CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2765|Reply: 10

Resepi Pulut Dakap Paling Terbaik

[Copy link]
Post time 10-2-2021 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Resepi Pulut Dakap Paling Terbaik

Pulut dakap merupakan sejenis hidangan yang berasal dari Kelantan. Seperti namanya, ia mempunyai bentuk yang sama seperti gelang emas pulut dakap.

Pemilik resepi menggunakan pisang tanduk. Pisang berangan atau emas tidak boleh digunakan kerana lembik.

Rebus sehingga kering air supaya tidak cepat basi. Hidangan ini boleh dimakan dengan rendang atau sebegitu sahaja.



Bahan-bahan:
  • Beras pulut (1kg)
  • Santan pekat (500gm)
  • Air (1 gelas)
  • Gula (2 cawan)
  • Garam halus (3 sudu kecil)
  • Daun pisang – hijau
  • Pisang tanduk/pisang kebatu/pisang nipah/pisang kelat siam atau kelat lega
  • Tali ropia atau tali getah – pemilik resepi menggunakan tali ropia kerana mengikut cara orang zaman dahulu
  • Cara-cara penyediaan:
  • Basuh beras pulut dan rendam dalam air selama 3 jam. Kukus pulut sehingga naik wap.
  • Kemudian, masak santan, gula dan garam sehingga mendidih. Tutup api, angkat periuk santan dan letakkan di bawah.
  • Ambil pulut yang telah dikukus tadi dan letakkan dalam periuk santan. Kacau sehingga sebati.
  • Panaskan atas api semula dan kacau sehingga kelihatan keluar minyak sedikit demi sedikit.
  • Ambil daun pisang. Letakkan pulut dan pisang. Tutupkan dengan pulut dan balut. Kemudian, ikat dengan tali ropia atau tali getah.
  • Setelah siap, boleh kukus atau rebus.



Resepi ini diambil dengan kebenaran dari ‘group’ masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.
Kredit resepi: Azura Yusoff



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2021 02:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah try. Sedap ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka makan pulut..tengok gambar kuih ni dah terliur
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni dia pulut dakap paling terbaik

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
nampak tak sedap...kfc lg sedAp...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-2-2021 04:16 PM | Show all posts
TomyamPuteh replied at 10-2-2021 03:34 PM
Ni dia pulut dakap paling terbaik

pulak dah

Ada soalan cemas.. kenapa kedai emas jual emas sedangkan harga emas akan naik nilai dia?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 04:44 PM | Show all posts
Tak pernah try...

Klu kuih nagasari tu sama guna pisang tanduk cuma guna tepung & santan bukan guna pulut.
Lama dah tak mkan kuih nagasari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2021 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tk pernah try. Sedap ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tk pernah try. Sedap ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.066662 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list