CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 828|Reply: 0

[Pulau Pinang] 11 positif Covid-19, Pasar Awam Bayan Baru ditutup

[Copy link]
Post time 31-8-2021 07:07 PM | Show all posts |Read mode
11 positif Covid-19, Pasar Awam Bayan Baru ditutup[size=0.8][size=0.9]Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



Pasar Awam Bayan Baru, di sini, ditutup serta-merta bermula hari ini berikutan 11 individu didapati positif Covid-19. FOTO IHSAN MBPP




Bayan Baru: Pasar Awam Bayan Baru, di sini, ditutup serta-merta bermula hari ini, berikutan 11 pengguna, pembantu dan pembantu kesihatan awam (penyedia pasar) didapati positif Covid-19.

Penutupan membabitkan 159 gerai itu berkuat kuasa sehingga ke satu tarikh akan diumumkan kelak sebagai langkah mengekang penularan wabak berkenaan.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menerusi kenyataannya berkata, penutupan pasar awam itu dilakukan bagi kerja sanitasi dan disinfeksi.

Katanya, hanya pasar awam ditutup manakala kompleks makanan bersebelahan tidak terbabit dengan penutupan sementara itu.

"Orang ramai yang juga kontak rapat kepada pesakit Covid-19 itu perlu menjalani ujian saringan sekiranya menunjukkan gejala dan tidak sihat.

"Sehubungan itu, orang ramai diminta mengambil perhatian terhadap penutupan premis berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, MBPP menasihati persatuan di semua pasar dan kompleks makanan supaya memastikan kawalan pengunjung dilaksanakan dengan baik pada setiap masa.

Menurut kenyataan itu, individu berstatus risiko tinggi dalam aplikasi MySejahtera dilarang masuk ke dalam premis pasar dan kompleks makanan.

Katanya, tindakan penguatkuasaan termasuk penutupan premis akan dibuat sekiranya ada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.





Disiarkan pada: Ogos 31, 2021 @ 3:46pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.107654 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list