View: 6219|Reply: 23
|
Nak Bagitau Husband atau Tidak? ... latest, dah bagitau
[Copy link]
|
|
Salam semua, kalau kenalan/kawan baik husband cuba2 nak sentuh isteri, patut bagitau husband tak? Atau tunggu sampai lelaki tu dah takde baru bagitau untuk elak sebarang kemungkinan yang buruk (husband percaya dan tumbuk lelaki tu @ husband tak percaya dan lelaki tu tak mengaku, kita pulak dituduh perasan).
Aku buat homestay, satu family share duduk rumah aku sekarang, dan aku sediakan makanan. Lelaki umur 50an, isteri dia 50an juga, anak2 perempuan 20an. Duduk seminggu sebab nak bercuti di sini.
Aku perasan dari hari pertama lelaki tu suka pandang aku. Aku langsung tak selesa. Kalau semua tengah makan malam dan aku masuk nak tambah hidangan, yg lain buat tak tau tapi lelaki tu mesti nak pandang aku.
Kalau dia ada dirumah, dia asyik berada di dapur. Aku pula memang selalu ada kat dapur sebab nak masak atau mengemas atau cuci pinggan mangkuk. Ada je benda dia nak buat, basuh buah aje berkali2, ambik air kat sinki padahal aku dah sedia air dalam jag atas meja pantri. Bancuh air panas, dan minum pun kat situ juga sampai habis, bukan nak pergi ruang tamu. Korang bayangkan berapa lama dia kat dapur.
Aku heran isteri dan anak2 dia elok je kat berehat kat bilik, kenapa si lelaki asik kat dapur. Bila dah kat dapur, mesti nak berbual dengan aku. Masa tu laki aku samada kat masjid atau tengok tv kat ruang tamu. Kalau benda masak tu aku boleh tinggalkan, memang aku chow dan duduk sebelah husband aku. Tapi kalau tak boleh, terpaksa la aku melekat kat dapur ditemani lelaki tu.
Esok hari terakhir mereka kat sini. Husband aku cadang nak bawa family tu pegi shopping coklat (husband aku tourist guide). Lelaki tu tak nak ikut. Aku cepat2 volunteer bawak mereka shopping, dengan alasan husband aku kena pergi register anak2 kelas mengaji. Nasib baik husband akju setuju.
Selepas 5 hari aku bertahan, malam ni aku dah rasa nak menangis. Masa berdiri sebelah husband aku, tiba2 lelaki tu berjalan di belakang dan dia sentuh punggung aku. Aku tau sengaja, sebab kalau tak sengaja, macam tangan tengah hayun pastu terkena. Tapi ini macam terletak sekejap. Aku terlalu terkejut, aku terus masuk bilik mengadu kat korang. Sekarang ni husband aku kat luar. Aku tak tau nak mengadu kat dia atau tak masa dia balik nanti, atau patut tunggu sampai family tu pergi. Tolong bagi pendapat.
Last edited by aurorae on 1-8-2015 08:45 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Alamak Kesian nyer...
Klu saya pun mesti dilema sebab klu bagitau masa si pervert tu ada takut bergaduh pulak...
Ke diorang saja plan nak uji TT kot.. berbaik sangka.. baik la sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
camni kalu..
dah letak tangan atas punggung
mana ada lagi nak berprasangka baik lagi
TT jerit je la...
benda2 camni takleh nak bagi muka sangat
emo pulak aku membayangkan keadaannya |
|
|
|
|
|
|
|
pergh. dasat perngai laki tu. kalau betul seperti yg diceritakan diatas, yang terbaik ialah direct terus jer bgtau encik husband. baru berlaku, terus bgtau. jaga maruah diri, jaga maruah suami. lg pon xkan encik husband nak fikir yg puan perasan n reka2 cerita. bukan untung ape pon. okaylah. cukoplah setakat ini dulu.
pecah kaca bontot kematu, sudah baca harap membantu.
nah sekuntum  |
|
|
|
|
|
|
|
Husband aku dah balik, tapi tengah berbual dengan malaun tu. Bercakap politik macam bijak pandai, wirid dan doa bukan main lama, pakai kopiah .... tapi errrrr.
Dilema kedua, isteri dia sangattttt baik. Aku akan hancurkan hati 2 keluarga kalau aku mngadu. Ahhhhhhh.
|
|
|
|
|
|
|
|
buragazz posted on 31-7-2015 05:48 PM 
Alamak Kesian nyer...
Klu saya pun mesti dilema sebab klu bagitau masa si pervert tu ada takut be ...
ye aku sentiasa bersangka baik dan bertahan hinggalah malam ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
sabar_sabariah posted on 31-7-2015 05:54 PM 
camni kalu..
dah letak tangan atas punggung
mana ada lagi nak berprasangka baik lagi
kalau berlaku dalam lrt dan lelaki tu ntah siapa2 memang dah jerit. Tapi ni kena fikirkan hati isteri dan anak2 dia, dan penerimaan suami snediri.
|
|
|
|
|
|
|
|
nizamXF posted on 31-7-2015 05:56 PM 
pergh. dasat perngai laki tu. kalau betul seperti yg diceritakan diatas, yang terbaik ialah direct t ...
Memang nak bagitau, tapi tak ke keruh keadaan kalau direct masa tu juga? Paling teruk lelaki tu deny dan tuduh aku perasan. (bukan husband tuduh aku perasan).
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak perlu tunggu/mengadu kat laki..Kalau terjadi kat aku, waktu tu jugak Aku hempuk/maki jantan tu...kalau Sekali dia berani buat dan tak de respond/bantahan....kemungkinan Besar akan berlaku lagi...Waspada! |
|
|
|
|
|
|
|
boleh pakai jugak yg ni. buat havoc2. biar semua dengar. baru tau rasa tu
|
|
|
|
|
|
|
|
nizamXF posted on 31-7-2015 07:22 PM 
boleh pakai jugak yg ni. buat havoc2. biar semua dengar. baru tau rasa tu
ok kalau terjadi lagi lepas ni aku akan jerit kuat2 biar kecoh semua, aku dah mentally prepared. Sebelum ni aku tak sangka langsung plus malu.
|
|
|
|
|
|
|
|
betul. berani kerana benar. bismillah
|
|
|
|
|
|
|
|
org tua kata, diam tanda setuju.. awak biar makna nya, bukan maruah awak je kena pijak, dgn maruah suami sekali kena henyak.. nyatakan kebenaran walaupun ada pahit nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
husband aku tengah bincang bisnes travel dengan wife dia. Partnership kot? Aku dlm bilik je kalau tak masak. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ur hubby jenis cool dan bijak menilai, sila inform dia. Ko lebih kenal dia kan...tapi ckp siap2 dont make a scene... handle cara org dewasa bukan berparang. Aku rasa ko patut mintak ur husband ikut ko ke mana2 sementara dorg masih kt situ utk elak si tua tu mengekor...lebih bagus time si tua tu ikut ko ke dapur, laki ko pun sama menyibuk ...hopefully si tua tu malu sendiri dan perasan yg hubby ko sebenarnya dah tahu...dan cepat2 berambus dr rumah ko |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by faraway1 at 31-7-2015 05:39 PM
bagitau kak,
me entah camana asyik kena goda aje kat tempat kerja..
hampeh tul, me bagitau my husband terus, my husband pergi jumpa
mamat tu tau...
kali ke dua, tu yang my husband pergi jumpa sebab kali
pertama, me warning bagitau yang me cakap kat my husband, dia tak percaya,
dia ingat me suka kot digoda..
so voila, terus jumpa, kalau ikutkan my husband nak terus cakap
kat management, tapi sian lak.
hari ni mamat tu walaupun dia kerja depan me most of the time, sekarang
dia cakap sepatah me jawab suku patah aje.
well my prinsip, bagitau aje, my husband after all, me dapat period ke tidak pun
me bagitau, inikan pula digoda orang...
|
|
|
|
|
|
|
|
pagi ni aku dah bersiap nak bawa isteri dan anak2 perempuan pi shopping. Tup2 orang tua tu pun dah bersiap jugak. Aku tarik husband masuk bilik tanya siapa yg ikut. Dia kata semua nak ikut. Aku cakap aku takkan pergi kalau lelaki tu pergi. Muka aku tegas gila masa tu, padahal husband aku dah plan nak tunggu sorang lagi customer nak masuk hari ni. Aku buka tudung dan stay dalam bilik.
Husband aku tak tanya apa2 pun walau muka dia nampak puzzled, dia terus siap2 bawak diaorang pergi shopping. Aku cakap nanti aku terangkan kenapa. |
|
|
|
|
|
|
|
Kes dah selesai. Minta puan mod tolong tutup thread.
Keluarga tu dah balik, orang tua tu pun elak dari mendekati aku sepanjang hari sejak balik dari shopping. Tak tau apa yg husband aku cakap kat dia, tak nak tau pun. Cuma sebelum pergi, dia sempat minta maaf which aku tak harap pun, sebab lagi suka kalau tak tengok muka dia.
Free at last. |
|
|
|
|
|
|
|
Hana posted on 2-8-2015 07:23 PM 
waa.aurorae, tak sangka yu ada peminat gitu.
homestay kat mana nie? langkawi ek? (sbb ...
Euwww Hana. Kalau Brad Pitt yang jadi peminat takpe la jugak. Homestay aku jauh kat luar negara. Aku dah miskin sekarang, terpaksa kongsi rumah dengan tourist sebab nak hidup.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|