|
Oleh Fyruz Hanna
Ramai antara kita yang gemar dengan sambal terung, dan ramai juga antara kita yang nikmatinya setiap hari tanpa jemu.
Nak lagi sedap jika ditambah dengan sedikit udang hidup, pastinya ia akan menambah selera anda dan seisi keluarga.
Pelbagaikan resipi sambal anda dengan ikan bilis.
Bahan-Bahan:
2 biji terung panjang bersaiz sederhana, hiris pada ketebalan 1.5 cm
1 senduk cili kisar
1 sudu kecil belacan (optional)
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
1 mangkuk ikan bilis goreng
Cara Penyediaan:
Panaskan minyak, dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar, sos cili dan belacan. Masak sambal hingga pecah minyak. Jika kering, tambahkan sedikit air.
Masukkan terung dan kacau seketika sehingga masak, kemudian masukkan ikan bilis.
Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Kacau sebati, angkat dan hidang. Hiaskan bersama daun bawang. |
|