CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1480|Reply: 1

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Menjual Baju Perkahwinan

[Copy link]
Post time 19-9-2016 09:07 AM | Show all posts |Read mode
Kemungkinan baju pengantin anda adalah sesuatu baju yang paling mahal anda pernah beli seumur hidup anda, ia mungkin sesuatu yang anda terpaksa menggali jauh kedalam akaun simpanan anda untuk mampu membelinya. Selain itu, ia pasti akan menjadi barang kenangan anda untuk perkahwinan anda. Tetapi, jika anda tetap ingin menjualnya, terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan.

Anggaran baju perkahwinan
Anda mungkin telah membayar beberapa ringgit Malaysia untuk menempah dan membuat baju perkahwinan anda, tetapi anda perlu tahu dimana jika anda ingin menjualnya kembali anda mungkin tidak dapat menjual dengan harga asal anda semasa membeli. Anda mungkin dapat menjual kembali sehingga 50 peratus  jika anda menjualnya dalam tempoh dua tahun setengah. Ia bergantung kepada fesyen, kain dan nama jenama terkenal, maka anda boleh membuat anggaran berapa harga untuk menjual baju perkahwinan anda.

Dimana anda ingin menjualnya
Terdapat banyak kedai-kedai online yang anda boleh cari untuk menjual baju perkahwinan anda, tetapi jika anda tidak berani, anda boleh mencari atau membuat panggilan dengan mana-mana butik untuk bertanya dan menjualnya kepada mereka.

Pastikan anda betul-betul ingin menjualnya
Sebelum anda membuat keputusan untuk menjual baju pengantin anda, anda perlu pastikan yang anda sudah sedia sepenuhnya untuk menjualnya. Sesetengah orang mengaggap bahawa pakaian perkahwinan mereka mempunyai sentimental value tersendiri atau mereka mempunyai impian satu hari nanti memberi pakaian mereka untuk anak mereka. Maka, hanya perlu pastikan anda sudah bersedia untuk menukarkan baju anda kepada wang ringgit.

Cara anda menjual
Pastikan pakaian anda dalam keadaan baik selepas perkahwinan anda dengan mendapatkan seorang profesional untuk membersihkannya. Jika ia dalam keadaan yang baik, anda mungkin akan mempunyai peluang yang baik untuk menjualnya. Cuba untuk menjualnya dalam tempoh beberapa tahun, jadi fesyen anda masih popular dan dicari.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com
Photo credits: Google

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2016 10:34 PM | Show all posts
Sayangnya sebab dah bersungguh buat. tapi lagi sayang kalau tersimpan je dalam almari.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.227008 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list