pulak ada prob ngan wife dia, ajak jumpa ada je kes tak jadik. Wife aku siap ngaku been carried over (chatting???) dengan mamat ni dan realised they are not meant to each other. sweet kan kan :-)

Aku sampai tanya wife aku, kalo dia nak kat mamat tu aku nak lepaskan, dia kata mamat tu tak bertanggung jawab la...tipu dia laaaa. satu pasai wife aku ni, dia boleh bergaduh ngan aku pasal kawan dia. To tell them to back off memang dia tak buat.

kes ni habis cam tu je...aku gave up. wife janji tak contact lagi. aku dah tak ambil pot.

2. Zaman wassap ni...classmate dia created wassap group, aku happy la sebab sekurang nya adalah aktiviti dia kat umah sebab wife aku ni housewife. layan wassap group ni bagai nak rakk...aku bio jugak maklum laaaa lama tak jumpa. Tup tup dalam kat group tu dah ada layan private massege pulak...siap bagi tahu kat mamat classmate ni dia crush dengan mamat ni masa sekolah dulu ((sweet kan kan)...mamat ni pun ada masaalah ngan wife dia....siang malam pagi petang la berwassap...5 pagi pun ada wish safe journey. makan pun tanya. Tetiba ditakdirkan Allah...pecah cerita pasal mamat ni. bla bla bla. stop la berwassap.

gaduh besar akau ngan wife aku sebelum cerita pasai mamat tu pecah. Habis bab tu...lega aku sket

2 bulan lepas....banyak call dan msg nakal masuk dalam mobile wife aku....tu la dok bagi no hp kat kekawan chat dia entah sapa sapa (lain dari 1 dan 2) ..last last aku rasa one of the kekawan chat dia tu paste no mobile dia kat forum carik pasangan kot! kelam kabut la pi tukar no. hope she learn the lesson not to give her mobile no to a stranger.

3. last week...aku ngan wife aku ni tak ada private mobile phone kita orang nak tengok tengok tak kesah. aku terbaca PM kat facebook pulak...bersembang ngan laki org lagikkkk....berdarah la hidung aku sebab aku dah bagi tahu tak suka dia PM dengan stranger. addooiiiiii...pukoi 830 pagi dah start.

apa masaalah wife aku ni? punyala ramai kawan lelaki dan pompuan yang aku kenai pi la sembang...yang aku tak tahan tu laki orang tu tak pikir ke sembang PM ngan bini orang? ya laaa dah wife aku layan.

so open for advice.

kalo wife aku ada kat lam forum ni...... i need your advice.

selamat membuat persiapan untuk menyambut bulan Ramadhan.

Tuan Tanah















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2014 11:00 PM | Show all posts
jangan marah TT ..ni i speku ja....


dia bosan kut tgk perangai hang...kut dia jenis kuat bersembang...ajak hang ..hang tak mo...mcm tu ka?..tp bahaya la duk chat dgn lelaki lain tatkala ada laki...nasihat la bebaik...

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 11:00 PM | Show all posts
aku rasa silap kat ko sebagai suami gagal mengawal isteri.kawal maksud aku ialah ko memberi peluang utk dia "mencurang"..

ko biarkan wife ko bermain api, memang kecik2 xde apa, ko kena ingat, rumah yg terbakar semuanya bermula dengan api yg sekecil kepala mancis..

bila ko dah bagi peluang dia masih lagi buat, pada aku ko kena buat next step; haramkan penggunaan segala mak nenek media sosial.

sayangilah rumahtangga anda..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 11:09 PM | Show all posts
aku rse la,wife ko tu sunyi sbnrnye..sbb dri cite ko tu pon nmpk jgk la dia tu baik dan taat pd agama..

aku xnk back up spe2..sbb aku sndri ada kawan ppuan,yg baik,solat xtinggal tp jenis cpt prcye pd lelaki..some ppuan mmg cpt cair ngn pujuk rayu lelaki..tmbh2 klu dia rse sunyi dan perlukan teman bersembang dan meluah perasaan..cbe ko cri blk punca masalah dlm rumahtangga korg..sbb wlau cmne pon halang dia,dia tetap akan buat blk perangai dia..

just an advice
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi tt,

Nak sampuk sikit boleh ya,sori dulu kalau salah silap mira komen.

Ok first of all bagus la tt mention thats she's a gud wife and tt biase2 la kiranyakn.
Everthing ok except dia suka chatting.
But the thruth is mira rasa yr wife lonely. Dia chat or pm, x de hidden agenda,just to share something that cnt be shared with u,maybe la.
Tapi sikit yg x normalkn apasal dia bg no tepon lak kn.
As a husband u shud monitor dia bkn cari salah dia
Everbody make mistake,selalu org cakap
What goes around comes around
So tt pk la balik,samada kesilapan itu dtg dr tt atau wife.
Cuba solve problem baik2 as i know both of u still need each other
All the best ok
As salam
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 11:34 PM | Show all posts
sadis.. aku xmau jd batu api.. jika aku dtempat ang.. aku cerai ja.. jenis aku sekali 2 ja warning.. dan aku idup xmau serabut bila tau dia banyak sangat waktu tuk jantan lain dari aku serta nak elak dari susahkan semua orang..

anak akan paham kenapa bila sampai waktu.. asal ang jangan lupa bagi nafkah cukup dan berkesan.. sori bro.. aku cukup emosi bab nie.. arap tuhan bg ang idea dan jalan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2014 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Dewa19XKangen posted on 15-6-2014 11:34 PM
sadis.. aku xmau jd batu api.. jika aku dtempat ang.. aku cerai ja.. jenis aku sekali 2 ja warning.. ...

Perghhhh..
Slalu hang komen mcm len  dis taim suh org cerai plak. Pffttt..

TT,
Betul kata forumer lain, ur wife juz needs sum1 to talk to.
If she had bad intention, awal2 dia sorokkan talipon.
Or maybe, dia suka buat TT jeles gitu.

Just tell her ur limits, misti dia ikut.
all d best.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 01:47 AM | Show all posts
Salam bro,
I am a housewife too, pernah bekerja full time for ages dan sekarang just kija part time utk hilangkan boring. Sekarang zaman cyber jd mmg kebiasaan bini-bini org yg aktif di mana-mana laman sesawang. Benda ni tak jadi hal kalau kita tahu had. Open forum mcm ni ke, FB ke, even PM sekalipun asalkan tak melibatkan sesuatu yg intim. Isteri perlu bijak dan tahu di mana dia patut berhenti bila ada bunga2 yg agak personal di antara kawan-kawan mahupun ex. Setiap org ada sejarah hidup dan ada kalanya ia perlu dilupakan jika membawa masalah kpd kehidupan sekarang. Awak kata isteri awak educated, tapi tak semestinya dia tak bernafsu. Org bijakpun rebah kerana nafsu.

Awak cuba renungkan kembali dlm kehidupan anda suami isteri selama ini, ada tak apa-apa kekurangan awak? Ada tak benda yg dia suka tapi anda nafikan? Ada tak kemahuan dia yg anda tolak? Adakah dia bahagia dgn awak selama ni dan apa yg sebenarnya dia nak? Kdg2 org melayan perkara geli-geli di laman sesawang tu sbb dia bosan atau tak dpt apa yg dia inginkan di alam reality. Misalnya kemesraan, suami tak mesra, suami membosankan, suami tak faham kemahuan dia maka dia beralih pada alam cyber yg rata-rata menjanjikan fantasi yg indah. Dia mmg sedar bahawa tu cuma fantasi tapi dia cuma rasa dikehendaki, dilayani, dan diberikan perhatian melalui cyber. Hanya itu yg menggembirakan dia. Masalahnya yg kita takut bila fantasi nak pulak direalisasikan. Tak kira sama lelaki bujang, duda atau laki org, kalau peluang dah ada siapa tak nak ngap. Bini org lagi senang, touch and go. Jd apa-apa suaminya ada utk bertanggungjawab. Cuci tangan dan blah. Itu yg para isteri atau mana-mana perempuan perlu hati-hati.

Salah satu dari jln untuk seorg isteri masuk syurga ialah mentaati suami dan menjaga maruahnya. Kalaupun kita tak berjumpa berdepan tapi kita tak menjaga maruah sendiri, bercerita bab-bab intim yg tak sepatutnya dgn lelaki lain itupun dah dikira tak tahu menjaga bermaruah. Cari sebabnya mengapa isteri you jd begitu? Sekarang ni awak dah ada anak-anak yg mungkin sedang membesar, apa pandangan anak-anak kalau tengok mak mengedik-ngedik dia laman-laman sosial. Dgn lelaki tak kenal mungkin pura-pura jd gadis remaja, dgn kawan-kawan lama mungkin nak bermesra dgn ex yg dia pernah crush. Percayalah, lelaki kat luar sana mmg suka memancing tapi kalau kalau perempuan tak bg ruang tak ke manapun dia.

Surirumah zaman dulu tak ada masa nak rehat sbb banyak kerja menunggu, tak ada masa nak berbedakpun, surirumah zaman sekarangpun sebenarnya tak free mana, hantar anak sekolah, masak, ajar anak belajar, hantar anak tution, buat kerja rumah dll. Bila suami bagi ruang yg banyak, tak pandai pula nak appreciate dan balancekan. Pergilah bercuti bawa isteri dan anak-anak off handphone bbrp hari. Jadi suami kena tegas supaya isteri menghormati. Teknologi mmg sesuatu yg memberi manafaat tapi kalau kita silap menggunakan utk tujuan yg salah akan memakan diri. Mencegah lebih baik dari merawat.  

Last edited by cmf_blingblings on 16-6-2014 01:31 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2014 01:54 AM | Show all posts
wahai tt,

your wife tak reti jaga batasan. jangan nak jadikan alasan sunyi etc. banyak kerja rumah boleh buat. boleh masak, boleh belajar menjahit etc. nak borak bukan tak boleh tapi ada batasnya.

ada je housewife lain yang free tapi takdelah sampai nak layan kawan lelaki cakap gatal/kotor etc.

dengan laki orang nak buat joke gatal/kotor is so not appropriate bagi seorang wanita lebih2 lagi isteri.

dah tak de perasaan malu or tak tahu batasan ke ur wife ni?

and you can take all these?? hats off to you.

you decide and draw the line. kalau if you can take all these, then just live with it. kalau tidak bagi ultimatum. lepas bagi ultimatum check your limits. kalau dah sampai sekat hidung, you decide what to do. Last edited by munchkin on 16-6-2014 02:03 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 08:02 AM | Show all posts
Sorry guys, tak berapa nak digest & harap hangpa boleh tolong explain?

Isteri org kalau berskandal, sembang lucah dgn somi org/jantan single mcm2 justify utk tindakan depa...sunyi, lonely, somi tak peduli etc....seolah nk menghalalkan rasa sunyi utk buat apa jer.....

Yg peliknya kenapa yer, ramai pompuan single @ andartu boleh tahan rasa sunyi tanpa perlu sembang lucah or ada skandal dgn somi org / jantan either kat online or reality? Padahal pompuan single/andartu ni somi mmg takde utk jd peneman. Tp kalo buat tindakan mcm isteri org, alamat mcm2 kutukan, maki etc yg dpt....

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 08:41 AM | Show all posts
Dewa19XKangen posted on 15-6-2014 11:34 PM
sadis.. aku xmau jd batu api.. jika aku dtempat ang.. aku cerai ja.. jenis aku sekali 2 ja warning.. ...

sgt2 setuju.. kena bagi pengajaran. as a man u should have a pride. Sebenarnya prmpuan suka lelaki yg ada pride. Bukan jenis yang boleh ditipu dan selalu mengalah. Is my 2 cents worth?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 09:11 AM | Show all posts
Kenapa arr bini x boleh bersyukur ek dpt laki mcm ang nih..aku kalau boleh pun nk duk umah wat biz kecik2 on9 ka apa..masalahnya laki aku xkan mampu nak tanggung sorang pbelanjaan..

so kami 2 orang pulun keja sajalah..nama aku nak merasa rilek2 mcm bini ang yg sunyi bagai tu susahla..ngn anak lagi..btui munchkin kata..u shud draw a line dgn apa yg dia buat...takut melampau batasan..takat dia chat2 mcm tu pun aku rasa x patut..

aku pun ada org duk wat ayat bunga2 nak kenai..sepatah dua ja aku reply..pastu mls la layan..tah sapa2 tah..dulu aku skolah pompuan jadi memang xdak sgt pun kwn laki..plus aku memang x gatai melayan laki ...haahaahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 10:08 AM | Show all posts
bini ko ni taktau bersyukur la...
dah dapat can duk umah jaga anak pun boleh lagi chatting dgn stranger bagai
banyak lagi hobi lain yg boleh berfaedah
berkebun ke, memasak ke, atau buat bisnes kecil kecilan..
tak payahla nak guna alasan 'sunyi' tu untuk menghalalkan perbuatan
kalau aku jadi ko la.. aku potong internet, jgn kasi handphone kat dia...
cukup ada tepun umah je..
ni mmg kategori bini gatal, ada potensi utk di ceraikan
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 10:12 AM | Show all posts
kat thread sebelah aku rasa nak cili2 mata laki dia.. kat thread ni aku rasa nak cili2 mata bini tt ni la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 10:50 AM | Show all posts
rosevelvet posted on 16-6-2014 08:41 AM
sgt2 setuju.. kena bagi pengajaran. as a man u should have a pride. Sebenarnya prmpuan suka lelaki ...

kita serah ke tt,kita sembang bagitau ja,nie da kisah betul,orang kg aku,bukan kawan punya kawan punya kawan punya kawan punya cerita.mangsa ngan pak aku jiran rumah selepas satu petak bendang masa dok kedah dulu.. pakcik nie baik.. anak 4.. satu ari dia mendapati bini dia menjauhkan diri dari tempat tidur.. tidur d bilik anak dara depa.. abis perah otak dok pujuk,diam sejuta bahasa.. cukup 4 bulan.. dia bagi talak kat makcik tu.. ngeyau,pandai pula ngeyau.. bini bawa diri p dok rumah anak sulung d sg pattani..

kes pakcik tu punya sabaq pujuk.. jangan kata semua laki xbuat keja.. tp bini tt nie dah lebih.. aku baca  cerita da kes,laki jadi penyamar.. test ayat bini yang gila media sosial,cerita kelucahan dalam chat dapat,mita foto topless dapat,mita foto kelentit kelopak dapat,mita nak fxxk.. bini dia suruh set masa ngan dmana.. yang akhirnya kantoikan diri sendiri.. tt ang mau ka jadi gini.. aku tetap ngan pendirian aku.. dan ramai sini suruh play safe.. apa pun idea ngan perbuatan adalah hak tt..


Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 11:01 AM | Show all posts
ko kene garang dan firm dgn kata2

bagi tau wife.... this is my last word to you
no more kawan2 lelaki atau i haramkan yu bersocial network ni sume atau yu nak consequences yang lebih besar???

aku kan... sekali ajer laki bagi warning.... musti aku dah tak buat dah
sbb sangat tak worth utk bergadoh laki bini disebabkan oleh org luar

lain ler gadoh sebab laki malas basuh jamban ka... or bini tido terbongkang sampai laki kene carik spender sendiri. haaaaa barulah berbaloi nak gadoh  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2014 11:08 AM | Show all posts
Innrukia posted on 16-6-2014 08:02 AM
Sorry guys, tak berapa nak digest & harap hangpa boleh tolong explain?

Isteri org kalau berskanda ...

ni yang paling betul

apsal lak nak justify bini tu sunyi makanya bole ke dia sms chat ngan jantan????? APARAA
kawan pompuan takde ker?

kata dah ada anak? sempat sunyi ke? sbb pembacaan aku kat fd ni... kalo dah ada anak... dah tak sempat nak bersunyi2an.... nak terpengsan dgn anak2

kalo dah jadik bini/laki.... big NO NO berchit chat bergatalan dgn spesis berlainan gender okeyyyyyyy


kalo laki aku berchit chat gatalan dgn betina lain.... aku tamparkan ajer
dan mohon laki tamparkan aku jugak kalo aku tak sedar diri bergatalan dgn jantan di belakang laki.....
dah kene tampar baru sedar diri kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Dewa19XKangen posted on 16-6-2014 10:50 AM
kita serah ke tt,kita sembang bagitau ja,nie da kisah betul,orang kg aku,bukan kawan punya kawan p ...

Org yg pandai mengarang kata2 mcm hang bukan bole pecaya sgt..meh dok depan2 tah takut bini..chett!!

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 11:50 AM | Show all posts
penmerah posted on 16-6-2014 11:08 AM
ni yang paling betul

apsal lak nak justify bini tu sunyi makanya bole ke dia sms chat ngan jant ...

haaa... lelaki ni biar bini takut... bukan laki takut bini. Bini org ada skandal ni mmg choii sgt2 ok.. xyah nak justify sunyi adalah penyebab sbb byk mnde dia boleh buat.. cari la kawan pompuan wat group menjahit ke masak2 ke.. ni jalan haram jugak dipilihnya. Tp i setuju cara brader ni acah bini dia nak lepaskan.. cuma bini dia ni mmg gatai sgt kot.. elok dilepaskan saja
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 11:51 AM | Show all posts
penmerah posted on 16-6-2014 11:01 AM
ko kene garang dan firm dgn kata2

bagi tau wife.... this is my last word to you

adeh.... koser weh nak gaduh xjumpa carik spender tp gaduh xbasuh jamban tu bleh dipertimbangkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.488519 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list