CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ayahjoe

UMRAH & HAJI XII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 9-10-2012 07:45 PM | Show all posts
aziefa posted on 9-10-2012 05:51 PM
Haji One nak tanya lagilaa..
Pasal penyediaan makanan muasasah.Biasanya dia beri makan masa bila ye ...



Sebelum Haji One jawap dengan detail, akak kongsi pengalaman Haji 2006.

Makanan ikut muasassah di bungkus cuma diberi masa lepas zohor dan lepas isyak. (2 kali sahaja breakfast kena cari sendiri2)

Yang akak tahu makanan tersebut cuma tahan 2 jam sahaja dari kita ambil. Jadi kalau pergi zohor balik isyak, ambik & makan yang isyak punya lah he he.

Ikut muasassah pulak ke kali ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2012 07:49 PM | Show all posts
transporter posted on 9-10-2012 07:44 PM
Salam Kak Azie

Tahun 2003, semua pakej haji, saya rasa di satu pekarangan yang sama. Utas, Rayh ...

Tahun 2003 tu Haji yang pertama ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 08:35 PM | Show all posts
aily posted on 9-10-2012 07:49 PM
Tahun 2003 tu Haji yang pertama ke?

Oppps silap. Maaf. Memang pergi December tahun 2003 ....... wukuf hujung January 2004.

Tahun 2004 memang haji pertama.
Haji ke-dua di jangka lagi 38 tahun ...... 2050
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 08:39 PM | Show all posts
transporter posted on 9-10-2012 08:35 PM
Oppps silap. Maaf. Memang pergi December tahun 2003 ....... wukuf hujung January 2004.

Tahun ...
  1. Haji ke-dua di jangka lagi 38 tahun ...... 2050
Copy the Code
Haji tak daftar terus ke lepas balik haji he he kalau tak dah dapat panggillan kedua macam acikjie panggilan ketiga dah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 08:54 PM | Show all posts
aily posted on 9-10-2012 08:39 PM
Haji tak daftar terus ke lepas balik haji he he kalau tak dah dapat panggillan kedua macam acikjie ...

Tak. Itulah silap nya. Lagi pun bila balik haji tu, balance dalam tabungan dah capai tahap merah!


Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 09:08 PM | Show all posts
transporter posted on 9-10-2012 08:54 PM
Tak. Itulah silap nya. Lagi pun bila balik haji tu, balance dalam tabungan dah capai tahap merah!  ...
  1. balance dalam tabungan dah capai tahap merah!
Copy the Code
tahap merah yang tak tahan tu he he. Akak lepas balik haji je (2007) terus daftar itupun di letak tahun 2017 (10 tahun tu). Rasanya peluang 2015 agak2 cerah di panggil sebab ramai yang daftar 2006 dah di panggil
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2012 11:02 PM | Show all posts
aily posted on 9-10-2012 07:33 PM
Alhamdulillah, kali ni berapa tahun menunggu tu?

Umrah tahun depan, kalau ada keizinan dan jemp ...

Azie mendaftar awal tahun 2006.Dah dapat panggilan utk Haji tahun ni 2012.
Tapi Azie tolak coz tak de mahram.
Azie tunda ketahun depan 2013..Insyallah adik beradik Azie kuota dia orang tahun 2013.
Adik beradik Azie daftar selepas pertengahan Jun 2006.Masa tu dicatat dpt kuota 2014.
Tapi baru ini bila semak dekat TH dah naik ke tahun 2013..Insyallah.
Last edited by aziefa on 9-10-2012 11:03 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 11:04 PM | Show all posts
aily posted on 9-10-2012 07:34 PM
kita pun ada bergambar begini masa Umrah 2002 he he

Kak Aily..pastelaa gambar tu kat sini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2012 11:09 PM | Show all posts
transporter posted on 9-10-2012 07:44 PM
Salam Kak Azie

Tahun 2003, semua pakej haji, saya rasa di satu pekarangan yang sama. Utas, Rayh ...

Walaikumusalam..
Betul tu..dekat dekat je..rasanya masa tu boleh intai khemah khemah sebelah..Batuta Travel,Rayhar..
Masyallah seronoknya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 11:17 PM | Show all posts
aily posted on 9-10-2012 07:45 PM
Sebelum Haji One jawap dengan detail, akak kongsi pengalaman Haji 2006.

Makanan ikut muasas ...

Kak Aily utk makan waktu zuhor dia org sediakan pukol berapa ye?
Sebelum zuhor ke or selepas zuhor..?
Kalau sebelum Zuhor sempatlaa ambil bawa pi Masjid..
Lepas solat zuhor baru makan kat Masjid ke.


Ikut muasassah pulak ke kali ni?

Nampaknya terpaksalah coz ikut adik beradik..nak mahram.

Last edited by aziefa on 9-10-2012 11:22 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 07:19 AM | Show all posts
aily posted on 9-10-2012 05:14 PM
Haji, yang muda2 boleh lah paham yang warga emas tak paham (ada tak TH terangkan pasal benda ni ma ...

hehehe..rasanya benda ni mmg dah dimaklumkan semasa kursus haji bersiri dan petugas haji (timbang barang) pun akan bagitau lagi kat sana. Tapi tu la, kekadang orang tak dapat nak gambarkan apa yg kita maklumkan kat mereka semasa di kursus haji sebab mereka belum boleh 'nampak' sebab tiada pengalaman.

Pasal grouping ni memang kena discuss semasa kat madinatulhujjaz, tanya la sesapa yg nak barang tak banyak..so boleh la tumpang, tapi peluangnya tetap rendah sebab kebanyakan jemaah haji memang memborong sakan sepanjang berada kat sana.

Der segi flow..bila jemaah haji tu keluar dr Mekah, beg besar mereka akan diletakkan kat bumbung bas..bila bas sampai je Madinatulhujjaz, beg akan disusun dlm ruang bagasi sementara jemaah haji bergantung kepada beg 5 kg yg mereka bawak tu je.



Then, akan ada pengumuman utk timbangan barang, biasanya dlm tempoh 6-10 jam sebelum jemaah haji bertolak ke Airport..time ni barulah jemaah haji akan pi ambil beg mereka dan beratur dikawasan timbang barang.

Biasanya yg saya tengok, kebanyakannya memang kena charge la sebab bawak barang banyak sangat..masa kat Mekah plak, mereka tak pi timbang barang dulu utk tahu berapa berat bagasi yg mereka bawak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 07:21 AM | Show all posts
missus_meow posted on 9-10-2012 05:28 PM
nk nyampuk gak ... penah pegi umrah n pekerja pakej tanya, itu ajer ke bagnye ... sbb beg utk diri ...

Misuss, perkhidmatan pos barang memang disediakan di setiap maktab muasasah, antara agensi yg diberi lesen adalah Nationwide, aramal, pos malaysia dll.

Harga plak dlm SR15 mcmtu la..mungkin lebih skit, mungkin kurang skit..tapi tak capai SR20 kalau tak silap saya. Tapi jauh lagi berbaloi berbanding kena timbangan kat airport / hujjaz. Elok diposkan barangan yg tahan contohnya baju, kekacang dll..

Last edited by haji_one on 10-10-2012 08:26 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 07:36 AM | Show all posts
aziefa posted on 9-10-2012 05:51 PM
Haji One nak tanya lagilaa..
Pasal penyediaan makanan muasasah.Biasanya dia beri makan masa bila ye ...

Boleh je..tanya je..

Ok, ni pasal sajian ye. Sebelum saya jawab soklan Aziefa, biar saya brief tentang hal ni.

Sarapan.
TH tidak menyediakan sarapan pagi utk jemaah. Walaubagaimanapun, setiap jemaah haji akan dibekalkan oleh TH Global (anak syarikat TH) dengan personal pack yang mengandungi gula, kreamer dlm bentuk sachet, teh dan kopi serta sudu dan gelas yg cukup utk tempoh 30 hari sepanjang berada di Mekah.

Barangan ni kita akan letak atas katil siap2 dah sebelum jemaah haji masuk ke Maktab tersebut. Selain tu, TH Global akan menyediakan satu kettle elektrik (satu bilik satu unit) utk tujuan masak air panas. So, jemaah haji boleh la masak air dan bancuh sendiri air minuman pagi mereka..tapi biasanya saya tengok golongan hawa yg selalu bancuhkan kat pasangan mereka, pastu hampar tikar depan bilik dan bersarapan sesama (dgn roti dan apa sahaja la). Cafe dibuka seawal pagi utk kemudahan jemaah haji membeli makanan.

Makan Tengahari dan Makan Malam.
Dari segi penyediaan makanan, TH global telah mendapatkan chef2 dr Malaysia (diterbangkan ke Arab Saudi) utk menyelia masakan yg dimasak..makanan jemaah haji ni akan dimasak oleh syarikat2 kat sana, contohnya Mekah Kitchen dll. Menunya adalah nasi, satu sayur, satu lauk utama (samada ikan, ayam, daging, dan hasil laut lain contohnya sotong). Selain itu jemaah haji akan dapat buah (epal merah, epal kuning, buah lai) dan air mineral. Menu istimewa pun ada dibuat contohnya nasik ayam, nasik beriani dll..

Makanan yg dimasak ni akan diletakkan dlm bekas aluminium case (food grade) dan dihantar setiap hari ke Maktab.

Gambar kat bawah ni adalah proses penghantaran makanan ke maktab.



Makanan tu akan dipindahkan ke warmer (pemanas makanan) sebelum diagihkan kepada jemaah mengikut jadual seperti dibawah (tertakluk kepada arahan semasa TH Global) ,

1. Makan tengahari - sebelum zohor, atau hampir nak zohor..biasanya dlm jam 11.30 pagi (kat sana zohor jam 12 lebih)
2. Makan malam - dekat hampir waktu maghrib, atau lepas waktu maghrib..tapi biasanya jemaah haji akan ambil selepas balik dr masjid utk solat isyak .

Dlm gambar kat bawah ni adalah pekerja yg mengedar makanan dan dibelakang tu adalah warmer.





Last edited by haji_one on 10-10-2012 10:14 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 07:42 AM | Show all posts
Sambung lagi..

Biasanya bila makanan dah sampai, jemaah haji terus je ambil makanan yg disediakan. Boleh diwakilkan kepada orang lain utk ambil..biasanya ahli bilik la, atau pasangan masing2 yg tolong ambil.





Pada tahun 2009 saya pernah hadapi isu makanan tak cukup sebab ramai jemaah haji ambil lebih, mungkin sebab menu sedap iaitu nasi beriani kot..hehehe..tapi utk tahun 2011, dah tak berlaku sebab kita dah remind awal2 semasa taklimat pengurusan di Mekah. Then, TH Global pun buat surplus, ada lebihan yg banyak..jadi isu ni dah takdak apa2.

Dr segi hidangan, selepas makanan tu dikeluarkan dr warmer, ianya adala baik utk dimakan dlm tempoh 2 jam.

Ni contoh lauk yg diberi..nampak simple tapi amat sedap.




So, merujuk kepada soklan aziefa, makanan disediakan dlm tempoh dan jangkawaktu yg tertentu sahaja, sekiranya aziefa atau tiada wakil yg mengambil makanan dlm tempoh tertentu, memang tak dapat la..memang ada jemaah haji yg pi subuh then balik lepas asar, so makan tengahari memang terlepas la..boleh amik utk yg waktu makan malam je. Tapi takpa, kedai menjual makanan banyak je dekat area masjdiliharam tu..hehehehe..

Melainkan kalau ada wakil bilik yg ambilkan dan simpan utk aziefa pun ok, tapi takut lama sangat, makanan tu boleh jadi basi.

Tapi kalau jemaah haji tu pi dr zohor balik lepas isya, rasanya kalau ada lebihan makanan pun tentulah makanan utk makan malam (bergantung pada nasib). TH takkan simpan utk orang yg balik lewat dan sebagainya (bayangkan ada 3000 jemaah dlm satu maktab, kami nak kena fikirkan berapa ramai yg balik lewat, berapa banyak yg nak simpan dan sebagainya..uihhh..letih tu..)..hehehehe..

Last edited by haji_one on 10-10-2012 08:30 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 08:20 AM | Show all posts
Sambung skit lagi..

Bila makanan jemaah haji dihantar kat maktab, pihak TH global akan ambil makanan secara rawak utk petugas haji test dulu. Kami akan bagi pengesahan dr segi saiz dan kuantiti, rasa dan kebersihan dan jumlah makanan yg diedarkan. Dah ok, baru sign borang tu dan barulah makanan tu diedarkan.

Bab kata pengurus maktab saya, baik seorang petugas je sakit perut dr satu maktab sakit perut..hehehehe.. Utk food test ni biasanya saya dgn rela hati tanpa disuruh2 akan makan dulu la..hahaha..tapi takdak la pernah sakit perut sebab makan makanan jemaah.

Cerita bab makanan jemaah ni..ada beberapa kenangan utk saya kongsikan.

Kisah 1
Yg ni saya dah cerita dlm Panggilan pertiwi, dimana ada satu jemaah haji ni dia datang ke meja saya, actually dia datang dengan kumpulannya..dia baru balik umrah rasanya, ada la dlm 5-6 orang..dia terus dia hempas makanan tu atas meja sampai berterabur nasik.. yg kuah tu kena kat baju saya..katanya TH kedekut, bodoh, dan macam2 lagi la cacian..rupanya makanan dia tu dah basi. Memang kaw-kaw la saya kena maki time tu. Saya diam dan senyum je..bila dia tengok saya senyum, lagi la dia marah menyinga.

Bila dia dah letih mengamuk, saya minta dia duduk pastu saya tanya la, bila dia ambil makanan ni..rupanya orang umah dia ambilkan pada waktu sekian-sekian, wife dia simpankan utk dia..then, saya ambil penutup makanan tu dan bacakan, "tuan, bukankah dah ditulis kat pek makanan ni yg ianya baik utk tempoh dua jam?", bukankah dlm kursus haji dah dimaklumkan tentang hal ni.. terus berubah muka jemaah tu, jemaah haji yg datang sama kumpulan dengan dia (yg turut menjadi tukang tambah pada jemaah haji ni) pun mula menikus..

Perhatikan cover pek makanan kat bawah ni..



time tu saya tak la marah apa pun (dlm hati saya, saya kata la 'checkmate"..kan dah terkena balik..orang nak terangkan u tak bagi..hehehe..), saya ambil tong sampah dan kutip sisa nasik basi tu, yg jemaah haji tu tadi terkedu dan tergamam..dia jadi gagap..erkk..erkkk...sampai saya pun nak tergelak. Tengok dia dlm keadaan mcm tu, saya pun kata..takpalah tuan, saya tak marahkan tuan pun, kalau ada salah silap tuan pada saya, sejak dari awal lagi saya dah maafkan. Pastu dia bangun, peluk saya dan menangis..

Kisah 2
Ni kisah yg kedua plak, ada satu jemaah haji ni yg tiba dgn KT awal, ni tahun 2009 jugak la..then, ada satu jemaah haji ni, saya tengok dia mcm agak berada la skit, dgn gayanya yg hebat tu..skit sombong dan tak berapa nak ikut arahan (agak bermasalah la pada kami), then, masa kat tempat edaran makanan..saya dengar la dia merungut, kata dia.."apa benda la tabung haji ni..kedekut..asyik bagi nasik je, bagi la benda lain sama..", pastu ada la dia mengomel tak puas hati lagi..kami pandang je kat dia, dan saya pun tahu yg dia sengaja nak perli saya yg ada kat situ. Saya diam je la..kebetulan ada jemaah haji lain hampiri saya dan berkata, "takpa la haji, makanan yg diberikan ni semuanya sedap, pakcik makcik tak pernah tak habiskan..beras pun beras basmathii tu...", agaknya nak sedapkan hati saya la kot.

Then, tak lama lepas, tu lebih kurang sehari je..saya jumpa jemaah haji tu kat klinik maktab, masuk air..bila saya tanya kat doktor maktab, rupanya jemaah haji yg merungut tu dah tak boleh terima apa2 makanan..then, dia hanya boleh minum susu je..nasik ke apa ke yg masuk dlm mulut dia habis dia muntahkan balik. Dan kekallah jemaah haji tu dgn keadaan mcm tu sampai dia keluar dr mekah..nasib dia lepas tu saya dah tak tau..

Kisah 3
Ada saya jumpa satu pasangan jemaah haji ni, saya tengok dia berselera makan makanan yg kita edarkan, sampai orang lain pun bagi lauk dan nasik tambah, lauk tambah dr makanan yg tak habis. Lama juga saya perhatikan pasangan ni, lepas beberapa hari saya saja tanya, selera sungguh tuan dan puan makan noo..

Pastu dia kata, ustaz (ada jugak yg panggil kami ustaz walaupun kami ni tak berapa nak 'ustaz' pun..terima je la..), kami bila sampai kat Mekah ni, kami rasa bersyukur,kat Malaysia ni kami bukan orang senang, makan pun ala kadar..kat Mekah ni kami rasa makanan yg diberikan tu cukup sedap, pastu kami berdoa agar selera kami sentiasa ada tetapi terhindar dr bahaya makanan ni sekiranya ada..contohnya takut keracunan makanan ke apa ke..kagum saya, dan rezeki makan depa cukup murah, sampai tak perlu beli makanan dr luar la..

Kisah 4
Ada jugak saya hadapi jemaah haji marah2 dan complain sebab jemaah haji first batch dapat epal merah, yg second batch dapat buah epal fuji (yg kaler murah putih2..rasanya agak ranggup) .kalau marah skit takpa la, sebab memang time tu buah epal merah tak banyak, then, digantikan dengan buah epal jenis lain..terkejut saya sebab pasal epal je dah jadik kes besar sampai nak report dekat pihak pengurusan.

Saya tengok jemaah haji yg lain, tak kisah pun samada dapat buah epal jenis apa..jemaah haji ni siap jerit lagi, "woiii..orang sebelum kita dapat epal merah, kita dapat yg ni..", tapi ada jemaah haji lain jawab..pasal epal je pun nak komen, macam bebudak..perkara kecil je, kat malaysia kita tak pandang pun epal, kat mekah ni pasal epal je nak serang orang lain..

Terdiam jemaah haji yg marah2 tu, then dia berlalu pergi..jemaah haji yg lain pakat gelak kat dia..

hmm..banyak lagi benda yg boleh diceritakan pasal makan2 ni..tapi nantilah dulu..ada masa boleh cerita lagi..hehehehe.. Last edited by haji_one on 10-10-2012 08:42 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 08:49 AM | Show all posts
aziefa posted on 9-10-2012 11:09 PM
Walaikumusalam..
Betul tu..dekat dekat je..rasanya masa tu boleh intai khemah khemah sebelah..Bat ...

saye gi thn lepas muassasah, dok kat mina berdepan je ngan khemah pakej2 swasta rayhar andalusia sume .... alhamdulillah nk gi melontar tu tempuh satu terowong jer ...n kami kuar dari khemah utk melontar tu sebelum subuh..solat subuh di area melontar ...org mmg tak ramai sgt lagik, lepas subuh jer trus melontar...so agak selesa utk melontar tak berasak2...

pastu even nk gi toilet pagi2 tuh pun, jam 4 pagi tuh kami siap2 bawak berus gigi sabun sume ...guna toilet kat tempat melontar...sgt selesa ...nak membuang ke nak mandi ke ...toilet luas dan byk....
kalo kat khemah, jam 2 pagi org dah stat beratur nk masuk toilet...

pastu, ade plak makcik 3 org yg tade mahram, mmg nak join kami utk melontar sbb dorg takut nk gi sendiri..lagi la kami mmg rase perlu nye kami pergi di waktu yg kurg org pergi ...nk gerak tuh, mmg tanye..makcik2, berus gigi sume bawak tak?

balik melontar...berbaris pjgggggg nk beli roti canai sedap heheheheh...pastu kadang2 ade nasi beriani freeee kat luar tu ....org bagi, kite mkn ajer rezekiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2012 08:56 AM | Show all posts
haji_one posted on 10-10-2012 08:20 AM
Sambung skit lagi..

Bila makanan jemaah haji dihantar kat maktab, pihak TH global akan ambil maka ...

seronoknya saya baca pengalaman haji1.. terima kasih kerana sudi berkongsi dengan kami
pengalaman di tanah suci Mekah. sebenarnya dr cerita ceriti haji1 dpt memberi kami
jadikan panduan sekiranya berpeluang mengerjakan ibadah haji nanti.


p/s: moga2 Allah percepatkan giliran saya dan suami utk mengerjakan haji..


Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 09:07 AM | Show all posts
aisya_hadi posted on 10-10-2012 08:49 AM
saye gi thn lepas muassasah, dok kat mina berdepan je ngan khemah pakej2 swasta rayhar andalusia s ...

hehehe..kat Mina ni, rasanya tak payah mandi banyak sangat. Waktu paling sesuai nak mandi (klu pakai toilet kat Mina) adalah waktu awal pagi..time ni tak sesak, maksud saya tak sesak ni adalah jumlah orang beratur utk satu pintu toilet tak sampai 10 orang..so, boleh la mandi cepat2...hehehe..Tapi the best way, dlm tempoh 4 hari kat Mina tu, elok mandi sekali atau dua kali je..jangan kerap sangat..

Ni gambaran toilet kat Mina..hehehehe..kekadang kat sini, saya senyum kat jemaah haji pun dia jeling kat saya mcm saya ni burger prosperity McD yg boleh dikunyah2..tapi biasa la, kat Mina ni la kalau nak tengok perangai orang tu mcmana..hehehehe..


Last edited by haji_one on 10-10-2012 09:13 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 09:11 AM | Show all posts
balqishku posted on 10-10-2012 08:56 AM
seronoknya saya baca pengalaman haji1.. terima kasih kerana sudi berkongsi dengan kami
pengalaman ...

hehehe..kita share yg mana boleh, tapi saya taktau nak cerita apa selagi orang tak tanya (sebab taktau nak bukak topik apa..hehehehe..).

Kalau Balqishku nak tanya apa2, silakan..nanti saya dapatkan info, kalau ada pengalaman saya yg related dgn issue tu, nanti saya cerita la..hehehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 09:13 AM | Show all posts
haji_one posted on 10-10-2012 07:21 AM
Misuss, perkhidmatan pos barang memang disediakan di setiap maktab muasasah, antara agensi yg dibe ...

t kasih atas info - yelahkan, lbh mmudahkan bila dipos aje. bayaran pon amat2 bpatutan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.062246 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list