CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13355|Reply: 103

[Jenayah] Terpegun Kelunakan Suara Isteri Rakan,Lelaki Perkosa Wanita Tersobut!

[Copy link]
Post time 4-2-2015 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 4-2-2015 10:09 AM

Terpegun dengan kelunakan suara isteri rakannya dijadikan alasan seorang lelaki untuk memperkosa wanita terbabit ketika ketiadaan suami di rumah.

Dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, suspek dikatakan memperkosa wanita berusia 17 tahun itu yang menetap di Jalan Imbi, di sini.

Sumber berkata, suspek berusia 20-an dikatakan turut menyewa sebuah bilik di kediaman terbabit.

Menurutnya, mangsa dan suami dikatakan mengemas rumah berkenaan sebelum suspek diminta turut sama membantu.

“Bagaimanapun suami mangsa memberitahu terpaksa meninggalkan rumah seketika berikutan mempunyai urusan kerja.

“Mangsa dan suspek kemudian menyambung tugas mengemas rumah sebelum mangsa masuk ke dalam bilik sambil bernyanyi,” katanya.

Tindakan itu dikatakan menyebabkan suspek ‘jatuh hati’ dengan kelunakan suara mangsa sebelum suspek meminta mangsa mengajarnya menyanyi.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun terkejut apabila suspek bertindak kasar menarik rambutnya sebelum diseret ke dalam bilik.

“Suspek kemudian terus menanggalkan pakaian mangsa dan memperkosanya tanpa belas kasihan.

“Malah, suspek memberi idea gila dengan menyuruh mangsa bercerai dengan suami dan berkahwin dengannya,” katanya.

Dia berkata, suami mangsa yang pulang tidak lama kemudian terkejut melihat keadaan isterinya sebelum bertanya apa yang berlaku.

“Suami mangsa berang selepas mengetahui isterinya diperkosa sebelum memukul dan menangkap suspek.

“Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee, di sini, sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

utranews.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2015 05:53 PM | Show all posts
yang p tinggal bini dgn lelaki asing tu dah kenapa???
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 05:54 PM | Show all posts
sbb tu orang ckp suara tu aurat

hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2015 05:55 PM | Show all posts
Syd replied at 4-2-2015 09:54 AM
sbb tu orang ckp suara tu aurat

hehe

kansel nak ajak karaoke minggu depan
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 06:01 PM | Show all posts
Syd replied at 4-2-2015 05:54 PM
sbb tu orang ckp suara tu aurat

hehe

so macam mana nak tutup sore?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 06:01 PM | Show all posts
lol, berani dia tinggalkan lelaki tu dgn bini dia. bengong sungguh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2015 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah mana ni?

Felda nyeee.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 06:11 PM | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 4-2-2015 06:01 PM
so macam mana nak tutup sore?



ai tulen bangggg...

bang aji, sblm jihadis kuar ngan statement tuh

ai try laa nak mendahului nyer


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2015 06:11 PM | Show all posts
Dengar suara pun boleh mendatangkan nafsu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 06:11 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 4-2-2015 05:55 PM
kansel nak ajak karaoke minggu depan

arrgghh sudeh laaa

u ols suara terkepit bila tarik, ada brani kaa
nak nyanyi lagu patahnya sayap malam tuhh?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 06:16 PM | Show all posts
cmne nk buat kalau dh suara mcm tu kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2015 06:18 PM | Show all posts
Syd replied at 4-2-2015 10:11 AM
arrgghh sudeh laaa

u ols suara terkepit bila tarik, ada brani kaa

habiskan dulu lagu terra rossa haritu uols menyanyi separa jalan terus buat2 nak balik kannn (motip karaoke lagu rock kapak??)
anyways bahaya lah sekarang single ke dah kawin ke the maniacs are everywhere jadi sentiasa hati2 semua
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila pompuan bisu dikata oku pula... bila bersuara dikata aurat pula... make up your mind moronic malay men... what do you want from us?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau suara lunak tapi muka hazab bak dayang senandung rasa2nya dia nk rogol tk?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 06:31 PM | Show all posts
kau mengaku je lah masalah mental. Macam ada kes tertentu tu.....Lepas tu selamatla, kot.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 06:55 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 4-2-2015 06:18 PM
habiskan dulu lagu terra rossa haritu uols menyanyi separa jalan terus buat2 nak balik kannn (moti ...

sedangkan nenek yang dah tak larat apa pung
dorang dok rogol


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2015 07:16 PM | Show all posts
kawasan urban yg bukan muhrim/muhrim duk serumah
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sungguh ke diperkosa?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 4-2-2015 06:27 PM
Kalau suara lunak tapi muka hazab bak dayang senandung rasa2nya dia nk rogol tk?

Klau suara lunak muka buruk tpi body mantap?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai org muda kena penyakit mental. Lelaki pulak letak kepala otak kat lutut. Pikirlah sikit. Nak berseronok jer tau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8169 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78368 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5817 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6698 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 9921 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193094 Replies : 4473
Sambal village grocer
redr0seSambal village grocer
Views : 2002 Replies : 5
Sambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan terangkat!
bang_nsrSambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan te
Views : 4975 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.088333 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list