CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 808|Reply: 0

[SARAWAK] Daerah Beluru Zon Merah angkara Kluster Pasai

[Copy link]
Post time 19-1-2021 08:14 AM | Show all posts |Read mode



KUCHING: Daerah Beluru telah bertukar status dari status Kuning kepada status Merah setelah sejumlah 42 kes dikesan melibatkan kes jangkitan tempatan di daerah ini dalam tempoh 14 hari yang
lepas.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Daerah Beluru mencatatkan 27 kes yang melibatkan Kluster Pasai.

"Terdapat penambahan 65 kes Kluster Pasai, Sibu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 664 kes.

"Sejumlah 1,900 individu telah disaring, dimana 1,136 negatif dan 100 masih menunggu keputusan makmal," katanya pada sidang media hari ini.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, Daerah Betong pula telah bertukar status dari Hijau kepada status Kuning setelah sejumlah tujuh (7) kes baharu dikesan melibatkan kes jangkitan tempatan dikesan di daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Menurutnya, Daerah Kuching, Sibu dan Miri kekal berstatus Merah dengan sejumlah
756 kes jangkitan tempatan dilaporkan di tiga (3) daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

"Daerah Sebauh juga kekal berstatus Jingga dengan 24 kes jangkitan tempatan.

Daerah Meradong, Julau, Kapit, Simunjan, Asajaya Beluru, Dalat, Selangau, Sebauh, Samarahan, Sri Aman, Bukit Mabong, Bintulu, Limbang dan Kanowit kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 60 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Manakala 19 daerah yang lain kekal berstatus Hijau," katanya.

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.536823 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list