CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1247|Reply: 8

[SARAWAK] Remaja lemas ketika memancing - mayat dalam mulut buaya

[Copy link]
Post time 19-1-2021 07:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 19-1-2021 07:52 PM
Remaja dikhuatiri lemas ketika mandi sungai di Kuala Tatau

TATAU: Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di sebuah sungai di Kuala Tatau, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau, Jankey Jikat mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu pada jam 1.06 tengah hari.

Sejurus itu katanya, dua orang anggota bomba dari BBP Tatau bergerak ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan kejadian.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Affanirul Abdullah, 12 berasal dari Kampung Hilir Tatau.

"Maklumat awal yang diterima mendapati semasa kejadian, mangsa bersama dua lagi rakannya sedang mandi di muara sungai terbabit sebelum seorang daripada mereka tiba-tiba hilang dari permukaan air," ujarnya.

Ketika ini jelasnya, usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan pasukan bomba dengan bantuan penduduk kampung.

Ambrose Rirang
Utusan borneo






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2021 07:36 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2021 07:38 AM | Show all posts
musim hujan sekarang ni kat Sarawak...
harap ibubapa pantau lah anak-anak ... jangan biar mandi sungai... air deras dan macam-macam boleh terjadi...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2021 07:39 AM | Show all posts
Takziah ...

dah d jumpai


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2021 07:42 AM | Show all posts
TATAU: REMAJA Affanirul Bin Abdullah, 14 tahun yang dilaporkan hilang setelah terjatuh sungai dalam kejadian petang kelmarin di Sungai Kampung Hilir, Kuala Tatau, telah dijumpai oleh penduduk kampung pada jam 12.20 lewat tengah malam tadi. Jasad ditemui dalam keadaan menyayat hati dipercayai diserang BUAYA.



credit


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2021 08:18 AM | Show all posts


BINTULU: Tangan sebelah kanan remaja jatuh sungai putus dipercayai di baham buaya.

Mangsa, Affanirul Abdullah 14 tahun terjatuh ke dalam sungai di Kampung Hilir, Kuala Tatau ditemui penduduk kampung sekitar sekitar jam 12.20 malam tadi.

Ketika ditemui mangsa telah meninggal dunia dan sebahagian dari tubuh badan mangsa tidak sempurna iaitu patah kaki kiri dan tangan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Tatau berkata, Bilik Kawalan Tatau menerima panggilan berhubung mangsa telah dijumpai 400 meter dari lokasi mangsa dipercayai jatuh sungai.

Terdahulu mangsa dilaporkan terjatuh sungai sekitar jam 1.28 petang semalam.

credit

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2021 08:48 AM | Show all posts
Ntah knp kalau sebut sungai  Sarawak sy teringat buaya je..jgn kata nak mdi nak dok tepi sg pun takut..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2021 06:27 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 19-1-2021 08:48 AM
Ntah knp kalau sebut sungai  Sarawak sy teringat buaya je..jgn kata nak mdi nak dok tepi sg pun taku ...
dah memang tempat membiak buaya

nak juntai2 kaki main air pun takut ...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2021 07:53 PM | Show all posts
Mayat dalam mulut buaya

TATAU: Mayat remaja lelaki yang hilang ketika memancing di sungai pada Isnin ditemui penduduk kampung dalam mulut seekor buaya pada jarak 400 meter dari lokasi kejadian di Kuala Tatau, pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau Jankey Jikat berkata mayat Arffanirul Abdullah, 14, dijumpai tiga penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada kira-kira pukul 1:00 pagi.

Tangan kanan putus, manakala kaki kiri patah akibat serangan buaya.

Menurutnya, tiga penduduk kampung ternampak mata buaya pada jarak 1.5 meter di dalam air dan terlihat tubuh mangsa dalam rahang buaya pada sekitar pukul 12:20 malam.

"Reptilia ganas itu itu kemudiannya bertindak melepaskan mayat mangsa apabila menyedari akan kehadiran tiga lelaki terbabit," katanya sambil menambah, penduduk kampung terbabit terus menarik mayat mangsa ke dalam perahu untuk dibawa ke kampung.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dihantar ke Rumah Mayat Hospital Bintulu.

Pada petang Isnin, mangsa bersama-sama dua lagi rakannya sedang memancing di tebingan Kuala Tatau.

Mata kail pancing yang digunakan mangsa tersangkut dalam sungai sebelum bertindak menyelam ke dalam air bagi mendapatkan semula mata kailnya itu.

Selepas beberapa ketika, dua rakannya terlihat gelembung air keluar ke permukaan sungai dan percaya Arffanirul telah dibaham buaya semasa menyelam.
Ambrose Rirang

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.037791 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list