CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3492|Reply: 0

4 Tips keselamatan makanan

[Copy link]
Post time 7-8-2015 06:56 PM | Show all posts |Read mode

Apabila menyentuh  tentang pemakanan, apa yang terpahat di fikiran  adalah mengenai keenakan makanan tersebut. Kita jarang mengendahkan samada makanan tersebut  selamat ataupun tidak untuk dimakan. Apa yang  penting makanannya sedap dimakan. Tabiat begini sebenarnya perlu diubah bagi mengelakkan sebarang keracunaan makanan.




Keselamatan makanan bermaksud makanan yang bersih daripada kuman berbahaya, racun, toksin dan bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Keracunan makanan boleh berlaku sekiranya kita mengambil makanan yang tercemar dengan bakteria. Kesannya boleh  dirasai selepas 3 hingga 24 jam yang boleh menyebabkan sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit. Berikut dinyatakan beberapa tips keselamatan makanan:


1.   Pengendalian bahan mentah





Pastikan bahan mentah yang ingin dibeli masih segar atau dalam keadaan baik. Contohnya sayur-sayuran yang tidak bertukar warna, layu, berbau busuk atau berulat. Daging, ikan atau ayam juga perlu dalam keadaan segar. Jangan beli sekiranya ia telah berbau, berubah warna atau berubah tekstur. Seeloknya pulang segera selepas membeli bahan mentah dan makanan yang mudah rosak untuk mengurangkan makanan tersebut terdedah lama pada suhu bilik.


2.    Membeli makanan yang selamat



Baca label makanan yang ingin dibeli, jangan terpedaya dengan label yang hanya menarik pada bungkusan makanan. Teliti bahan-bahan yang terkandung di dalamnya dan pastikan makanan tersebut masih dalam keadaan baik dan belum tamat tarikh luput. Baca juga dengan teliti arahan 'cara penyimpanan' pada label, ia dapat mengelakkan makanan rosak sebelum tamat tarikh luput.



Jangan  makan makanan dalam kotak atau tin sekiranya ia telah rosak dalam apa juga bentuk. Contohnya seperti penutup kotak retak, terbuka, koyak atau bocor. Jangan makan sekiranya tin telah berkarat, kemek, mengelembung, bocor atau telah tamat tarikh luput.


3. Pengendalian makanan yang selamat





Makanan yang mudah rosak hendaklah disimpan dalam peti sejuk di ruang yang sepatutnya dengan segera. Untuk mengelakkan pencemaran silang , pastikan makanan mentah seperti ayam, daging, ikan dan sebagainya diletakkan berjauhan daripada makanan yang dimasak. Makanan mentah kering seperti laksa, beras dan sebagainya pula hendaklah disimpan dalam keadaan kering kerana keadaan lembap akan menyebabkan pertumbuhan kulat.


4. Pengendalian makanan yang telah dimasak





Simpan makanan yang telah dimasak pada suhu yang sesuai bagi mengelakkan pembiakan bakteria. Makanan panas perlu diletak pada suhu yang panas, begitu juga sebaliknya untuk makanan yang sejuk.


Jangan mencampur adukkan makanan yang telah dimasak dengan makanan mentah di dalam peti sejuk. Makanan yang telah dimasak tetapi tidak dihidang hendaklah disejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam peti sejuk bagi mengelakkan peningkatan suhu.
Selain tips di atas, pastikan juga tangan dibasuh menggunakan sabun sebelum dan selepas menyediakan sebarang hidangan makanan. Pastikan peralatan dibersihkan sebelum dan selepas digunakan. Selamat menjaga keselamatan makanan demi kesihatan bersama!

Kredit gambar:
http://www.cook-it-all.com/images/blog/food-storage.jpg
http://haslizalizz.com/wp-conten ... 5/sayur-sayuran.jpg
http://staticc04.insing.com/images/65/74/0d/00/pc_600x450.jpg
http://spotonlists.com/wp-conten ... isoning-300x179.jpg
http://www.betterhealth.vic.gov. ... foodsafetycampaign/$File/getseriousboy.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-2rmh7H ... /s1600/nutrient.jpg
http://us.123rf.com/400wm/400/40 ... hite-background.jpg
trymasak.my




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.036826 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list