CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3081|Reply: 5

Apple Store Brussels Yang Direka Oleh Sir Jony Ive

[Copy link]
Post time 23-9-2015 12:27 PM | Show all posts |Read mode
Sir Jonathan “Jony” Ive ialah individu yang bertanggungjawab mereka kesemua peranti rekaan Apple sejak tahun1998 bermula dengan iMac G3. Beliau kemudian dipertanggungjawabkan mereka iMac baru, MacBook, iPod, iPad dan iPhone. Ini adalah sebab kenapa kesemua produk Apple mempunyai rekaan yang seragam. Jika anda menyukai produk Apple, anda perlu berterima kasih kepada beliau kerana  mencipta produk yang cantik dipandang serta ergonomik untuk digunakan. Selepas dinaikkan pangkat ke Chief Design Officer, beliau  mula melepaskan tanggungjawab mereka kepada pereka baru seperti Mark Newson. Ini tidak bermakna beliau tidak lagi dapat menghasilkan rekaan untuk Apple.

Apple Store yang baru sahaja dibuka di Brussels, Belgium hari ini adalah usaha sulung beliau di dalam bidang seni reka bangunan. Seperti produk rekaan beliau, Apple Store baru ini mempunyai rekaan minimalis dengan penggunaan ruang yang menarik. Dinding kaca melengkung dipadankan dengan rekaan dalaman yang menggunakan pencahayaan semula jadi. Produk jualan seperti cangkerang dan Apple Watch diletakkan di dalam laci, tidak dibiarkan terbuka. Apakah pendapat anda tentang rekaan dalaman Sir Jony Ive? Adakah sebaik rekaan peranti rekaan beliau?







Sumber Dezeen
-blogserius-

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2015 04:19 PM | Show all posts
canggih lah rekabentuk dan hiasan dalamannya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 11:06 AM | Show all posts
Menarik gak decornya simple dan luas
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 08:20 AM | Show all posts
bila masuk ade feeling wide space.terasa lapang.pastu pembeli rasa macambyk pilihan bila jam tu susun macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
rindu brussel
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 04:21 AM | Show all posts
suka brussel. orang dia good looking. drpd 10 orang yg lalu, 9 orang ensem best cuci mata sambil makan belgian waffle
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.220353 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list