CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10208|Reply: 69

"Saya mahu mulakan kehidupan baru" - Hanez Suraya

[Copy link]
Post time 12-8-2014 09:06 AM | Show all posts |Read mode
Hanez Suraya: Saya serik
  • Hanez Suraya
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


JIKA diselak lembaran diari seninya, banyak pahit manis diharungi sepanjang lebih 10 tahun berkecimpung sebagai anak wayang.Puas dia bertatih, jatuh dan bangun, tatkala nama berada di puncak, Hanez terpaksa menelan pahit erti populariti.

Kisah peribadinya sengaja digali oleh mereka yang dahagakan kontroversi dan dek kerana kesilapan lalu, gambar dia berparti sosial dijadikan bahan kontroversi untuk beberapa tahun. Baru sahaja membersihkan namanya dari kisah lalu yang sudah lama tertanam jauh dari hatinya, nama pelakon yang cukup dikenali dengan watak antagonis ini kembali menjadi perhatian.

Semuanya gara-gara kenyataannya yang bakal menamatkan zaman bujang sedikit masa lagi dengan kekasihnya, seorang ahli perniagaan yang digelar ‘R’. Namun keterbukaan Hanez mengenai perancangannya itu akhirnya memakan diri wanita yang berasal dari Kuala Lumpur ini.

Sejak itu, nama Hanez menjadi perhatian ramai selepas beberapa keping gambar Hanez bercuti beramai-ramai termasuk bersama kekasihnya tersebar di alam maya. Lebih memburukkan keadaan apabila identiti kekasihnya yang ketika itu masih berstatus suami orang dan dalam proses penceraian menyebabkan Hanez dicemuh masyarakat.

Puas dia cuba menerangkan keadaan sebenar, namun setiap kali keluar kisah penceraian membabitkan kekasih dan isterinya, namanya diseret sama biarpun namanya tidak dikaitkan di mahkamah.

Dek kerana sedikit kesilapan yang dilakukan, Hanez terpaksa menelan kepahitan maki cacian orang yang membencinya. Lebih buruk apabila karier seninya turut terheret sama. Habis punca dengan segala terjadi dan tidak mahu terus menjadi kambing hitam dalam setiap masalah yang terjadi, Hanez tekad membawa diri.

Kini, dia enggan lagi mengingati apa yang berlaku. Bagi Hanez, apa yang berlalu, dijadikan sebagai iktibar dan pedoman buatnya. "Saya serik, teramat-amat serik dengan apa yang berlaku. Saya akan ambil iktibar, selepas ini saya tidak mahu lagi berkongsi cerita peribadi saya.

"Biarlah apa yang orang akan kata saya selepas ini, 'kekwat' atau sebagainya. Saya sedia telan asalkan tidak melalui lagi pengalaman sama," ujarnya kepada Zass.



Injak angka 30

Bukan mahu menolak ke tepi segala kontroversi yang telah berlaku, namun Hanez mengambil keputusan enggan berbicara lanjut mengenai hal peribadi demi kebaikannya. Bakal menginjak ke usia 30 tahun, 22 Ogos ini, Hanez berkata, besar harapannya untuk melalui kehidupan yang lebih baik selepas ini.

"Apa yang saya boleh katakan, 2014 meninggalkan pengalaman yang cukup perit buat saya, biarpun kita baru memasuki penggal yang kedua. Tapi dengan umur saya yang bakal menginjak ke angka 30 selepas ini, saya mahu tutup buku lama dan buka buku baharu.


"Saya mahu buka lembaran baharu, mula kehidupan baharu dan lebih baik. Kalau boleh tidak mahu lagi ada kontroversi, saya juga akan lebih berjaga-jaga dalam berkongsi perihal peribadi saya," katanya.

Ujar Hanez, masyarakat kini sudah boleh menerimanya, bahkan di lama sosial juga, peminat sudah mula menunjukkan sinar baharu buatnya.

"Tidak ada lagi kata-kata negatif yang perlu saya telan, apatah lagi kini saya cukup berhati-hati berkongsi gambar peribadi dengan pengikut di laman Instagram. Kalau ada pun hanya perkara yang general sahaja," ujarnya.

Hanez berkata, sebagai selebriti, dugaan dan cemuhan seperti ini sudah dijangkanya dan dia hanya perlu bersikap positif dalam apa jua keadaan.

"Sebagai selebriti, kita memang tidak boleh lari daripada perkara yang negatif, termasuk menjadi sasaran cemuhan orang. Tapi bukan semua perkara negatif, jadi sebab itulah saya mahu berfikiran positif.

"Saya tak mahu jika fikir yang negatif sahaja, kelak akan memberi kesan buat diri saya," katanya.

Masih merajuk?

Menyentuh mengenai perkembangan seninya, kongsi Hanez, dia kini masih bercuti panjang dan menolak beberapa tawaran lakonan sejak beberapa bulan lalu.

Ujarnya bukan mahu merajuk atau menyendiri, tetapi dia kini dalam proses untuk memulihkan diri sendiri dan berharap berada dalam keadaan yang cukup bersedia sebaik kembali memasuki set penggambaran.

"Saya mahu lagi membawa diri (ketawa). Minat saya dalam bidang lakonan masih belum padam. Tetapi buat masa ini saya mahu bercuti terlebih dahulu.

"Bila keadaan betul-betul dah okey, barulah saya akan kembali berlakon. Buat masa ini saya hanya habiskan masa untuk diri sendiri dan menguruskan beberapa perkara," katanya.

Di tebak mengenai khabar yang mengatakan dia kini sudah menceburi bidang perniagaan, Hanez berkata : "Saya tidak mahu berbicara lanjut mengenai perkara tersebut.

"Apatah lagi ia masih di peringkat perbincangan. Saya tidak mahu bercakap tentang perkara yang belum pasti. Tunggulah, Insya-ALLAH sedikit masa lagi, saya pasti akan berkongsi tentang perkara ini," ujarnya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2014 09:09 AM | Show all posts
Ujar Hanez, masyarakat kini sudah boleh menerimanya, bahkan di lama sosial juga, peminat sudah mula menunjukkan sinar baharu buatnya.


da ko block suma org yg keji ko..sah2 yg tinggal tue suma penjilat tot tot ko aje..iye jer tolak tawaran berlakon..ntah2 takde org nak offer..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 09:14 AM | Show all posts
Ok..aku nak tggu laharan forumer saja  

aku ingat ang x kisah hanez oii...tukaq jantan mcm tukaq spenda..x payah kaver lahh  
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 09:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 09:21 AM | Show all posts
i bosan lah tengok muka dia...bole tak jangan ambil dia berlakun atau ambil gambar dia di media..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 09:22 AM | Show all posts
Untuk kesekian kali dalam benang si Hanez ni, komen sama aku nak bagi:

Diri sendiri yang tabur pasir dalam periuk nasi. Merasalah. Tolak job ke tak de job? Merajuk atau tak de job? Sedih hidup kau ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2014 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
lantak ko hanez..mmg x minat ko pun
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 09:37 AM | Show all posts
Menyentuh mengenai perkembangan seninya, kongsi Hanez, dia kini masih bercuti panjang dan menolak beberapa tawaran lakonan sejak beberapa bulan lalu.



yeeeee lah tuuuuu...


aritu baca paper ada je yang nampak beliau ngan romiang lagi. tak putus pun kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2014 09:37 AM | Show all posts
yelah Hanez Suraya


Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 09:37 AM | Show all posts
bagus lah muhasabah diri...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 09:39 AM | Show all posts
sian ko kan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 09:39 AM | Show all posts
Kalau btol berubah bagai Alhamdulillah. Kalau propa lantak kau lahhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 09:39 AM | Show all posts
Pegila jual shampoo ko tu dendiam
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 09:49 AM | Show all posts
so dah clash ngan romiang ke...sebab tu nak mula kan hidup baru??

sadis ko neh nanez
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 09:49 AM | Show all posts
pasni bolehla ko slow2 pkai tudung for damage control. nanti org akan ckp "suwiiitnya hanez!" : sejuk mata memandang". tetiba jd pompuan suci kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 09:55 AM | Show all posts
rosevelvet posted on 12-8-2014 09:49 AM
pasni bolehla ko slow2 pkai tudung for damage control. nanti org akan ckp "suwiiitnya hanez!" : seju ...

macam cliché sangat kejadian kan...

contoh terbaik jatuh kepada?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2014 09:58 AM | Show all posts
bottombikini posted on 12-8-2014 09:55 AM
macam cliché sangat kejadian kan...

contoh terbaik jatuh kepada?

heheee... opss... nanti kena bash ngan karatzzz
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 10:12 AM | Show all posts
Banyak la ko punya cuti panjang & tolak tawaran berlakon. Sebenarnya sebab ko tak ada dapat tawaran berlakon kan
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 10:23 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 10:25 AM | Show all posts
bertabahlah hamez... sapa suruh ko membirah dulu...eloklah insaf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 1.182101 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list