CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3486|Reply: 11

"Pukul Anak Yang Suka Menjerit, Kalau Tak Dia Degil Nanti"

[Copy link]
Post time 10-5-2016 06:14 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib Za

Anak-anak yang sedang membesar, kebiasaannya mempunyai cara tersendiri untuk mengekspresikan perasaan mereka.


Yang menjadi masalah jika mereka ini suka menjerit, manakala ibu bapa ambil pendekatan yang agak kasar dengan memukul dan merotan mereka.


Adakah cara ini betul untuk membentuk anak-anak? Dengarkan cerita dan nukilan netizen ini...



Semalam ada seseorang bertanya kepada saya, apa yang harus dia lakukan dengan anaknya yang suka menjerit? Kadangkala kerana tertekan anak itu dipukulnya.

Saya tidak pandai dalam hal parenting. Saya mendidik anak dengan cara sendiri. Namun saya melalui pengalaman membesarkan anak dengan memahami beberapa konsep asas yang saya pelajar di universiti dulu, membaca dan juga memerhati. (saya mengambil kertas perkembangan kanak-kanak cuma dapat B+ sahaja HAHAHA).

Sebenarnya, pada usia 1 tahun hingga 3 tahun tetapi kadangkala terlajak sehingga usia 4 tahun terutama kepada anak-anak yang lambat bercakap, ini adalah usia dimana anak-anak mula mengekpresikan diri mereka, Mereka mahu memberitahu apa yang mereka rasa tetapi kerana mereka lambat bercakap maka menjerit adalah satu cara untuk melahirkan apa yang mereka rasa. mereka melakukan melalui aksi dan gerakan dan sebagai ibu bapa kita harus belajar memahami bukan tahu marah sahaja.

Memang saya akui, dalam usia 2-3 tahun anak kesayangan saya Qaisara memang sangat suka menjerit dan jeritannya membuat telinga saya berdesing. Bahkan pernah menakutkan bibik yang mula bekerja ketika Qaisara mahu menyambut ulang tahun ke dua.
Sebenarnya sahabat..

Setiap generasi mempunyai karektor yang yang berbeza. Kita ada generasi X, generasi Y dan sebagainya. Sekarang kalau tidak silap saya adalah generasi Minelia. Sesetengah ibu bapa suka menggunakan cara mengajar anak dengan cara lama. Ibu bapa biasanya mengikut contoh parenting ibu bapa yang zaman sebelumnya. Kerap kali kita melihat hal seperti ini.

"Kau pukul aje anak kau yang suka menjerit tu. Kalau tak dia degil. Mak dulu pukul kau, kalau tak kau tak jadi orang."

Acap, bila anak menjerit, orang orang sekeliling tidak membantu. Bahkan mereka membantu dengan memberi nasihat parenting yang sudah lapuk sedangkan zaman sudah berbeza. Anak anak yang berlainan zaman ini harus ditangani dengan cara yang bebeza juga.

Sebenarnya anak-anak ini bukan degil. Mereka seorang anak yang suka bereksperasi dan kuat mahukan kita mengikut cara mereka. Anak anak ini harus ditangani dengan cara tertib dah berhemah. Kalau kita biarkan atau kita layan dengan cara memukul, saya pasti anak ini akan suka memberontak, memendam rasa, tidak suka meluahkan perasaan dan patah semangatnya.




(Sumber foto: Carian google)




Apa yang selalu saya lakukan.

1. Sebagai emak kita harus menerima kelakuan anak yang suka menjerit ini sebagai satu yang normal. Kita tak perlu dengar kata-kata orang, anak kau ni degil, anak kau ni nakal dan sebagainya. Setiap anak anak mempunyai perwatakan yang sangat berbeza . Jika orang membandingkan kelakuan anak kita dengan anak yang lain. Jangan peduli, anak-anak yang suka menjerit adalah proses biasa dalam perkembangan kanak-kanak. Banyakkan bertenang dan bersabar.

2. Setiap hari saya biasanya bawa Qaisara bermain diluar. Satu perkara yang mudah kerana kebetulan rumah saya berdekatan dengan padang (memang masa beli rumah saya pilih rumah depan padang supaya senang anak bermain dan parkir kereta ) Bila anak anak ini dibawa bermain di luar, mereka dapat mengekpresi diri mereka. Mereka boleh menjerit-jerit, melompat, ketawa, bergurau dengan kawan-kawan yang ditemui dipadang. Ini membolehkan tenaga negatif yang berada di dalam tubuh badan mereka disalurkan keluar dengan cara yanng betul.

3. Jangan sesekali membiarkan anak-anak dengan ipad dengan TV kerana apabila mereka tidak bermain dengan lasak adrenalin rush tiada jalan keluar itu menyebabkan kelakuan anak-anak ini tidak keruan.

4. Saya memang sangat mengelak menjerit dengan anak jauh sekali memukul anak. Anak yang berusia 2-3 adalah anak yang mungkin menerima nasihat kita selepas 200 kali kita memberi nasihat, jadi salah satu cara untuk melempiaskan rasa marah dan tertekan saya dengan mengambil hanger dan memukulnya ke lantai atau ke dinding. Bahkan amat mengejutkan, Qaisara menerima isyarat perbuatan saya , itulah tanda tanda saya marah dan tidak dapat menerima kelakuannya yang suka menjerit.



(Sumber foto: Carian google)



5. Kadangkala bila dengar dia menjerit, saya akan menjerit sama. Tetapi bukan menjerit marah cuma menjerit untuk bermain dengannya. Saya masih ingat bagaimana dia tercengang-cengang mendengar jeritan saya yang serupa dengan jeritannya. Apabila dia berhenti menjerit saya akan mengusik, memeluk, mencium dan mengatakan betapa baiknya dia.. (perhatikan tindak balas anak, mungkin ini tidak sesuai untuk sesetengah anak)

6. Hal terakhir ini memang tidak pernah gagal saya lakukan. Setiap kali anak tidur pada waktu malam, saya akan usap kepala dan badannya. Saya akan membaca apa-apa sahaja ayat suci Al Quran dan mendoakan dia menjadi anak yang baik, anak yang mendengar kata anak yang patuh kepada ajaran Allah. Sampai sekarang saya masih melakukannya..

Mungkin ibu bapa lain ada cara yang berlainan dengan cara saya, Tetapi Qaisara membesar menjadi anak yang patuh, lemah lembut, penyayang dan suka meluahkan rasa hatinya dengan cara yang terbuka..

#Saya bukan pakar parenting jadi apa sahaja tulisan saya yang tidak dipersetujui haruslah dibincangkan dengan cara yang tertib..



Sumber/ Kredit: Facebook Norhayati Berahim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2016 06:29 PM | Show all posts
Ikat shj di perdu pokok lepas tu letak kerengga, kalau tak diam pi libas dgn ekoq sapi....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 07:01 PM | Show all posts
Salam tt. Please move this to parenting board. Thanks
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 11:18 PM | Show all posts
Thanks tt for the info. Help a lot..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 09:17 AM | Show all posts
nice post



Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 10:31 AM | Show all posts
sebab x beli choki2 dia menjerit2 kt supermarket... geram sungguh... nk pukul kt supermarket.. kang viral... tahan la sabar... amik aje video dia menjerit pastu duk ulang tayang bior dia malu sendiri...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2016 12:39 PM | Show all posts
Saya paling setuju yg no 6 tu..
yg lain tu.. mungkin ade cara berbeza dari setiap ibu bapa.
sbb ragam stiap anak lain2..huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 02:00 PM | Show all posts
anak i suka lari ikut suka hati dia...bawa supermarket..kena pegang tangan dia ..kalau tak dia akan lari jauh2...i pulak risau kalau tk dpt cari dia...tapi skrg ni dia memberontak kalau saya pegang tangan dia..dia tak bagi peganng...lepas tu skjp je terus lari ..aku dan hus terpaksa kejar2 dia...kdg kami pun rasa malu...knp la anak kami hyper sangat..anak2 lain tak pun camtu..parents depa tk pegang tangan pun..anak depa pun tak lari2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2016 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
anak ai 2tahun 10bulan. anak pun jenis suka jerit...

alhamdulillah. ai punya pendekatan.. bila dia jerit ai pegang tangan dia. of course anak akan meronta. bila meronta biar dia dulu. lepaskan dia.. tanya dan cakap elok elok. cakap perlahan. bila ai ulang cakap elok elok. anak akan slow down sendiri. by that time ai akan pegang peluk cium dia. tnya lagi apa dia nak.. n dia akan ok.. alhàmdulillah.

ai pun bukan sabar sangat. tapi kena tahan nafsu marah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 04:02 PM | Show all posts
cmf_tupaihangus replied at 10-5-2016 06:29 PM
Ikat shj di perdu pokok lepas tu letak kerengga, kalau tak diam pi libas dgn ekoq sapi....

ko nih


Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 09:38 AM | Show all posts
anak Zawa pun, dia jarang nak menjerit kat pasaraya or kat luar, tapi kalau si adik berckp ngan si kakak, masing masing kalau boleh nak jerit, jerit lah.

Kakak jeritkan adik, adik jeritkan kakak.

Dan Zawa pun marahkan derang, dalam keadaan menjerit jugak.
haha..Lama lama pikir, itu adalah reflection Zawa sendiri.

Dan Zawa try ubah sikap Zawa yang suka menjerit tu jugak.

Bila bebudak tegur, "alah mami pun kekadang suka menjerit bila cakap"

"mami lain lah nak, dulu mami duk tepi laut. Ombak kuat. Nak bercakap kena jerit jerit nanti orang tak dengar"

kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2016 04:03 PM | Show all posts
ank2 ni mcm2 ragam...terpulang kpd ibu bapa utk mencoraknya mcm mana..sy dah try mcm2 utk anak2 yg aktif ni...menjerit skali tu dah jd permainan...ble die nak menjerit sy slalu suruh die pusing kt dinding..lama2 die tergelak dan tak jd menjerit...
seronok tgk perkembangan anak2 masa kecil..mcm2 ragam...sampai ditempat kerja pun masih rindukan keletah mereka...
bagi ibu bapa yg stress ngan perangai anak2..cubalah fahami anak2 kita..diorg perlukan kasih sayang dan prhatian..tak lebih dari tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.181417 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list