|
Owhhh... dia ni... aku pnh tgk show dia kat putrajaya masa konsert kpop aritu..
Sedapla suara dia.. esp dia nyanyi lagu someone like you (adale)...
So aku nak join fun club dia jugak... hehe |
|
|
|
|
|
|
|
vokal wise very good and strong...kalau digilap boleh fight dengan hafiz nanti..... |
|
|
|
|
|
|
|
ewal sore best
hrp ewal x kuar awal |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh reg jgk lah...bolehla dr asyik angan2 tu... |
|
|
|
|
|
|
|
therbaik first konsertttt..... frontrunner for this AF.... but bergantung pd undian jugerkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Minggu ke 2 - tema hit 90an
Ewal - Ada (M. Nasir) |
|
|
|
|
|
|
|
hrp Ewal wat yg terbaik mggu ke 2 |
|
|
|
|
|
|
|
Badrul: Konsert Pertama #AF2014, Meremang Bulu Dada!
Konsert Minggu Pertama #AF2014
Wow! Tak sangka saya kembali. Terima kasih Murai kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk menulis blog tentang konsert Akademi Fantasia 2014. Bermakna, untuk sepuluh minggu akan datang ini, kita akan bersama! Cuma mungkin berbeza, kalau dulu saya dipadankan dengan seorang lagi penulis blog, tetapi kali ini saya cuma berseorangan.
Mungkin ada yang pernah membaca blog saya di Murai tentang konsert Akademi Fantasia sebelum ini. Mungkin juga ini kali pertama anda membacanya. Tak mengapa, jangan bimbang kerana saya masih akan menulis seperti dulu. Mungkin bahasa rojak akan kembali kerana itulah saya. Yang pasti, saya akan menulis dari sudut pandangan saya sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.
'First Impression'
Melangkah masuk ke dewan MBSA buat kali pertama untuk konsert pertama Akademi Fantasia 2014, apa yang boleh saya katakan adalah 'Wow!' Terpegun dengan rekaan pentas dan permainan lampu LED yang hebat. Canggih! Tempat yang agak sempit nampak begitu luas. Meremang bulu dada melihatnya! Saya dapat merasakan badan sudah mula demam dengan Akademi Fantasia.
Masuk pula sessi pengenalan tenaga pengajar musim ini! Bagus, ada personal touch! Apatah lagi cikgu-cikgu seperti Cikgu Acis, Cikgu Fatimah Abu Bakar, Cikgu Siti Hajar, Cikgu Marlia Musa dan Cikgu Linda Jasmin sememangnya sudah sinonim dengan peminat-peminat Akademi Fantasia. Nostalgia pasti mengetuk pintu hati, atau setidak-tidaknya, fikiran pasti melayang kepada saat-saat hebat Akademi Fantasia terdahulu!
Pemilihan Dato' Hattan sebagai pengetua juga saya anggap sangat sesuai, apatah lagi sebelum ini beliau memang terkenal sebagai pengkritik yang lantang dan garang. Kali ini giliran beliau pula mengemudi kapal Akademi Fantasia. Karam atau menuju ke pelabuhan, kita akan nantikan. Tetapi syarat pertama yang dikenakan iaitu tidak mahu lagu-lagu Indonesia kecuali lagu-lagu Ketuhanan memberikan satu 'harapan' pada saya dengan pengetua yang baharu ini! Pastinya mereka yang di dalam industri faham betapa pentingnya keputusan yang dibuat! Tahniah untuk itu, Dato'.
Gandingan Jihan Musa dan Zizan Razak sebagai pengacara juga bagus sepanjang perjalanan konsert pertama. Memang ada chemistery dan mereka sangat spontaneous! Walaupun Jihan diberi tugas hanya untuk membuat kejutan kepada kehadiran Faizal Ismail atau FBI, tabik spring pada Jihan yang cukup segala rasanya! Potensi FBI mengendali konsert Akademi Fantasia tentunya dinantikan pada konsert kedua hujung minggu ini.
Tahniah Dato' Ramli MS, selamat Pengantin baru! Terima kasih juga pada produksi Akademi Fantasia yang membawa Dato' Ramli sebagai pengkritik. Kita perlu orang yang tidak bias dalam memberikan kritikan. Kak Engku buat kali pertama mengkritik tidak begitu mengecewakan. Cuma kalau satu perkara yang saya ingin tegur, mungkin pelajar-pelajar ini patut mendapat kritikan daripada ketiga-tiga pengkritik. Barulah mereka boleh mendapat input sepenuhnya. Macam tidak adil pula bila ada pelajar yang mendapat kritikan daripada ketiga-tiga pengkritik, manakala ada pelajar yang hanya dikritik oleh dua pengkritik dan ada yang hanya diberi komen oleh seorang pengkritik.
Persembahan Pelajar
Mula-mula macam tak mahu buat seperti dulu, tapi bila difikirkan balik, bagus juga kalau saya berikan bintang kepada persembahan para pelajar ini. Mungkin dengan cara ini, saya sendiri boleh melihat progres mereka. Minggu pertama mereka diberi kebebasan untuk memilih lagu mereka sendiri.
Ziha (Angan-Angan)
Pilihan lagu Ziha agak 'menyedihkan'. Lagu ini bukan lagu pertandingan. Lebih kepada lagu menyanyi di karaoke atau suka-suka depan kawan. Sayang sebab tidak menampakkan potensi suara Ziha. Terlalu mudah, terlalu selamat! Peluang untuk memilih lagu sendiri tidak disempurnakan oleh Ziha.
2 bintang
Zarif (Hanya Aku)
Satu lagi persembahan selamat. Zarif masih hilang dalam kelompok dua belas orang pelajar. Kalau tak tengok pada gambar, mungkin saya tak ingat pun persembahan Zarif. Kalau tak lihat balik ulangan, mungkin saya tak sedarpun kehadiran Zarif. Sukar untuk peminat-peminat di luar sana ingat pada dia kalau dia tidak melakukan sesuatu pada minggu kedua.
2 bintang
Muna (Hilang)
Muna ada something, tapi menyanyikan lagu seorang penyanyi yang mempunyai mirip gayanya adalah sangat 'bahaya'. Pergerakan Muna mungkin lebih berani, tetapi rasanya tidak sampai. Minggu pertama adalah minggu menggeletar tetapi minggu awal juga yang akan memberi petunjuk kepada penonton keupayaan seseorang pelajar.
2 ½ bintang
Azwan (Umpan Jinak Di Air Tenang)
Pada awalnya, saya memang tidak sabar untuk melihat persembahan beliau. Maklumlah, ketika ditunjukkan kedudukan pelajar-pelajar, dia yang teratas dengan 55%! Wow! Sesuatu yang sangat hebat! Tetapi, ya, tetapi, bila melihat persembahan beliau, pada saya sangat biasa-biasa sahaja. Tiada yang istimewa. Tiada rasa dan tidak meninggalkan kesan apa-apa. Lenggok nyanyian pun tiada yang 'luarbiasa'.
2 ½ bintang
Nuha (Tunggu Sekejap)
Ada X Factor pada suara beliau, tapi tidak pada cara membawakannya. Kalau saya pejam mata, saya rasa dia boleh pergi jauh. Tidak, saya bukan bercakap tentang rupa paras kerana saya rasa Nuha sangat manis. Tapi gayanya sedikit 'cartoonish' tidak begitu kena dengan saya. Dia perlu mencari penyanyi dalam dirinya untuk dia meluncur ke hadapan. Dia ada beberapa minggu.
3 ½ bintang
Firman (Rela Ku Pujuk)
Dia memilih lagu yang sesuai dengan suaranya, tetapi agak terlalu sama dengan penyanyi asal. Penyampaiannya mungkin lebih baik tetapi sebak yang dirasai ketika VT ditayangkan sebelum dia menyanyi memberikan sedikit gangguan kepada konsentrasi beliau. Ada potensi.
3 bintang
Nina (Gelora Jiwa)
Nyanyiannya ada 'sumbangsih' di sana sini, tetapi persembahannya sedikit diselamatkan dengan tarian. Memang cliché apabila ayat sebegini kedengaran 'memang susah untuk menyanyi sambil menari!' Tetapi kalau senang, semua orang boleh buat, kan? Lagunya sangat senang jadi tiada apa yang boleh ditonjolkan dari segi vokal.
2 ½ bintang
Aman (Andai Ku Tahu)
Seriously, macam mana mahu jadi penyanyi kalau begitu pemalu? Bukan tidak perlu ada rasa malu, tetapi kalau sampai gemuruhnya begitu, sayang sekali! Aman ada tona suara yang baik, tetapi bila hanya menyanyi dengan pergerakan yang kaku, seolah-olah menyanyi di karaoke. Langsung tidak ada rasa pada lagu. Perlu belajar untuk buang sedikit rasa malu.
2 ½ bintang
Adel (Ku Ada Kamu)
Walaupun mukanya ada sedikit 'blank', Adel berjaya menunjukkan keupayaan vokalnya pada minggu pertama persembahan. Pemilihan lagu yang memberikan kelebihan kepada beliau untuk menunjukkan apa yang dia ada. Agak kelakar bila dia dikomen gugup kali pertama berada di pentas kerana sebagai bekas ratu cantik, saya pasti Adel sudah banyak kali berdiri di situ. Pakej Adel menarik dengan suara dan rupa parasnya.
4 bintang
Farez (Nirmala)
Apa yang boleh saya katakan? Lelaki bersuara Siti? Jauh sekali. Ada yang masih tidak faham bahawa lagu juga ada 'jantina'nya. Kecualilah jika Farez menyampaikan lagu tersebut dengan cara yang sungguh berbeza, ia pasti menjadi sesuatu yang akan diingati! Tetapi meniru lenggok Dato' Siti untuk seorang lelaki bukanlah perkara yang akan dikenang sebagai sesuatu yang istimewa.
2 ½ bintang
Wawa (Hujung Dunia)
Persembahan Wawa agak baik, tetapi seperti biasa, lagu pilihannya tidak menunjukkan kebolehan vokal kenapa dia dipilih sebagai antara dua belas pelajar Akademi Fantasia. Dia perlukan lagu yang lebih mencabar. Sayang sekali, peluang yang diberikan untuk memilih lagu persembahan sendiri tidak digunakan sepenuhnya. Kasihan Wawa.
2 ½ bintang
Ewal (Di Alam Fana Cinta)
Persembahan Ewal adalah yang paling 'polished' di antara kesemua peserta. Kelebihan memang lebih memihak kepada Ewal yang mungkin sudah terlalu biasa membuat persembahan pentas dan mungkin persembahan yang lebih besar daripada konsert mingguan Akademi Fantasia itu sendiri. Advantage atau disadvantage? Terletak pada Ewal sendiri kerana dia mungkin terpaksa bekerja lebih keras daripada yang lainnya untuk menunjukkan perubahan yang dia ada di dalam Akademi Fantasia.
4 bintang
Meremang Lagi!
Saban Akademi Fantasia, 'Menuju Puncak' adalah sesuatu yang saya sentiasa nanti-nantikan. Lagu sekolah berhantu ini beserta tarian setiap musim yang tersendiri adalah nadi kepada Akademi Fantasia. Kali ini, bulu roma meremang lagi. Bukan kerana gerak tarinya masih separuh berterabur. Bukan juga kerana kain cawat di celah kelangkang para pelajar. Tetapi kerana gerak tari asuhan Linda Jasmin itu menggamit memori sejak daripada Akademi Fantasia musim pertama lagi! Hebat penangan Akademi Fantasia 2014 ini yang ingin kembali kepada kegemilangan asalnya, dan saya dapat rasakan pada konsert pertama ini, harapan itu mungkin tercapai.
Sesi terakhir konsert berakhir dengan pengenalan kepada FBI yang bakal menjadi pengacara bersama Zizan pada konsert kedua dan seterusnya. Apa-apapun, syabas kepada Jihan yang tetap memberikan seratus peratus walaupun hanya untuk satu konsert. Itulah yang kita panggil 'profesionalisme'. Mungkin pihak produksi boleh memikirkan cara untuk menggabungkan ketiga-tiga pengacara dalam satu konsert. Apa salahnya. Anda mahu Afundi Masuk Jihan?
Apa pun, sama-sama kita tunggu persembahan para pelajar hujung minggu ini dengan tema lagu-lagu 90an. Nak tahu lagu-lagu yang mereka bakal nyanyikan? Jangan lupa menonton Diari AF!
Yang menulis
Badrul Hashim
Realitinya di sini.
Badrul Hashim merupakan pemenang pelbagai anugerah penulisan kreatif dalam bidang periklanan. Salah satu iklan yang beliau hasilkan iaitu ‘Aiman Tak Kisah’ pernah mendapat penganugerahan di New York Festival Awards. Selain daripada menjadi penulis kreatif, penulis lirik serta penulis bebas, beliau juga pernah bertugas sebagai Pengurus Publisiti kepada Astro Radio. Selain daripada itu, beliau pernah menjadi Pengarah Jenama untuk artis-artis tempatan termasuklah Ella, Nurul Wahab, Diddy Hirdy, Sharifah Aleya dan ramai lagi. Badrul Hashim kini bertugas sebagai Ketua Editor untuk majalah digital Studio H.
http://www.murai.com.my/berita/t ... -meremang-bulu-dada Last edited by Balqis_91 on 11-9-2014 09:22 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-9-2014 04:41 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ewal, Nuha dan Adel yg best. Calon Top 3 aku |
|
|
|
|
|
|
|
I nak Ewal champion...lantak la kalau ada kata dia artis ke apa....
kalau tersingkir awal pun, takleh kata apa sebab voting sebelum2 ni pun memang worst |
|
|
|
|
|
|
|
mntak2 kluar awal sbb iols pn xknal ngam heols. iols join afmania nk sbb heshe nak bkak kelab anti ewal. KEBAWAL katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-9-2014 10:59 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ewal ternyata plg berbakat.
Bg je juara kt dia. Puas hati! :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Rhyno posted on 22-9-2014 10:59 AM
Ewal ternyata plg berbakat.
Bg je juara kt dia. Puas hati! :lol
dah ternyata dia paling hebat pun dan nampak professional sgt... lantak la dia artis ke apa.. aura champion tu sgt kena dengan Ewal !
apapun vote dia sgt kesian..... sebab ramai undi azwan...LOL
|
|
|
|
|
|
|
|
hi uols..iols nak buat stetmen yg iols menat beliau ni utk af kali ni..iols SR je k..BTW..x tgk diari tahun ni..sadis sangat |
|
|
|
|
|
|
|
check in... aku mmg minat dia dari dia kecik lagi....
tak kisah menang atau tak ... dia pun dah popular...hihik |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sabar nak tengok Ewal nyanyi Ketulusan Hati. PASTI MEMUKAU!!!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|