Petai sama ada dimakan mentah-mentah dan segar sebagai ulam atau dibuat masakan seperti sambal dan sayuran, ia tetap akan menaikkan selera kepada peminat petai. Petai juga baik untuk kesihatan dan diguna dalam perubatan tradisional untuk merawat penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit hati dan masalah buah pinggang.
Namun, masalah besar adalah kesan akibat makan petai seperti masalah bau air kencing dan najis yang luar biasa. Tidak kena gaya, satu rumah mendapat bau tidak menyenangkan itu.
Tapi tahukah anda bahawa bau petai itu boleh diatasi dengan beberapa tips mudah?
1. Membakar Petai Sebelum Dimasak
Cuba bakar dulu petai yang akan dimasak. Cara ini diyakini boleh mengurangkan bau petai yang menyengat. Bahkan aromanya lebih menggugat selera.
2. Memasak Petai Berserta Kulitnya
Mungkin kedengaran agak pelik, tapi cara ini boleh jadi alternatif untuk kurangkan bau petai.
3. Merebus Petai Sebelum Dimasak
Petai yang sudah direbus diyakini tak memiliki bau yang menyengat lagi.
4. Menggoreng Petai Hingga Layu
Ini adalah cara yang paling mudah. Cukup dengan hanya menggoreng petai sampai layu. Maka, dengan itu baunya yang menyengat akan lenyap.
5. Merendam Petai Dalam Air Garam
Rendam petai dalam air garam sampai agak layu, dan bilas dengan air bersih. Selain dapat menghilangkan kotoran serta ulat dalam petai, ia juga menghilangkan bau petai.
Sumber foto: Carian Google
Sekarang anda tak perlu lagi terseksa dengan bau petai yang menusuk lubang hidung. Bagaimana? Tip yang mana jadi pilihan anda? Selamat mencuba! - CARI
cendawan ape ntah nama yang selalu orang masak dalam mee sizzling tu sebijik pulak rasa petai.
aku makan petai potong 4 sebab isau pegi keje bau petai.
petai/jering bau die bg iols xde la kuat sgt..cume klu dh makan bau dekat mulut tu yg lg kuat....itu belum lagi ditambah dengan aktiviti perkumuhan chuolss...ya ampunnnn klu rase nk pg keje esk jgn2 la kencing dkt toilet ofis, bau semerbak harum titisan annur jaaaa nnt..
Post time 27-10-2016 10:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ofis dulu klu the day b4 ak mkn petai mmg xkn guna tandas dept sendiri. Pergi tandas dept lain x pun toilet kt kantin ke.toilet unit sendiri berkepam le bau petai
Post time 2-11-2016 11:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pernah cube minum susu kepas makan petai..berkesan la jugak tapi kalau makan banyak tak berkesan sangat
Jadinye selalu aku minum susu pastu minum plak nescafe/kopi
lepas ko melahap petai , wajib bagi ko makan terung bakar atau terung kukus....harusssssss segala bau petai hilang bagai dicubit dibuang....kumuh ko pun tiada bau petai gara2 hwajib ko elahap terung mcm aku kata tu ...hidangan petai WAJIB ada terung ungu panjang .Terung lain aku xjamin .