View: 17779|Reply: 19
|
Mee Celup Kelantan sangat sedap
[Copy link]
|
|
Resepi Oleh : Cikgu Wan
Resepi cikgu Wan menggunakan perut lembu. Oleh kerana ita tak makan organ dalaman haiwan, ita gantikan dengan daging. Jika anda makan perut lembu bolehlah letakkan perut lembu ya.
Ita juga tidak menggunakan fish ball, sebaliknya ita gantikan dengan meat ball atau bebola daging. Anda bolehlah letak bebola ikan, bebola ayam atau bebola daging mengikut kesukaan.
Lagi satu dalam resepi menggunakan gula kabung atau gula somtam, ita gantikan gula Melaka yang ita rasa sama dengan gula Kabung
Bahan 1
4 ulas bawang putih ~ di mayang atau hiris
4 ulas bawang merah ~ di mayang atau di hiris
2 inc halia ~ di mayang atau di hiris
4 kuntum bunga cengkih
1 inc kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 batang celery ~ di potong 1/2 inc
1/2 batang lobak putih ~ di dadu
1 batang serai ~ di titik atau di ketuk perdu
1 pokok ketumbar ~ ambil dengan akarnya sekali cuci bersih dan potong
Bahan 2
3 ketul tulang yang berdaging ~ cuci bersih
1 keping perut lembu ~ sebesar tapak tangan (sebaiknya perut lembu susu) potong kecil
15 biji bebola ikan / bebola daging / bebola ayam
Bahan 3
1/2 cawan stock ikan
1 buku gula Kabung / gula Somtam ~ ita guna gula Melaka
1/2 cawan kicap masing
Garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Air secukupnya
Bahan 4
Mee halus secukupnya ~ di celur
Mee kuning secukupnya ~ di celur
Mee tiew secukupnya ~ di celur
Taugeh secukupnya
Kacang tanah ~ di goreng dan di tumbuk kasar
Kangkung ~ jika suka
Daun ketumbar ~ di hiris
Cili Flakes
Sambal Kicap
Mula-mula kita panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum dan garing
Kemudian masukkan rempah tumis, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan biji pelaga
Tumis hingga harum
Kemudian masukkan tulang
Masak atau tumis lagi hingga tulang bertukar warna brown dan airnya kering
Bila air tulang dan kering barulah masukkan air secukupnya.
Biarkan sampai ia mendidih
Kemudian masukkan perut dan bebola daging dan masak lagi hingga bebola daging dan daging empuk serta daging pada tulang lembut
Kemudian, masukkan serai, batang celery, lobak purtih dan daun ketumbar beserta akarnya sekali
Ita hiris-hiris kecil pokok ketumbar tu
Biarmerenih sebentar
Kemudian masukan stock ikan, gula kabung dan kicap masin
Perasakan dengan garam dan gula secdukup rasa ( hati-hati dalam penggunaan garam dan gula kerana kita dah menggunakan kicap masin dan gula kabung )
Biarkan mendidih
Mengikut kata Cikgu Wan, setelah sup kita masak, kita kena tapis asingkan kuah dengan isi
Kemudain asingkan tulang dan bebola daging.
Bahan seperti serai, batang cerery dan lobak kita asingkan
Bila makan nanti kita hanya ambil kuah, , perut, tulang dan bebola daging sahaja
Tapi ita tak tapis, sebab bahan-bahan tu semua ita potong kecil jadi ita makan sekali sedap!
Bila kuah dah siap bagaimana pula cara mee celup di hidangkan
Mee celup menggunakan tiga kombinasi mee iaitu mee halus, mee kuning dan mee tiew. Itulah yang istimewanya mee celup dan bersesuaian namanya mee celup, iaitu semua mee di celup dalam kuah.
Kesemua mee itu ita celurkan terlebih dahulu
Masukkan ketiga-tiga mee dalam mangkuk
Letakkan taugeh
Letakkan juga daun ketumbar yang di hiris
Ada yang juga meletakkan kangkung atau sawi. Tapi ita tak letak
Masukkan bebola daging
Tambahkan kuah secukupnya
taburkan cili flakes
taburkan juga kacang tanah tumbuk ~ ita tak letak
Dan jangan lupa hirisan limau nipis sebagai penambah perasa
Makan bersama sambal cili atau sambal kicap memang sedap sangat!
kredit:azlita masam manis
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mmg sedap dah try mkn kat warung ambo..terbaik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Minyak bwg putih jgn dilupa..dan jugak lobak jeruk..
Btw,kami punya resipi agk berbeza sket dr segi bhn2.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni kalu kena mee celup ni,kenye nyandarrrrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
suka sgt.. tq nak cuba la nnt |
|
|
|
|
|
|
|
Tq tt bagi resepi
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ellez at 25-11-2020 07:44 PM
Mee Celup~ |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kalau makan ni,mee tu tukar meggi..meggi celup 1 |
|
|
|
|
|
|
|
terliurrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Jyune1 replied at 25-11-2020 08:41 PM
Kalau makan ni,mee tu tukar meggi..meggi celup 1
Sama...mesti ambik meggi celup..sis rasa lagi sesuai.. pastu tmbh perench meggi separuh..
Tpi kene meggi kari..kalo meggi siam.. x kene sgt |
|
|
|
|
|
|
|
wah wah beshnya.. tetiba terasa nak pergi pasar besar untuk makan mee celup hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Adehhhh baca tajuk pun dah rasa sedap |
|
|
|
|
|
|
|
rindu kg halaman tgok makanan ni |
|
|
|
|
|
|
|
mouthh watering looking at this . arghhh |
|
|
|
|
|
|
|
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|