Tiada siapa boleh menidakkan kebenaran mengenai filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC) adalah sebuah fenomena pada awal tahun 2002 tersebut. Ia antara karya seberang yang menjadi kegilaan anak-anak muda generasi 90-an dan memberikan kesan sehingga kini.
Kini setelah dua belas tahun berlalu apakah yang berlaku kepada 5 sekawan dengan pemuda bernama Rangga yang cukup hebat peranannya dimainkan Nicholas Saputra tersebut? Masihkah anda teringat kisah babak terakhir sebelum mereka berpisah di lapangan terbang ketika itu, romantis sekali.
Dek kerana keyakinan yang tinggi oleh pihak penaja iaitu LINE, pembangun aplikasi mesej ringkas terhadap kisah cinta Rangga dan Cinta dimainkan Dian Sastrowardoyo tersebut, sebuah film pendek berdurasi 10 minit pastinya akan bikin hati anda berbunga-bunga serta mengimbau kembali kenangan 12 tahun lalu.
Dinamakan Projek Reuni AADC, kesinambungan kisah AADC ini memang membuat siapa saja mampu bernostalgia. Ringkas tetapi mengembalikan semua watak utama dari filem yang berusia 12 tahun lamanya itu nyata sangat mengharukan.
Karektor yang menjadi pujaan ramai, Rangga dan Cinta memang seakan begitu melekat kepada mereka berdua sampaikan terlupa yang itu bukan nama sebenar mereka. Kini cereka 10 minit yang sebenarnya merupakan iklan komersial oleh LINE telah menarik sebanyak dua juta lebih penonton sejak mula dimuatnaik di media sosial sejak 7 November lalu.
Bagi yang terlupa, AADC? mengisahkan cerita tentang Cinta (Dian Sastrowardoyo) sebagai seorang pelajar sekolah yang gemar berpuisi dan menulis sajak. Memiliki kawan iaitu Alya (Ladya Cherill) yang merupakan sahabat karib Cinta dengan teman-temannya yang lain seperti Carmen (Adinia Wirasti), Maura (Titi Kamal), dan Milly (Sissy Priscillia).
Tetapi gelaran juara yang sering dimilik Cinta telah disambar Rangga (Nicholas Saputra) yang akhirnya telah mencuri hati gadis tersebut hinggakan memutikkan satu kisah cinta yang indah.
Post time 19-11-2014 12:02 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku.dah tgk minggu lepas. Walaupun cuma 10 minit je, Kira ok jugak nak tahu kesudahan Cinta-Rangga ni. Best best best! Dgr cerita February tahun dpn ada sambungan AADC kat pawagam indon. Betul ke?
bila aku tgk balik filem AADC ni utk kali ke-10 baru2 ni.. baru aku betul2 faham
filem yang nampak simple, with simple premise, tapi sebenarnya ada multilayered message
Kisah cinta Rangga & Cinta tu cuma medium yang menggerakkan cerita,
subplot mcm domestic violence, politic corruption, kesan perceraian, persahabatan membuatkan cerita ni lebih menarik