Edited by eltyna at 22-2-2017 09:25 AM
Menjadi raja sehari dalam majlis perkahwinan anda pastinya bakal pengantin ingin kelihatan menawan dan segak bergaya. Anda akan sentiasa melemparkan senyuman kepada tetamu yang menghadiri majlis anda. Untuk sesi bergambar juga, senyuman yang menampakkan gigi akan kelihatan pasangan pengantin nampak lebih ceria dan seronok. Tetapi, anda malu untuk senyum nampak gigi kerana gigi anda berwarna kuning. Nak buat rawatan pemutihan gigi di klinik gigi memerlukan kos yang tinggi dan anda tiada bajet yang mencukupi. Jangan risau, entry kali ini saya ingin berkongsikan tips memutihkan gigi untuk anda semua dengan bahan-bahan semulajadi sahaja. Diharapkan ianya dapat membantu bakal pengantin di luar sana.
Lemon + Garam Gabungan jus lemon dengan garam dapat membantu anda menghilangkan karat pada permukaan gigi. Campurkan beberapa titik jus lemon dengan secubit garam. Kemudian gunakan berus gigi anda dan calitkan campuran tersebut dan gosok gigi anda.
Strawberi Strawberi bukan sekadar buah yang enak untuk dinikmati. Selain kaya dengan vitamin C, strawberi juga dikenali mempunyai khasiat untuk membersihkan gigi.Walaupun rasanya manis, strawberi tidak berbahaya bagi kesihatangigi.Sebaliknya, buah ini boleh membantu menghilangkan kesan karat pada gigi dan membuatnya menjadi putih berseri.
Baking Soda Terdapat manfaat penggunaan baking soda untuk kecantikan. Salah satunya adalah untuk memutihkan gigi yang kuning. Baking soda bersifat alkali dan ianya akan meneutralkan asid di gigi anda akibat daripada makan makanan yang masam dan minum kopi. Bahan-bahan yang diperlukan ialah 2 sudu teh baking soda, air yang mencukupi untuk membuat pes dan juga berus gigi. Caranya ialah campurkan baking soda dengan air dan kacau sehingga menjadi pes. Kemudian, letakkan pes pada berus gigi dan anda boleh menggosok gigi anda dengan pes tersebut. Biarkan selama 3 minit kemudian kumur mulut anda dengan air.
Kulit Oren Apabila anda makan buat oren, jangan buang dahulu kulitnya. Kulit buah oren boleh digunakan untuk memutihkan gigi anda. Ambil kulit buah oren dan jadikan saiznya sesuai dengan mulut anda. Kemudian, gosok bahagian putih kulit tersebut pada gigi anda.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com
|