CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1263|Reply: 0

[Pulau Pinang] Maut selepas enam hari bertarung nyawa

[Copy link]
Post time 24-9-2021 08:32 PM | Show all posts |Read mode
Maut selepas enam hari bertarung nyawa
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 24 September 2021


Kemalangan libatkan motosikal Honda EX5 yang ditunggang mangsa dengan sebuah kereta Perodua Axia pada 19 September lalu.

KEPALA BATAS - Seorang pelajar Tingkatan Lima meninggal dunia selepas enam hari dirawat di Hospital Kepala Batas akibat kemalangan jalan raya pada 19 September lalu.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa Taufiq Muizz Zulkeflee, 17, disahkan meninggal dunia pada jam 10.30 pagi Jumaat.


Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan pada kepala dan badan itu merupakan pelajar Sekolah Menengah Dato Kailan dan bekerja sambilan sebagai penghantar makanan.


"Proses bedah siasat akan dilakukan pada hari ini untuk pengesahan punca kematian.


"Mangsa mempunyai lesen memandu yang sah dan lesen kenderaan bermotor juga masih sah," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.


Mengulas mengenai kemalangan tersebut, Noorzainy berkata, kejadian berlaku pada jam 9.55 pagi, 19 September lalu.


Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku selepas sebuah kereta Perodua Axia dari arah Pokok Sena menghala ke Jalan Pokok Machang telah membuat pusingan U.


"Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 yang datang dari arah Pokok Machang telah melanggar bahagian tepi hadapan kereta tersebut.


"Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kepala Batas. Dia bagaimanapun meninggal dunia ketika dirawat di Wad Neurologi pada pagi tadi," katanya.


Noorzainy berkata, pemandu kereta yang juga bekerja sebagai penghantar makanan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.


"Pemandu kenderaan berusia 31 tahun itu mempunyai lesen memandu yang sah dan LKM nya juga sah tempoh.


"Kenderaannya mengalami beberapa kerosakan antaranya tayar hadapan dan cermin di bahagian hadapan pecah," katanya.


Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ari-bertarung-nyawa
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.083887 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list