CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 398452|Reply: 2478

DRAMA M.A.I.D (ZUL ARIFFIN DAN AYDA JEBAT)

 Close [Copy link]
Post time 11-5-2015 07:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Nur_Asufi at 8-5-2015 05:40 PM


M.A.I.D

(ADAPTASI NOVEL KARYA SURIRYNA)






“Ya Allah Noorul…takkan goreng ikan pun kau tak tahu? Masak nasi tahu tak? Haih…
habis la kau kalau macam ni.Tak sampai seminggu gerenti kau kena pecat, Noorul.”

SINOPSIS


NOORUL seorang gadis biasa. Menganggur setelah kilang tempat dia bekerja tutup. berusaha mencari pekerjaan lain tetapi tidak berjaya dan pilihan terakhirnya adalah menjadi Pembantu Rumah kepada seorang Jurutera kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan yang diberi gelaran, Mr.F (Fussy) kerana sikapnya yang terlalu cerewet dan selalu mencari silapnya.


Noorul tak pandai memasak, kelam kabut dan kuat berangan. Mr.F sengaja memberi layanan buruk kepada Noorul kerana takut jatuh cinta dengannya. Mr.F pernah dikecewakan sebelum ini. Dalam diam Noorul telah jatuh dengan Mr.F.


Tanpa disedari ada pihak yang bertindak menyebarkan fitnah yang mengatakan Noorul adalah perempuan simpanan Mr.F. Disebabkan fitnah yang melanda, Mr.F dan Noorul terpaksa dinikahkan atas kehendak keluarga juga untuk menjaga reputasi perniagaan keluarga Mr.F.


Gusar hati Noorul memikirkan tentang Mr.F yang kini adalah suaminya. Adakah Mr.F benar-benar cintakannya atau hanya berlakon mesra apabila berdepan dengan orang?


Nak tahu apa yang terjadi seterusnya? Apa konflik yang melanda? Adakah Mr.F dan Noorul akan hidup bahagia?


Akan Datang Drama MAID di saluran Astro Ria & Maya HD.



Noorul yang sudah berbulan-bulanmenganggur akhirnya sanggup bekerja sebagai pembantu rumah setelah mendafarkan diri di sebuah agensi pekerjaan. Kerana terdesak, Noorul tetap bersetuju untuk menerima pekerjaan tersebut walaupun bakal berdepan dengan majikan yang cerewet. Tuan Harris diberi gelaran Mr. F, Mr. Fussy oleh Noorul.


Hanya nota-nota kecil dan sekali sekala arahan-arahan melalui dialog ringkas di telefon yang menghubungkan Noorul dan Mr. F. Noorul sebenarnya mengelak daripada bertembung dengan Mr. F disebabkan risau Mr. F akan memecatnya sekiranya mendapat tahu bahawa mereka pernah dua kali terlanggar.

Noorul yang tidak dapat mengelak ajakan Haikal, adik Mr. F, terpaksa juga hadir ke majlis yang dibuat di rumah Mr. F. Identiti Noorul terbongkar jua akhirnya! Mr. F hampir menamatkan kontrak Noorul tetapi berjaya dipujuk oleh Haikal.

Angkara fitnah, Mr. F dan Noorul berdua terpaksa disatukan. Mereka akhirnya mengakui perasaan masing-masing.


Antara cabaran yang harus dihadapi Noorul adalah Puan Sri Kirana yang lebih suka pada Elisa yang gedik untuk dijadikan menantunya, Nurina, bekas kekasih Mr. F yang kembali menagih cinta Mr. F dan Asyraf, sepupunya yang dikhuatiri membalas dendam terhadapnya setelah malu dengan kes tangkap khalwat.


Petikan-Petikan dari dalam novel:

“Bakal majikan cik adalah seorang lelaki bujang berumur dua puluh lapan tahun dan seorang jurutera. Dia mahukan seorang pembantu rumah yang cekap membuat kerja dan tidak malas. Di sini dia ada menyatakan yang dia tidak suka pembantu rumahnya bercakap dengannya melainkan hal-hal penting sahaja. Selain itu, cik juga tidak boleh tiba lambat ke penthousenya. Walaupun sesaat.” – m/s 6


“Huk aloh! Dia  ni la yang aku langgar tadi. Mr. F rupa-rupanya!” – m/s 22


“Dah, jangan sentuh aku! Kau ni memang dasar otak semut. Tadi pagi kan aku dah cakap, jalan pandang depan.Belum sampai dua puluh empat jam kau dah lupa. Otak kau memang tak berfungsilah! Menyusahkan orang aje!” – m/s 33


“Abang harap Noorul dapat beritahu pada mak Noorul dan mak abang, yang Noorul tak mahu berkahwin dengan abang. Cakap saja Noorul dah ada orang lain.” – m/s 108


“Mestilah pernah jumpa. Along ni,cepat sangatlah lupa. Ni pembantu rumah Along. Takkan tak kenal kut?” Haikal bersuara lagi tetapi tidak dihiraukan oleh Mr. F. Matanya tajam menikam wajahku. – m/s 116


Setelah melihat aku tidak memberikan apa-apa respons, dia kemudiannya bersuara, “maaf, saya terpaksa pecat awak. Sebabnya awak ni kelam-kabut, cuai dan lalai. Sudah dua kali awak langgar saya dan hari ini awak cederakan pula jari saya. Kita akan ke Agensi Pekerjaan Maju sekarang untuk menamatkan kontrak.” – m/s 135


“Terima kasih, Noorul. Memang saya kembali ke Malaysia ni pun untuk meraih kemaafan dari Harris dan kemudiannya mencantumkan kembali perhubungan kami.” – m/s 199


“Hmmm… awak tolak saya sebab lelaki yang ada dalam hati awak tu kan? Ingat tak awak pernah cakap dengan saya dulu yang awak single but not available sebab ada seseorang di dalam hati awak?” – m/s 357


“Kamu berdua jangan nak lari pulak dari masalah yang berpunca dari kamu ni! Jangan nak malukan kami.Sekarang semua orang tahu kamu adalah suami isteri. So, they are waiting forthe invitation card untuk majlis resepsi dan persandingan nanti!” bentak PuanSri Kirana. – m/s 386


“Awak dan saya sama-sama tak setuju dengan perkahwinan ni kan? Jadi, I think, lebih baik kalau kita kekalkan sahaja hubungan kita seperti sebelum ini. I mean…” – m/s 408


Kemudian, lelaki itu memejam kan mata. Macam tahu pula apa yang sedang aku fikirkan. Aku pula masih mentafsirkan kata-katanya itu. Dia tidak akan memaksaku? Paksa aku untuk apa? Aduh,sesungguhnya aku semakin keliru dengan hubungan kami. Susahnya untuk terjemahkan ayat yang baru kudengar ini walaupun dia hanya menggunakan bahasa Melayu, bukan bahasa Jerman, Portugis atau pun Sepanyol! – m/s 538


“Sayang, have I told you before that you are so beautiful? I really think you do since the very first time Imet you in front of the lift,” bisiknya perlahan. – m/s 572


“Sayang ingat kalau mama paksa abang kahwin dengan orang lain, abang akan kahwin? Semata-mata untuk selamatkan reputasi? No way! Banyak lagi cara lain untuk selamatkan reputasi… tapi, abang kahwin sebab perempuan tu adalah Noorul,” katanya lagi. – m/s 622


“Tidak mengapalah Tan Sri, PuanSri, janganlah bergaduh dan bertekak semata-mata kerana saya yang miskin ni.Sebenarnya, saya tak perlu pun dapatkan bukti kerana Allah tahu saya tak bersalah. Tapi, sebab Puan Sri mahukan bukti, tengoklah, kalau ada nanti saya akan longgokkan depan semua,” ujarku dengan geram. – m/s 707


“Sayang, I’m sorry. Abang minta maaf sebab hampir-hampir termakan cakap diaorang sebelum ini. Abang tahu, sayang tak akan buat abang macam tu. I know you are so naïve and true. Abang tak akan ragu-ragu lagi dengan sayang walau apa pun fitnah yang datang lepas ni,” ujar lelaki itu dengan bersungguh-sungguh. – m/s 711



Last edited by Nur_Asufi on 13-5-2015 08:11 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2015 07:28 AM | Show all posts

BARISAN PELAKON :

ZUL ARIFFIN          - HARRIS (MR.F)

AYDA JEBAT           - NOORUL
NINA AF                - IMAN
HEFNY SAHAD        - HAIKAL
NATASHA ELYZZA  - ZAURA

TASHA SHILA        - ELISA
EZLAN YUSOF       - TAN SRI HAMDAN
NINA JUREN          - PN SRI KIRANA
MAK WAN             - MAK NOORUL



Last edited by Nur_Asufi on 11-5-2015 07:57 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2015 07:28 AM | Show all posts
Edited by Nur_Asufi at 11-5-2015 07:55 PM

kompang di palu pengantin baru

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2015 07:28 AM | Show all posts
--reserve-
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 07:33 AM | Show all posts
dah start lakon ke...mmg AJ yaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2015 07:36 AM | Show all posts
eddlisa_uyuk posted on 11-5-2015 07:33 AM
dah start lakon ke...mmg AJ yaaa

dh shoot dh
haah heroin ayda jebat
cantik imej dia dlm citer ni

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2015 07:56 AM | Show all posts
si perempuan miskin yg chantek..bertemu jantan ensem nan kaya...
oh mcm dejavu




dah xde idea
melayu terus diulit angan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2015 08:14 AM | Show all posts
AbukRokok posted on 11-5-2015 07:56 AM
si perempuan miskin yg chantek..bertemu jantan ensem nan kaya...
oh mcm dejavu

nk wat camne
citer camni jer yg bleh hilangkn stress kejap
real life dh stress dgn keje masalah dunia bagai
sesekali layan citer2 cliche camni takpe la
kasik chance yer abam rokok




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2015 09:06 AM | Show all posts
Pic atas tu Nina AF ke? Nina Juren berdiri sebelah zul rifin, macam padan plak. Bila tayang ni? Tv mana?



Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 09:21 AM | Show all posts
kalau aku review novel ni aku akan kata citer maid ni tak best
heroin kehulur kehilir bermonolog sendiri  berdialog mcm ni 'aku berdebaran dan jantungku berdegup kenceng kerana encik f berdiri dekat denganku'....

tp oleh kerana michael ang yg mengarah, aku budget citer ni akan jadi best kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2015 09:27 AM | Show all posts
Mary_jane posted on 11-5-2015 09:06 AM
Pic atas tu Nina AF ke? Nina Juren berdiri sebelah zul rifin, macam padan plak.  Bila ta ...

haah
dia jd iman bff kpd heroin.
main kat astro
kalo tk silap bulan puasa tayang

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2015 09:29 AM | Show all posts
lina21 posted on 11-5-2015 09:21 AM
kalau aku review novel ni aku akan kata citer maid ni tak best
heroin kehulur kehilir bermonolog se ...

iols suka novel ni
part sebelum kawen lawak
noorul tu jenis sengal kuat berangan
tp lps kawen quite boring
hrp2 micheal ang buat the best

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 09:47 AM | Show all posts
harap-harap bestlah drama ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2015 09:59 AM | Show all posts
Lorra2411 posted on 11-5-2015 09:47 AM
harap-harap bestlah drama ni

tgk pada BTS yg bertebaran kat ig mcm best
harap2 bleh jadi drama utk hilangkn stress
jgn jd drama tambah stress sudah
letih nk follow
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Nur_Asufi replied at 11-5-2015 09:27 AM
haah
dia jd iman bff kpd heroin.
main kat astro

Kira bergerak juga aktiviti seni nina after af. Jadi host untuk HLive & berlakon at the same time. U go girl.

All the best michael ang even i skeptikal sket after tengok drama beliau 'isteri separuh masa'. Sigh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2015 11:17 AM | Show all posts
Mary_jane posted on 11-5-2015 10:38 AM
Kira bergerak juga aktiviti seni nina after af. Jadi host untuk HLive & berlakon at the same time. ...

tak suka eh drama tu?
sy tgk jer
janji leh gelak2 ilang stress sudah
lawak tgk aiman emma duk perang mulut
dialog yg keluar dr mulut drg pon nmpk hidup jer

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2015 11:20 AM | Show all posts
nsb baik bkn slot akasia.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2015 11:39 AM | Show all posts
dondangdendang posted on 11-5-2015 11:20 AM
nsb baik bkn slot akasia.........

kalo akasia knpa uols?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 11:50 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 11-5-2015 07:56 AM
si perempuan miskin yg chantek..bertemu jantan ensem nan kaya...
oh mcm dejavu

alaaa dek , bagi la chance  kami berangan sambil lipat kain. Sejam je pon, lari dari realiti. Buat pe bayar astro mahal-mahal kalau nak tambah stress jek.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 11:54 AM | Show all posts

kalau slot akasia mmg aku xkan tgk....hahahha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.771812 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list