View: 1311|Reply: 5
|
[SABAH] Kota Belud dan Beaufort semakin terjejas banjir
[Copy link]
|
|
KOTA KINABALU: Daerah Kota Belud dan Beaufort merekodkan peningkatan jumlah mangsa banjir membabitkan tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi kedua-dua daerah berkenaan.
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, setakat jam 4 petang, seramai 347 mangsa banjir dilaporkan di Kota Belud manakala 159 orang di Beaufort.
Lima PPS yang dibuka di Kota Belud melibatkan seramai 102 orang di Dewan Masyarakat Tun Said, 38 mangsa di Dewan Muhibah Kampung Tombol, 21 orang di Dewan Kampung Lentigi, 103 orang di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Tamau, dan 83 mangsa di Dewan SK Suang Punggor.
Di Beaufort, seramai 119 mangsa dipindahkan di PPS Dewan DSP Mohd Dun Banir manakala 40 orang di Dewan Pa' Musa.
Selain kedua-dua daerah terbabit, enam daerah lain yang masih terjejas banjir termasuklah Paitan, Kota Kinabalu, Tuaran, Tenom, Papar, dan Kinabatangan.
Seramai 890 mangsa banjir dipindahkan ke PPS membabitkan 257 keluarga dari 211 kampung seluruh Sabah.
Di daerah Paitan, seramai 48 orang kekal ditempatkan di Dewan Binsulung begitu juga bagi daerah Kota Kinabalu jumlah mangsa kekal seramai 62 orang di Masjid Jamek Kota Kinabalu dan 39 orang di Dewan Serbaguna Likas.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu, bagi daerah Tuaran, seramai 81 mangsa dipindahkan di SK Pekan Tuaran dan dan 38 orang di Dewan Tun Hamdan.
Bagi daerah Tenom, seramai 26 orang dipindahkan ke PPS Rumah Kebudayaan Kampung Kalang Kanar dan 49 orang di Rumah Kebudayaan Pogoukon Laut.
Seramai 41 orang dari 18 keluarga di Papar dipindahkan ke Dewan Kompleks Pemulihan Orang Kelainan Upaya (OKU) Kimanis.
Siti Aisyah Narudin
|
|
|
|
|
|
|
|
19 Januari, Selasa.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, kita telah dikunjungi oleh Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Negeri Sabah (YADIM), Haji Samin Ongki bersama rombongan beliau dari Kota Kinabalu.
Beliau dan rombongan membawa bersama bakul makanan, kit kebersihan diri serta beras utk dikongsikan kepada mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir.
Saya diwakili oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN N8 Pintasan, Jamlan Saparan bersama-sama beliau, menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir, di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sek. Keb. Tamau dan mangsa banjir yang terputus hubungan akibat banjir di Kampung Lilud.
Saya amat menghargai usaha pihak YADIM Negeri Sabah yang turut serta membantu mangsa-mangsa banjir.
Semoga usaha murni ini dikurniakan ganjaran kebaikan oleh Tuhan.
InsyaAllah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|