View: 1897|Reply: 0
|
Permainan Percuma Yang Boleh Lekakan Anak Anda
[Copy link]
|
|
Pernah tak anda rasa macam nak marah bila anak-anak hanya bermain sekejap sahaja alat permainan yang kita belikan? Rasanya kita yang bersungguh-sungguh membelikan alat permainan tersebut dengan harapan anak-anak akan leka bermain.
Tapi akhirnya, anak-anak tetap suka main barangan yang ada di sekitar rumah seperti sudu garfu, pinggan mangkuk di dapur, kotak kasut, kotak tisu dan sebagainya lagi. Apa kata lepas ini tak payah beli mainan mahal-mahal untuk mereka tapi buat sendiri alat permainan daripada bahan sedia ada di sekitar anda.
Yang pasti anda tidak akan rasa terkilan sekiranya alat permainan tersebut tidak dihiraukan oleh anak kerana kos membuatnya tidak menelan belanja yang tinggi.
Suruh anak kecil anda menyorok di bawah selimut. Kemudian pasangkan lampu suluh ke arah selimut. Beberapa saat kemudian tutup semula lampu suluh. Ulang beberapa kali. Si kecil pasti bergembira dan ketawa keseronokan bermain bermain dengan lampu suluh ini. Jangan terkejut, selain bermain mereka juga sebenarnya sedang belajar. Menutup dan membuka lampu suluh sebenarnya membantu perkembangan kemahiran motor anak dan mengajarnya perkataan baru seperti “buka”, “tutup”, “lampu”. Pastikan anda menggunakan lampu suluh bersaiz kecil dan selamat untuk anak.
Pemegang tisu gulung, kotak bijirin, perca kain, plastik bubble dan tisu boleh dijadikan bahan kreatif yang menarik seperti robot, orang mumia, teropong dan bermacam lagi. Daripada bahan-bahan tersebut dibuang ada juga manfaatnya diberikan kepada anak anda supaya terangsang kreativiti mereka. Dengan cara ini secara tak langsung kita dapat menghabiskan masa berkualiti dengan anak. Tapi jangan marah kalau rumah anda bersepah dengan bahan-bahan kreatif ciptaan anak anda ya!
Kanak-kanak memang suka memerhatikan perbuatan orang tua mereka. Mereka gemar meniru kelakuan ibu ayah membuat kerja rumah. Tugas membasuh pinggan mangkuk di sinki dapur antara yang paling dinantikan oleh si kecil. Beri peluang mereka basuh sendiri cawan dan pinggan plastik. Peluang bermain air dan buih sabun memberikan mereka kegembiraan mengalahkan bermain permainan video di telefon pintar papa dan mama!
Kanak-kanak memang suka pergi ke kawasan dapur terutama apabila ibu sibuk memasak di dapur. Agaknya mereka rasa di dapur ada banyak perkara yang boleh diteroka. Apa kata berikan sahaja si kecil bermain dengan sudu, sudip, mangkuk dan lain-lain lagi alatan yang selamat untuk mereka. Pasti si kecil khusyuk bermain meniru gaya ibu memasak dan yang pasti ibu juga mudah membereskan kerja.
Sesekali biarkan sahaja si kecil berimaginasi. Dengan memberikannya tudung, topi, kasut dan pakaian lama ibu dan ayah, alatan mekap ibu untuk anak perempuan, mereka boleh berangan untuk menjadi apa sahaja. Biarkan anak berseronok dan bereksperimen sepuasnya. Ia membantu kreativiti diri anak.
PA&MA
|
|
|
|
|
|
|
| |
|