View: 930|Reply: 0
|
[BAM] Aaron waspada risiko Covid-19
[Copy link]
|
|
Aaron waspada risiko Covid-19
Aksi Aaron Chia (kiri) dan pasangan beregunya, Soh Wooi Yik dalam satu kejohanan.
Kuala Lumpur: Kegusaran kini mula menular dikalangan atlet negara berhubung perkhabaran peningkatan kes Covid-19 di Perkampungan Sukan menjelang temasya sukan Olimpik di Tokyo namun perjuangan mesti diteruskan.
Tiada istilah untuk mengalah dan pemain beregu lelaki negara Aaron Chia berkata, apa yang penting ketika ini adalah 'kita jaga kita'.
Katanya, memang sudah dimaklumkan daripada awal pemain dan jurulatih akan tinggal bersama di Perkampungan Sukan dan sesi latihan akan turut membabitkan beberapa negara yang lain.
Bagaimanapun jelas Aaron, skuad badminton negara tidak akan berkongsi gelanggang yang sama atau berlatih dengan pemain daripada negara luar yang lain bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.
"Memang ada sedikit risau sebab atlet yang berada dalam Perkampungan Sukan dan tempat latihan bebas bergerak, mereka boleh pergi ke mana-mana saja. Apa yang boleh dilakukan adalah jaga jarak, jangan pergi tempat yang terlalu padat dengan orang.
"Yang penting sekarang ini, kita kena jaga kita sendiri. Latihan memang berasingan tapi pada masa yang sama negara lain juga akan berlatih.
"Jika venue latihan ada lapan gelanggang, dua gelanggang untuk kita selebihnya adalah dari negara lain dan kita tak akan kongsi gelanggang dengan merekalah," katanya.
Saingan acara badminton yang akan bermula pada 24 Julai, Aaron bersama Soh Wooi Yik diundi dalam Kumpulan D yang turut membabitkan pilihan kedua dari Indonesia, Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan.
Turut sama berada dalam kumpulan berkenaan adalah Choi Solgyu-Song Seo Jae dari Korea Selatan dan Jason Anthony Ho-Shue-Nyl Yakura dari Kanada.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|