Mungkin anda mempunyai waffle maker yang hanya disimpan didalam stor atau baru sahaja membeli waffle maker dan tercari-cari resipi sedap untuk hasilkan waffle.
Banyak resipi yang ada dan kadang-kadang tak kena dengan selera anda. Waffle ini perlu rangup baru sedap dimakan panas-panas:
Bahan-bahan:
1 biji telur A
1 cawan tepung serbaguna/gandum
2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan butter yg dicairkan
1 1/2 sudu besar gula castor
1/2 sudu kecil vanila
Cara penyediaan:
Panaskan waffle maker.
Ayak tepung bersama baking powder.
Pukul telur hingga betul-betul kembang.
Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan pukul lagi hingga sebati.
Apabila waffle maker dah panas, masukkan sesenduk adunan/batter dan ratakan.
Tutup penutup waffle maker dan masak sehingga waffle masak (golden brown/keemasan)
Hidangkan panas bersama jem atau madu atau juga bersama aiskrim mengikut kesukaan masing-masing.