View: 4608|Reply: 6
|
6 Sifat Wanita Yang Membuatkan Lelaki "Cinta Mati"
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Sista, nak tarik perhatian lelaki senang je tak perlu muka cantik sangat pun. Kebanyakkan lelaki tak memandang kecantikan semata-mata tetapi perangai dan sifat yang ada pada diri seseorang wanita.
Enam ciri-ciri ini selalunya menjadi buruan lelaki dalam mencari pasangan hidup. Percayalah jika sista ada ciri-ciri ini, si dia pasti "cinta mati" pada sista semua. Bila dah "cinta mati" faham-faham saja lah, maksudnya cinta hingga ke mati dan tak mungkin ada cinta lain selepas itu. Beruntung kan!
Tapi mari kita periksa dulu adakah 6 ciri-ciri ini ada pada anda.
1. Lemah-lembut
Wanita yang lemah lembut tak hanya disukai oleh teman-temannya tetapi juga boleh membuatkan lelaki tertarik. Lelaki sangat benci wanita yang kasar dan apabila berbicara cenderung tidak sopan. Bagi lelaki, wanita yang lemah lembut merupakan cermin kepada peribadi wanita tersebut.
2. Prihatin
Tidak hanya wanita yang inginkan perhatian tetapi lelaki juga menginginkan perhatian sehingga tak hairan apabila lelaki akan tangkap leleh dan tergila-gilakan wanita yang memiliki sifat "caring". Walaupun perhatian yang diberikan oleh wanita itu hanya biasa-biasa seperti saat lelaki sedang sakit, wanita itu hanya belikan ubat atau masakkan bubur sudah lebih dari cukup.
3. Penyabar
Lelaki mana yang tak tergila-gilakan wanita penyabar. Sifat penyabar boleh memperkuatkan lagi hubungan dan menjauhkan dari hal-hal negatif yang boleh merosakkan jalinan cinta anda dan pasangan. Jadi, bagi wanita jika ingin menarik perhatian lelaki maka milikilah sifat sabar, bukan buat-buat sabar tapi ikhlas dari hati.
4. Bersederhana
Bagi sesetengah wanita untuk menarik perhatian lelaki mereka kadang-kadang ingin menunjukkan bahawa mereka adalah orang yang mampu miliki barang mahal dan makan di restoran mewah. Namun tahukah anda bahawa hal tersebut salah kerana ternyata lelaki lebih menyukai wanita yang sederhana dan tidak suka menunjuk-nunjuk.
5. Jaga kecantikan
Sudah tentu kecantikan adalah tarikan utama buat lelaki. Nah, untuk membuat lelaki jatuh cinta dan cinta mati kepada anda maka pandai-pandailah menjaga kecantikan tubuh dan wajah kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang bersih dan pandai bergaya.
6. Matang dan bijak
Bersikap matang dan bijak merupakan salah satu ciri-ciri wanita yang digilai oleh kaum lelaki. Lelaki sangat benci dengan wanita yang keanak-anakan (gedik) dan tidak pandai berdikari sehingga jangan hairan apabila ada wanita yang susah dapatkan jodoh jika memiliki sifat tersebut walaupun berwajah cantik.
Kadang-kadang kita sering bertanya, mengapa hubungan cinta kita sebelum ini sering gagal. Benar, takdir adalah takdir tetapi sikap kita juga mendorong ke arah kegagalan dalam perhubungan. Jika tidak mahu gagal lagi, milikilah ciri-ciri wanita diatas.....sempurnakan dirimu wahai sista. - CARI Infonet.
Sumber - beringaz.com |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha..betul tu..ada je kan alasan nak curang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta mati a part of obsession. |
|
|
|
|
|
|
|
ahhaahhaah!! betul tu kak nah. tepat skali!
|
|
|
|
|
|
|
|
Takde istilah Cinta Mati selagi mana lelaki tu bermati-matian nak jugak pergi dekat perempuan lain walaupun 6 syarat dah cukup.
Pendek kata, lelaki selagi tak jumpa apa yang dia nak selagi tu dia test market. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|