CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 815|Reply: 0

[Kedah] Gesa ambil tindakan pemilik Twitter hina Agong

[Copy link]
Post time 31-8-2021 07:22 PM | Show all posts |Read mode
Gesa ambil tindakan pemilik Twitter hina Agong
NURUL HIDAYAH HAMID | | 31 Ogos 2021



PSSGM Kedah bersama PSSGM Kuala Muda membuat laporan polis di IPD Kuala Muda pada Selasa.


ALOR SETAR - Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Kedah menggesa polis bertindak terhadap pemilik akaun Twitter yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Laporan dibuat oleh pemimpin PSSGM Kedah dan PSSGM Kuala Muda di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pada Selasa terhadap status di Twitter itu yang didakwa menghina institusi beraja di negara ini.


Timbalan Yang Dipertua PSSGM Kedah, Md Monir Abdul Wahab berkata, pemilik akaun berkenaan didakwa memuat naik kata-kata kesat bersama perkataan 'Hapuskan Kesultanan'.


"Sebagai salah seorang rakyat Malaysia dalam negara yang berperlembagaan telah berikrar terhadap kesetiaan raja dan negara maka seharusnya rakyat melahirkan kesetiaan kepada Raja Berpelembagaan dan kerajaan negeri yang juga dibawa naungan baginda.


"Tidak ada mana-mana rakyat boleh menghina atau provokasi mengenai monarki kesultanan dalam negara sejak dahulu," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Ujarnya, pihaknya melaporkan perkara itu supaya siasatan dapat dilakukan dan mendakwa individu terbabit di mahkamah.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -Twitter-hina-Agong
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.068191 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list