CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11776|Reply: 36

Miso, doenjang, gochujang, shoyu etc etc.. Update post#34

[Copy link]
Post time 7-4-2015 01:45 AM | Show all posts |Read mode
Edited by nenekglamer at 25-8-2015 02:53 AM

As salam semua.. Tengah malam sunyi - tetiba teringat pada soy-based fermented food.

Miso - Makanan jepun yang popular
Doenjang - Makanan korea yang juga popular, sedara-mara miso tapi lebih rustic
Gochujang - Korean chili paste
Shoyu/Ganjang/tamari - kicap
Chunjang - black bean paste/sauce

All these ingredients adalah soy based - especially Miso, doenjang, shoyu dan ganjang. Manakala gochujang ada terdapat soya juga yang dah diferment dinamakan meju dan makin popular dikalangan segelintir orang-orang kita. Mungkin kerana manfaat kesihatan atau pun mungkin kerana meneroka makanan baru.

Jomlah kongsi pengalaman/resepi masing2.. dan juga isu2 lain

Until then


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2015 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tepek la gmbr nk tgk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2015 11:00 PM | Show all posts



Oh ye... ni dia gochujang.  Pes lada.  Generally ada dua jenis - satu factory made, satu home made.  Yang kita selalu nampak dijual di jusco or kedai runcit korea adalah mass produced .. tapi pernah juga jumpa yang 'artisanal' jenis ala2 home-made kt Korean specialty store.  Biasanya yang mass produced lagi murah. err.. dalam belas2 ringgit lah untuk 500gm.. at certain places for certain brands.

Gochujang ni mmg makanan ruji orang korea. It's a must in every Korean kitchen. Sapa yang tak pernah makan, rasanya susah nak explain. Nak kata macam sambal tak jugak.  Tapi 'addictive' lah pada saya.

Gochujang mmg ada banyak dijual, tapi for muslims, kena tengok juga sebab ada yang ditambah alkohol sebagai preservatif.  Tapi ada 'debat' juga tentang perkara ni. Tepuk dada tanya selera.  

For me, I ended up making my OWN gochujang. Setakat ni saya dah buat 5 versi (5 resepi) dan 2 resepi adalah 'authentic', I hope hehe..

Sekarang ni, the first 2 versions of gochujang yang dah boleh diguna walaupun baru 5 bulan peram, tapi macam dah nak abisss jek.. hahahaha... And the taste gets better as they age dan baunya juga makin sedap gitu..

Akan saya tepekkan gambar2nya soon insyaallah..


Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 01:50 AM | Show all posts
itu hari buat kimci sendiri. saya tak ferment sebab tak suka rasa masam. ok jugak. saya makan dengan roti tortilla letak roasted sesame dressing (jenama kewpie).

kimci saya makan kat resto korean semua tak kena dengan tekak. yang kena cuma BBQ chicken saya makan kat wangsa walk. ayam dia moist prefectly cooked makan ngan nasi dalam mangkuk hot stone ke apa. pastu dia letak kimci. ayam semua masak dengan olive oil.

yang tu kena dengan tekak saya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2015 01:59 AM | Show all posts
munchkin replied at 13-4-2015 01:50 AM
itu hari buat kimci sendiri. saya tak ferment sebab tak suka rasa masam. ok jugak. saya makan dengan ...

Oh kimchi.. sedap tu...

Saya pulak suka yang ferment. Tapi kalau yang dah over ferment, saya suka buat sup kimchi atau pun nasi goreng kimchi+gochujang

I think kimchi ni acquired taste jugak kan. Actually dah lama tak makan/buat kimchi ni. bagi saya kimchi bagus untuk 'legakan' perut. Boleh hilangkan rasa kembung/bloated. It's got good probiotics.

Makanan korea ni saya belum explore sangat.. Nak kata suka gile pun, tak berani cakap lagi (sbb belum cuba banyak dish). Cuma sebab some of the korean ingredients ada healing properties - anti cancer, antionxidant, etc etc.. tu yang saya try.

Actually, saya belum berkesempatan pergi restoran korea... pernah pergi pun soul garden jek, once. Ada satu restoren korea abt 1hr drive, tapi tak halal la pulak..

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 02:10 AM | Show all posts
nenekglamer replied at 13-4-2015 01:59 AM
Oh kimchi.. sedap tu...

Saya pulak suka yang ferment. Tapi kalau yang dah over ferment, saya su ...

betul tu. first time i rasa kimchi memang turned off betul. my MIL buat. masam tu je yang rasa. masam tajam. my SIL pun tak suka. tapi besan dia suka pulak. terus i ban korean food takmau rasa. my spouse pun tak suka. my FIL pun tak suka. tapi my MIL kata sedap. yelah tekak dia. satu rumah tak suka. hehehe. sebab masam tajam and ada some kind of metalic taste.
baca review makan kat korean ampang point tengok cam ok. bila makan kimchi dia rasa better than my MIL's. tapi still tak suka.


pastu satu hari baca review BBQ chicken kat wangsa walk. cubalah kimchi rice dia makan ngan ayam dia masak ngan olive oil ke apa. kata healthy cooking situ. terus suka. dia punya kimci tak masam kena ngan tekak.


i pun pi beli gochugaru kat kedai korean mart and buat sendiri. hehehe. bagi my mom makan. dia jenis tak makan japanese/korean tu semua. and dia kata ok. my spouse kata ok. i bagi kat MIL dia ada banyak komen kata my sos terlampau banyak tak masam etc. tapi my FIL/SIL kata my kimci sedap and tekak derang boleh terima. hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-4-2015 04:37 PM | Show all posts
munchkin replied at 13-4-2015 02:10 AM
betul tu. first time i rasa kimchi memang turned off betul. my MIL buat. masam tu je yang rasa. ma ...

One of my sis lah.. saya perkenalkan dia dengan kimchi. masa tu beli je kt jusco brand amende ntah.. makan dengan korean ramyun tu.. first time dia makan.. dia cakap "hmm.. rasa basi".. then dia makan lagi and said "rasa basi".. and makan lagi dan lagi.. and kept saying rasa basi hahaha... dia komen, rasa basi yang addictive. kelakar..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2015 04:44 PM | Show all posts
nenekglamer replied at 13-4-2015 04:37 PM
One of my sis lah.. saya perkenalkan dia dengan kimchi. masa tu beli je kt jusco brand amende ntah ...

Antara cara saya makan gochujang kalau takde lauk atau rasa lauk yang ada tak best. Gochujang yang saya guna dalam adalah homemade. Antara bahannya adalah organic red miso with no added alcohol, serbuk cili faiza, garam, tepung pulut dan honey. Yang ni buat bulan Oktober tahun lepas. Makin lama makin sedaaaapppp... kalau baru2 buat memang hauk la rasa dan teksturnya.. Actually, sepatutnya saya ferment selama sekurang-kurangnya 6 bulan baru makan.. tapi oh well.. hahahaha...
Also notice that colour dia gelap.. memang gelap sebab guna red miso.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2015 01:32 AM | Show all posts
nenekglamer replied at 13-4-2015 04:37 PM
One of my sis lah.. saya perkenalkan dia dengan kimchi. masa tu beli je kt jusco brand amende ntah ...

hehehe. rasa basi tapi ulang banyak kali. cute
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 01:33 AM | Show all posts
Edited by munchkin at 14-4-2015 01:36 AM
nenekglamer replied at 13-4-2015 04:44 PM
Antara cara saya makan gochujang kalau takde lauk atau rasa lauk yang ada tak best. Gochujang yang ...

my MIL guna serbuk cili babas ke apa ke. i beli serbuk gochugaru. lain rasanya. manis wangi pedas.

bungkus makanan korea bulgogi kat ampang point. kimci dia tak makan, munchkin letak kimci buat sendiri. pastu letak serbuk togarashi + sesame cili oil. perggghhh. nyummmss. munchkin pernah buat bulgogi sendiri pun. senang . hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 11:38 AM | Show all posts
korang ltk la gmbr beserta resepi
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 10:12 AM | Show all posts
wahhh Kena ferment sampai 6 bulan...makk aii lama jugak nak tunggu untuk di makan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 01:46 PM | Show all posts
selalu ada stock gocujang kat rumah sbb hubby hantu tteopukki....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 01:46 PM | Show all posts
saya beli either kat jusco or kedai korea kat ampang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2015 08:59 PM | Show all posts
cm_asamkumbang replied at 16-4-2015 10:12 AM
wahhh Kena ferment sampai 6 bulan...makk aii lama jugak nak tunggu untuk di makan..

Lagi lama lagi baik. saya masa mula2 try buat gochujang mmg rasa tak sabarrr sangat. sekarang bila dah rasa 'result'nya.. dah boleh sabar dah hahaha... buat dan let it be gitu.. tapi actually, kalau kt korea tu - based on documentary lah - fermentation process memang cerewet... hari-hari nak kena bagi kena matahari.. klo kena hujan (malaysia rajin ujan apa).. terus rosak.. tak sabor mak!


My gochujang just letak dalam botol kaca and letak kt atas meja tepi tingkap dapat cahaya matahari petang. Tutup loosely and pandai2 la ko nak ferment ahahahaha...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2015 09:01 PM | Show all posts
kelip2_07 replied at 14-4-2015 11:38 AM
korang ltk la gmbr beserta resepi

Insyaallah nanti boleh sama-sama share resepi etc.. saya tak pandai masakan korea actually hhehehe.. sapa2 pandai meh la.. kongsi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2015 09:04 PM | Show all posts
siputsedut replied at 16-4-2015 01:46 PM
selalu ada stock gocujang kat rumah sbb hubby hantu tteopukki....

ohh.. belum berkesempatan nak rasa topokki tu.. saya ada juga beli gochujang 1 tub.. belum buka lagi.... erm.. topokki tu tepung dia beli yang dah siap ke buat from scratch?  meh la share resepi.. hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2015 09:07 PM | Show all posts
siputsedut replied at 16-4-2015 01:46 PM
saya beli either kat jusco or kedai korea kat ampang..

kt ampang mmg banyak betol kedai korea. I have been to a few sbb cari mejugaru (tak jumpa pon, akhirnya saya terpaksa buat meju sendiri hahaha...)

but my fav korean store so far adalah galaxy korean mart... harga dia macam lebih reasonable gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 08:05 AM | Show all posts
nenekglamer replied at 16-4-2015 09:04 PM
ohh.. belum berkesempatan nak rasa topokki tu.. saya ada juga beli gochujang 1 tub.. belum buka la ...

camaner tu nk buat from scratch sbb dia kene tumbuk2 ala2 tumbuk padi tu..hahaha or kalau kat kilang dia ada mcm pressure machine...

saya beli yang dah siap...kkoma tteok or guna yang mak angkat korean bagi...actually yang mak angkat tu bagi lg lembut tp sbb jenis tu takde kat malaysia..pakai je kkoma tteok..jusco pon ada jual ni



yang kkoma tteok belah kiri...yang mak angkat saya bagi plg kanan..tengah2 tu tteok utk buat tteok kuk(sup tteok)

cara nk buat saya..byk dah modify ikut selera kemalaysiaan sikit...lol...tp roughly mcm kat bawah ni

Tteopukki
Bahan
-Tteok (rendam dalam air panas kejap utk lighly soften it)
-Kocujang
-daun bawang/korean leek (preferred)/leek (pilih either one)
-bawang besar dihiris
-bawang putih cincang halus
-fishcake
-cheese(optional)
-garam gula/honey *sikit je sbb kocujang dah masin manis*


*kalau makcik korea dia letak air, letak kocujang,letak tteok, bawang putih, garam gula...masak dengan api perlahan sampai mendidih dan tteok lembut dan masukkan korean leek, bawang besar dan fishcake...sblm hidang letak cheese
*my version...I tumis dulu bawang putih and kocujang...letak air..bila mendidih masukkan tteok..bila tteok fully lembut masukkan korean leek, bawang besar, fishcake, garam gula dan lastly sblm angkat letak cheese...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 08:07 AM | Show all posts
satu lagi kegunaan kocujang adalah utk buat sos bibimbap...actually I taktau mcm mana  nk buat so I main hentam je taruk bahan2 asal ada rasa mcm dekat kedai korea tu..hahahaha...sos bibimbap I campur kocujang+kicap cair sikit+madu....

ni bibimbap I buat haritu...asal boleh je...hehehehe sos nya tak nampak sbb I sapu minyak bijan kat claypot...letak nasik...drizzle minyak bijan lagi...letak sos..letak telur mata....susun sayur keliling telur mata....tabur sesame


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.086312 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list