CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 690|Reply: 0

Cabaran di Tokyo tidak akan dianggap mudah: Pandelela

[Copy link]
Post time 23-7-2021 08:21 PM | Show all posts |Read mode
Cabaran di Tokyo tidak akan dianggap mudah: Pandelela

SELEPAS menyertai tiga Olimpik dengan dua daripada membawa pulang pingat, namun ratu terjun negara, Pandelela Rinong tidak akan mengambil mudah cabaran yang akan dihadapi di Tokyo.

Penerjun kelahiran Kuching berusia 28 tahun itu, yang akan menyertai Olimpik kali keempat berturut-turut itu sejak penyertaan pertamanya di Olimpik Beijing 2008 mengakui beliau amat teruja menyertai sukan itu.

“Saya masih amat teruja dan berharap untuk lakukan yang terbaik, seperti biasa dalam pertandingan. Sebagai altet berpengalaman, saya masih rasakan seperti atlet biasa lain, masih perlu berlatih sebanyak mungkin dan masih perlu lakukan yang terbaik.

“Nasihat saya (kepada atlet muda lain) ialah, lakukan apa yang selalu anda lakukan tetapi lakukan yang terbaik,” katanya dalam satu video dimuat naik di Facebook Majlis Olimpik Malaysia (OCM) pada Jumaat.

Berkongsikan pengalamannya sejak tiba di Jepun pada Ahad, juara acara terjun 10 meter (m) platform individu wanita di Piala Dunia Terjun 2021 itu berkata, beliau amat ternanti-nantikan, makanan, suasana latihan di Pusat Akuatik Tokyo dan juga persekitaran sekitar Perkampungan Sukan.

Pandelela, penerjun Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik apabila memenangi pingat gangsa di Olimpik London pada 2012 berharap, acara pembukaan malam ini tidak akan memenatkan kerana beliau perlu mendapatkan rehat yang mencukupi dan bersedia untuk latihan pada Sabtu.

Pemenang pingat perak dalam acara terjun 10m platform seirama bersama Cheong Jun Hoong akan memulakan kempen di Tokyo dalam acara yang sama pada Selasa, kali ini bersama Leong Mun Yee, sebelum bertanding dalam acara platform 10m individu pada 4 Ogos. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... gap-mudah-Pandelela
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.050330 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list