View: 2841|Reply: 7
|
Lepat Chica, tiga bulan setahun
[Copy link]
|
|
Che Nen (kiri) dan Norhayati mengutip bunga Chica untuk dijadikan lepat.
DALAM setahun, hanya tiga bulan kuih istimewa ini dapat dinikmati sama ada untuk makan bersama keluarga atau jamuan majlis keraian.
Ini kerana lepat yang dihasilkan daripada bahan utama itu hanya muncul pada Disember hingga Mac setiap tahun, iaitu bunga Chica atau Stereospermum Fimbriatum.
Penduduk, Che Nen Murad, 64, berkata, pokok Chica berkembang pada musim kemarau dan bunga mirip Sakura Jepun itu sangat sedap dijadikan lepat.
“Setiap kali musimnya, saya dan anak kutip bunga Chica putih dan ungu di hutan kira-kira 200 meter dari rumah untuk membuat lepat.
“Kadang-kadang ada juga penduduk tempah untuk kenduri atau saya buat untuk makan sendiri.
“Bunga Chica mengeluarkan warna semula jadi dan bau wangi ketika dikukus,” katanya.
Che Nen berkata, bunga dibersihkan sebelum dicampur santan, tepung beras, gula dan garam.
Katanya, adunan itu dikisar sehingga halus dan dibalut dengan daun pisang hutan sebelum dikukus selama 45 minit.
Dia juga menjualnya pada harga RM1 bagi empat lepat bersaiz kecil.
“Selain lepat, bunga Chica boleh dibuat kuih koci, tepung bungkus, tepung talam dan cucur jawa,” katanya.
Penduduk Taman Kemangi, Norhayati Derani, 45, berkata, rutinnya bersama jiran setiap kali kemarau adalah membuat lepat bunga Chica.
Menurutnya, kuih itu perlu mengikut resipi tepat kerana jika tersilap langkah boleh menyebabkan kuih tidak menjadi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wahh..macam sedap je lepat ni..iols xpernah makan lagi..kalau di kl iols dah pegi carik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh2 sbb pokok ni laaaa nama kampung iols terhasil. Masih ada lagi pokoknya. Mmg sedap kalau dibuat lepattt.,, pokok dia tegakk,tinggii,, |
|
|
|
|
|
|
|
Wowww baru tau ada lepat unik ni |
|
|
|
|
|
|
|
Comey bunga ni
Iols ada sedikit kasihan dgn bunga yang dijadikan makanan...huhuuu
Termasuk bunga kantan dan bunga krisantemum |
|
|
|
|
|
|
|
Lepat bunga chica...camna rasa gamaknya... |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnye lepat..tak pernah makan lepat bunga,biase makan lepat ubi |
|
|
|
|
|
|
|
Teringinnya nak rasa kalau dibuat tepung bungkus dan tepung talam
|
|
|
|
|
|
|
| |
|