Edited by eltyna at 19-1-2017 04:02 PM
Guest book merupakan salah satu cara untuk pasangan pengantin memperoleh ucapan tahniah daripada para tetamu yang hadir. Dengan menggunakan guest book, pasangan pengantin dapat menyimpan dan membaca ucapan pada bila-bila masa di samping dapat mengimbau kembali kenangan semasa majlis perkahwinan. Anda boleh membeli guest book untuk majlis perkahwinan anda tetapi harga yang ditawarkan kemungkinan agak mahal. Oleh itu, kami ingin kongsikan beberapa cara untuk anda membuat sendiri guest book mengikut kreativiti anda dengan bajet yang berpatutan. Barang-barang yang perlu ada : - Buku kosong atau album
- Kertas warna
- Gunting
- Gam
- Pen warna
Cara-caranya : - Ambil kertas warna dan lipat kertas tersebut untuk membentuk sampul surat mini. Jika anda kesuntukkan masa, anda boleh membeli sampul surat mini tanpa perlu membuatnya. Saiz sampul surat mini boleh dirujuk dalam gambar di bawah.
- Kemudian, tampal sampul surat mini di dalam buku kosong atau album yang anda ingin jadikan sebagai guest book. Susunan sampul surat bergantung kepada kreativiti anda.
- Seterusnya, gunting kertas warna mengikut kreativiti anda sama ada dalam bentuk segi empat, bulat, bentuk hati dan sebagainya. Pastikan kertas yang digunting muat untuk dimasukkan ke dalam sampul surat mini.
- Akhir sekali, sediakan pen warna dan guest book anda siap untuk diberi kepada tetamu untuk diisi.
Contoh saiz sampul surat mini Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com
|