CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1429|Reply: 1

Tips Memilih Mak Andam Perkahwinan

[Copy link]
Post time 20-10-2016 08:57 AM | Show all posts |Read mode
Memilih mak andam untuk hari perkahwinan amatlah penting agar solekan itu sesuai untuk wajah dan akan menampakan wajah anda lebih cantik berseri. Solekan yang tidak sesuai akan memberikan hasil yang tidakmemberangsangkan pada wajah. Di sini kami ingin mengkongsikan beberapa tips memilih mak andam perkahwinan.

Membuat survey butik yang menawarkan perkhidmatan solekan
Senaraikan beberapa butik yang anda berkenan, kemudian anda bolehlah berkunjung ke butik tersebut untuk melihat hasil solekan yang telah dilakukan oleh mak andam. Anda juga dinasihatkan untuk membandingkan harga mak andam di setiap butik yang anda senaraikan.

Membuat tempahan awal
Anda perlu membuat perbandingan harga dan bertepatan dengan budget anda. Kemudian, buatlah tempahan awal dengan mak andam yang diingini sebelum orang lain mengambil tempahan daripada mak andam tersebut.

Mencuba solekan daripada mak andam
Ini untuk memastikan solekan yang dilakukan oleh mak andam sesuai untuk wajah anda dan anda akan nampak berseri-seri semasa majlis.

Memastikan mak andam tidak menerima tempahan lain pada hari pernikahan
Ini adalah untuk mengelakkan mak andam terkejar-kejar melakukan solekan terhadap anda. Akibatnya, hasil solekan pada wajah anda akan menjadi tidak berapa teliti dan kurang memuaskan.

Melakukan perbincangan dengan mak andam
Berbincanglah dengan mak andam terlebih dahulu tentang perkara yang anda setuju dan tidak setuju semasa proses solekan. Perkara ini memberi kemudahan kepada mak andam untuk melakukan solekan dan hasil solekan juga pasti berkualiti.


Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2016 11:00 AM | Show all posts
MUA sekarang banyak takde butik pun. Instagram je tempat theyols promote their services. MUA I dulu pun jumpa on Instagram je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.140628 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list