CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 971|Reply: 1

Hadiah terakhir

[Copy link]
Post time 24-7-2021 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Hadiah terakhir

Kuala Lumpur: Tekad pemain beregu campuran negara Goh Liu Ying hanya satu iaitu menghadiahkan satu lagi pingat buat negara selepas meraih perak di temasya Olimpik Rio 2016.
Kali ini Liu Ying akan berusaha sekali lagi meraih pingat pada penampilan terakhirnya di temasya terbesar dunia itu.
Biarpun begitu, dia sedar laluannya untuk melakarkan kejayaan pada penampilan ketiga kali ini tidak mudah terutama ketika berdepan dengan kekangan Covid-19.
Begitupun, pembawa Jalur Gemilang yang akan memulakan kempen menentang Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong tidak mahu letakkan sebarang tekanan terhadap dirinya.
"Kalau ditanya saya memang ingin satu lagi pingat pada penampilan ketiga ini. Cuma saya tidak mahu meletakkan terlalu banyak tekanan pada diri sendiri.
''Sekarang ini saya sudah bersedia untuk beraksi dan juga dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran gelanggang," katanya.
Turut akan beraksi hari ini adalah beregu nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang akan bertemu Choi Solgyu-Seo Seungjae dari Korea Selatan.
Bagi Wooi Yik, dia hanya akan berusaha memberikan aksi terbaik dan mungkin boleh memikirkan strategi paling ampuh kerana pernah bertemu pasangan Korea Selatan itu sebelum ini.
"Kami pernah bertemu dan juga sudah mengkaji permainan mereka sejak minggu lalu. Jika nak dikatakan mengenai peluang itu memang ada. Tapi 50-50 tapi semuanya bergantung pada hari pertandingan di atas gelanggang. "Saya harap, saya dan Aaron dapat berkomunikasi dengan baik nanti," katanya.
Selain beregu lelaki, beregu wanita negara akan turut mengibarkan cabaran yang mana Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean akan bertemu Greysia Polii-Apriyani Rahayu dari Indonesia, pasangan yang ditewaskan mereka dalam aksi peringkat kumpulan Siri Jelajah Dunia akhir di Bangkok Januari lalu.

sumber : Hmetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2021 08:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.109783 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list