|
Baru-baru ini seorang jurugambar telah berkongsikan beberapa gambar pasangan suami isteri yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka ke-50. Menariknya, pasangan itu siap pakai busana pengantin lagi!
Sangat unik dan lain daripada yang lain, gambar-gambar yang dikongsikan jurugambar, Cpin Aidil, menerusi laman Facebook telah menarik perhatian warganet.
Dengan bertemakan majlis persandingan, sambutan ulang tahun perkahwinan merpati dua sejoli itu turut disambut meriah dengan kehadiran ramai tetamu.
Meskipun sudah 50 tahun usia perkahwinan, namun pasangan Haji Sani dan Hajah Mala yang cukup manis dan romantis itu membuatkan mereka kelihatan seperti pengantin baru.
Siap dengan posing sweet, bersemut jadinya melihat mereka ini! |
|