Oleh Izzah Abbasy
Makanan laut sudah tentunya menjadi kegemaran setiap daripada kita. Tak kurang juga ada yang tidak gemarkannya kerana masalah kesihatan atau tidak suka sejak azalinya.
Tetapi, rugilah kalau ada yang tidak boleh makan makanan laut ini. Nak kongsikan dengan anda resepi Sotong Percik, Merecik Selera ini yang pastinya wajib anda cuba tau!
Bahan-bahan
1 kilo sotong
Bersihkan, hiris jangan sampai terputus
Gaul dgn garam dan kunyit
Kukuskan 5 minit untuk keringkan air
(sotong akan tetap lembut bila dibakar)
Kuah Percik
4 batang serai diketuk
2 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Hirisan Halia
Hirisan Kunyit hidup
(kisar semua bahan)
Asam keping
Gula
Garam
1 cawan santan pekat
Cara-cara penyediaan
1) Tumiskan serai sehingga naik bau dan masukkan bahan yang dikisar tadi
2) Setelah pecah minyak, masukkan santan, asam keping, gula dan garam
3) Masak seshingga kuah menjadi pekat dengan api yang perlahan
4) Celupkan sotong yg dikukus tadi ke dalam kuah dan pastikan kuah melekat pada sotong
5) Bakar sotong dengan api yang kuat atau besar sambil tuangkan sedikit kuah ke atas sotong
6) Apabila sotong tampak garing, bolehlah angkat dan dihidangkan serta jangan lupa menikmatinya dengan kuah percik yang tersedia.
Selamat mencuba! - CARI Infonet
Resepi asal : Sofea Omar |