CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 961|Reply: 1

OLIMPIK: Azizulhasni dedah 'senjata' RM13 juta

[Copy link]
Post time 21-7-2021 04:23 PM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR: Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, hari ini mendedahkan basikal versi akhir model WX-R Vorteq yang akan menjadi 'senjata' utamanya pada saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, basikal yang dihasilkan menerusi projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) berjumlah RM13 juta itu dilihat berwarna hitam dan perak berbanding versi sebelum ini yang berwarna hitam rata.
Selain Azizulhasni, basikal itu turut akan digunakan seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom di Tokyo nanti dengan mereka akan dibekalkan tiga buah basikal setiap seorang.
Dalam sidang media sebelum ini, Azizulhasni yang menjadi sandaran utama kontinjen Malaysia bagi meraih pingat emas di Tokyo nanti berkata, dia sudah pun menggunakan basikal berkenaan ketika sesi latihan.
Dia yang memenangi pingat gangsa acara keirin pada Olimpik Rio 2016 menjelaskan tidak banyak perbezaan antara versi akhir dengan yang lama sebelum ini.
"Sebenarnya dari segi rangka yang digunakan dalam latihan (versi lama) dan yang akan dibawa ke Olimpik adalah sama. Cuma versi terakhir mungkin beza dari segi warna dan kualiti lebih mantap. "Ia tidak lagi akan dilengkapi dengan power meter kerana dalam perlumbaan sebenar kita tidak perlu mengukur kelajuan dan memperoleh data seperti latihan, hanya tumpu kepada tujuan untuk memenangi perlumbaan.
"Walaupun kelancarannya hanya sedikit berbanding versi lama tapi memberi impak besar dalam perlumbaan sebenar," katanya.
Pelaburan besar dilakukan Institut Sukan Negara (ISN) dengan kerjasama syarikat dari United Kingdom, TOTALSIM Ltd. sejak empat tahun lalu itu menekankan teknologi aerodinamik dan berat fizikal basikal bagi menyesuaikan dengan karakter pelumba.
Kos sebuah basikal itu dianggarkan bernilai RM300,000 termasuk kos R&D.
Saingan bagi basikal trek akan bermula 2 hingga 8 Ogos ini di Veledrom Izu, Tokyo.
Azizulhasni dan Shah Firdaus akan beraksi dalam acara keirin dan pecut.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2021/07/841736/olimpik-azizulhasni-dedah-senjata-rm13-juta


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2021 04:33 PM | Show all posts
Gud luck jijoe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.365610 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list