View: 2541|Reply: 5
|
Modal Tak Sampai RM10, Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Hapuskan Lipas Dalam Kereta
[Copy link]
|
|
Modal Tak Sampai RM10, Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Hapuskan Lipas Dalam Kereta
Sebut sahaja perkataan lipas, sudah cukup membuatkan kita rasa geli geleman. Baik wanita mahupun lelaki, tiada manusia yang sukakan serangga perosak berkaki empat ini.
Meskipun lebih sinonim dilihat di kawasan kediaman khususnya kawasan kotor, lembap dan gelap, namun lipas juga suka berkeliaran dan bersarang di dalam kereta.
Tak syok bukan?
Buat mereka yang takutkan lipas, jika bertemu serangga ini di luar atau di rumah mungkin boleh la kita capai penyembur serangga atau sekurang-kurangnya lari menjauhinya kan? Tapi kalau dalam kereta nak buat macam mana pula?
Jadi langkah terbaik yang boleh dilakukan adalah menghapuskannya. Nak tahu bagaimana? Jom ikuti perkongsian yang dilakukan seorang pengguna Facebook ini, Khushairi Burhanuddin di grup Facebook ‘Tukang apa hari ini’
Hanya perlu habiskan RM7.90
https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2021/02/3f81.png
Menurut Khushairi, dia mempunyai anak kecil jadi makanan ringan kerap tertumpah di dalam keretanya. Keadaan pastinya menarik perhatian lipas dan kaum keluarganya yang sentiasa mahukan makanan.
Hanya sembur bawah seat
Bagi mengatasi masalah ini, dia kemudian telah membeli penyembur serangga jenis Vape dari jenama Fumakilla dan akan menyemburnya beberapa das di bawah tempat duduk kereta sebelum tidur.
“Saya beli fumakilla vape ni dekat speedmart. RM7.90 lebih kurang. Sembur dua tiga das bawah seat kereta. Buat waktu malam sebelum tidur.
Dan ini hasilnya
“Pagi-pagi collect hasil. Puas hati kutip sekor-sekor. Banyak juga saya jumpa yang tengah bertelur nak meluaskan ummah lipas,” katanya.
Jadi buat anda yang mempunyai masalah sama mungkin boleh menggunakan tips yang dikongsikan sahabat kita ini.
Sumber:https://www.buzzkini.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kereta sapa la yang lipas menimbun ni.. geli pulak den tgk... |
|
|
|
|
|
|
|
pemalas owner kereta ni
rajin2lah selalu cuci kutip buang sampah2 yg ada pastu vacuum
takdalah lipas ni dlm kereta
ni dah penuh sisa2 makanan mmg lipas suka
mst kepam bau kereta dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nampak sekor dua lipas tu sebenarnya ummah dah banyak ni |
|
|
|
|
|
|
|
xyah one push tu
sembur je ridsect yg biasa tu
pastu biar semalaman
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi leceh nak kene kutip2 pulak bangkai lipas lpstu. Kalo buat umpan pakai margerin n minyak dalam bekas plastik tu lagi senang rasanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|