CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1831|Reply: 14

OLIMPIK: Farah pakai 'leotard' rekaan sendiri

[Copy link]
Post time 22-7-2021 08:26 AM | Show all posts |Read mode
OLIMPIK: Farah pakai 'leotard' rekaan sendiri



FARAH akan buat penampilan di Tokyo 2020 dengan memakai ‘leotard’ rekaannya sendiri.




KUALA LUMPUR: Ratu gimnastik artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi akan memakai 'leotard' berwarna jingga hasil rekaannya sendiri apabila membuat penampilan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan membuka tirai secara rasmi, Jumaat ini.
Menerusi video yang dimuat naik di ruangan Instastory miliknya hari ini, atlet berusia 27 tahun itu menunjukkan 'leotard' yang akan dipakainya dihiasi batu kristal bermotifkan harimau sebagai simbol Harimau Malaya.
"Membawa semangat Harimau Malaya di Tokyo, Jepun. Pandangan dari dekat leotard yang saya reka… sudah pasti diinspirasikan daripada Harimau Malaya," katanya menerusi keterangan pada video berkenaan.
Sebagai rekod, ini adalah penampilan pertama Farah di pentas Olimpik selepas layak secara merit menerusi aksi cemerlangnya di Kejohanan Dunia di Stuggart, Jerman pada Oktober 2019 sekali gus menamatkan kemarau 16 tahun gimnas negara layak ke temasya terbesar dunia itu.
Dia menjadi gimnas ketiga negara menempah tiket ke Olimpik selepas kali terakhir gimnas lelaki, Ng Shu Wai beraksi pada Sukan Olimpik 2004 di Athens.
Seorang lagi gimnas wanita negara yang pernah ke pentas Olimpik ialah Au Li Yen pada Olimpik 2000 di Sydney.
Farah dijadual turun memulakan aksinya di Pusat Gimnastik Ariake, Tokyo, Ahad ini.
Dalam pada itu, atlet berasal dari Selangor itu berkata, dia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan peralatan yang akan digunakan dalam pertandingan nanti dan sudah dua kali berpeluang menjalani latihan di venue pertandingan.
"Aparatus sangat menakjubkan tetapi berbeza dengan apa yang ada di Malaysia. Jadi, perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri," katanya yang tiba di Tokyo, Ahad lalu.


https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2021/07/841849/olimpik-farah-pakai-leotard-rekaan-sendiri


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2021 08:27 AM | Show all posts
gud luck farah ann
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
aummm skettt
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah interview si Farah ni masa aku kna buat esaimen sains sukan. Xde la lawa Sgt pon. Lawa lg Erra Fazira. OK tak comparison aku?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2021 10:29 AM | Show all posts
TomyamPuteh replied at 22-7-2021 10:07 AM
Pernah interview si Farah ni masa aku kna buat esaimen sains sukan. Xde la lawa Sgt pon. Lawa lg Err ...

hahaha..jauh sgt banding tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 10:36 AM | Show all posts
TomyamPuteh replied at 22-7-2021 10:07 AM
Pernah interview si Farah ni masa aku kna buat esaimen sains sukan. Xde la lawa Sgt pon. Lawa lg Err ...

ke laut sungguh comparison ko nokkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2021 10:37 AM | Show all posts
atlet gyrama ni ramai comei comei kan. farah, faiznur miskin pastu ada sorang lg aku tak ingat nama apa
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 10:56 AM | Show all posts
Masa sukom kat sini dulu aku suka el regina perghh nama pun dah cantik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2021 11:16 AM | Show all posts
olaoli replied at 22-7-2021 10:37 AM
atlet gyrama ni ramai comei comei kan. farah, faiznur miskin pastu ada sorang lg aku tak ingat nama  ...

betul..rupa pun main peranan tu nak bagi markah..lagi plak sukan ni subjektif
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 11:27 AM | Show all posts
xpdckelate replied at 22-7-2021 11:16 AM
betul..rupa pun main peranan tu nak bagi markah..lagi plak sukan ni subjektif

kalu comei buleh markah comei skit ahha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2021 11:29 AM | Show all posts
olaoli replied at 22-7-2021 11:27 AM
kalu comei buleh markah comei skit ahha

markah comei termasuk dalam markah pakaian cantik kot
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 11:39 AM | Show all posts
hashashes replied at 22-7-2021 10:56 AM
Masa sukom kat sini dulu aku suka el regina perghh nama pun dah cantik

ha elregina. dia ni pun comei
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2021 11:50 AM | Show all posts
olaoli replied at 22-7-2021 11:39 AM
ha elregina. dia ni pun comei

el regina mana ni?atlet mesir ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 12:14 PM | Show all posts
xpdckelate replied at 22-7-2021 11:50 AM
el regina mana ni?atlet mesir ke apa?

el regina tajuddin la abe wehh. femes dia ni dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2021 12:16 PM | Show all posts
olaoli replied at 22-7-2021 12:14 PM
el regina tajuddin la abe wehh. femes dia ni dulu

iya i kan bbnu mana kenal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.403277 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list